KISAH NABI YAHYA A.S DAN IBLIS LAKNATULLAH.
Telah diriwayatkan bahawa Yahya a.s. telah
melihat iblis membawa pengait dari segala macam bahan. Maka Yahya a.s. pun
bertanya: "Wahai iblis, pengait apakah yang kamu bawa itu?".
Mendengar pertanyaan dari Yahya a.s. maka iblis pun berkata: "Semua yang
aku bawa ini adalah untuk kesenangan nafsu, aku akan mendapatkan anak Adam
dengannya".
Lalu
Yahya a.s. bertanya: "Adakah bahagian aku didalamnya?". Berkata
iblis: "Ya ada, kadang-kadang kamu kenyang, lalu aku membuat kamu merasa
berat untuk bersolat dan berzikir". Bertanya Yahya a.s. lagi: "Ada
apa-apakah selain dari itu bagiku?". Berkata iblis: "Tidak".
Yahya a.s. berkata: "Bagi Allah wajib atasku, aku tidak akan memenuhi
perutku dengan makanan-makanan untuk selama-lamanya". Mendengar kata-kata
dari Yahya a.s., maka iblis pun berkata: "Dan bagi Allah atasku, aku tidak
akan menasihati lagi walaupun seorang muslim untuk selama-lamanya".
Nabi
s.a.w. bersabda,"Seutama utama perjuangan seseorang terhadap dirinya
sendiri dan hawa nafsunya".
MAKANAN YANG TIDAK BOLEH DICAMPUR DALAM SATU
HIDANGAN
1. Susu dengan ikan
2. Cuka dengan susu
3. Buah-buahan dengan susu
4. Daun salad dengan ikan
5. Bawang putih dengan bawang merah (jika
dicampur boleh menyebabkan lumpuh,
bawang besar jika dimakan selama 40 hari berturut-turut boleh
menyebabkan bintik hitam di muka)
6. Daging segar dengan daging kering
7. Benda masam dengan benda berasid seperti
cuka
8. Cuka dengan nasi
9. Buah delima dengan serunding
10. Telur dengan ikan.
"JIKA SEMUA PERKARA DIATAS INI ANDA
LAKUKAN AKAN MENYEBABKAN LUMPUH DAN STROKE MAKA DENGAN ITU WASPADALAH"
Antara sunnah Rasulullah SAW adalah makan
menggunakan tangan kanan. Rasulullah SAW bersabda bermaksud:
“Jika salah seorang antara kalian hendak makan,
maka hendaknya makan dengan menggunakan tangan kanan dan apabila hendak minum
maka hendaknya minum juga dengan tangan kanan. Sesungguhnya syaitan itu makan
dengan tangan kiri dan juga minum dengan menggunakan tangan kirinya.” (Hadis
riwayat Muslim).