Wednesday, 15 January 2014

10 amalan yang mendatangkan kefakiran kepada manusia.




1.       Makan sebelum mandi Junub (mandi Wajib) Hendaklah Mandi Wajib dahulu sebelum makan.
Jika malamnya berhadas besar maka pada paginya hendaklah mandi wajib subuh dan melakukan solat Subuh berjemaah dan baru sarapan pagi, itulah yang seafdalnya.
2.       Memakai seluar secara berdiri termasuk seluar dalam, kita hendaklah memakai seluar secara duduk sepenuhnya tidak kira dalam apa posisi pun samaada duduk atas kerusi, atas katil dan sebagainya. Caranya masukan seluar hingga sampai keparas peha apabila hendak sampai keparas pinggang hendaklah diangkatkan sedikit punggung agar seluar dapat diangkat keparas pinggang. Selesai masalah.
3.       Pakai serban (semutar) dalam keadaan duduk, hendaklah memakai serban dalam keadaan berdiri. Pakai serban hendaklah kena berdiri.
4.       Menjahit pakaian pada badan. Jika hendak menjahit samaada pakaian, kain atau sebagainya mestilah ditanggalkan daripada badan kemudian barulah jahit pakaian itu. Jangan sekali-kali jahit jika pakaian itu masih melekat pada tubuh badan.
5.       Selepas solat SUBUH terus bangun dengan tidak berdoa. Sepatutnya hendaklah selepas solat subuh berjemaah ataupun tidak hendaklah berdoa dahulu sekadar 5 ke 10 minit baharulah bangun dari tempat solat itu. Setelah selesai solat subuh TIDAK DIBENARKAN sama sekali terus bangun dan meninggalkan tempat solat itu tanpa menjalani amalan berdoa, jika boleh perkara ini dapat dilakukan dalam semua ibadah solat WAJIB ataupun SUNAT.
6.       Tidak mendoakan kepada anak, sebolehnya berdoalah kepada anak-anak kepada perkara yang baik-baik dan yang sepatutnya keatas anak-anak ini.
7.       Padamkan pelita atau lilin (jika nyalakannya pabila elektrik tiada atau dalam apa jua keadaan) dengan menghembuskan lilin atau pelita itu sehingga padam. Hendaklah memadamkan api lilin itu dengan mengibaskannya sehingga padam sepenuhnya. Ingatan! Apabila majlis harijadi jika ada lilin atas kek pastikan jangan tiup lilin itu ia hendaklah dipadamkan dengan cara mengipaskannya atau dengan cara lain selain meniupkannya sehingga padam kesemua lilin itu. Perkara ini hnedaklah disempurnakan dalam apa jua keadaan baik lilin ataupun api lain waima api pada dapur kayu dan sebagainya. Yang penting jika berkaitaan dengan memadamkan api tidak boleh ditiup keatas api itu kecuali kes kebakaran yang perlu diambil alih oleh BOMba.
8.       Biarkan rumah dengan sawang labah-labah. Setiap rumah dipastikan tiada sawang walau dimana jua dalam rumah itu, jika ada hendaklah dibersihkan sentiasa.
9.       Tidur dalam keadaan telanjang atau berbogel tidak kira kita berseorangan atau berpasangan hendaklah berpakaian semasa hendak tidur. Tidak boleh sama sekali berbogel walaupun diselaputi selimut. Yang paling penting masuk tidur perlulah berpakaian baju tidur yang sesuai.
10.   Berjalan melintasi orang tua dan memandangnya dengan menolehkan muka kepada beliau apabila mengatasi beliau. Apabila berjalan dibelakang orang tua Tidak perlu memintas beliau. Hendaklah menurut beliau dan jangan melintasi beliau, ini tanda hormat kita kepada warga emas ini. Kalau dirasakan kita perlu memintas beliau maka hendaklah memikirkan suatu cara yang terbaik selain dari memintas beliau seperti pusing balik, tuju kearah lain samaada kiri atau kanan, berhenti sebentar sehingga orang tua itu hilang dari pandangan mata atau sebagainya.

No comments:

Post a Comment