Monday, 3 March 2014

15 Pintu Syurga dari 8 Pintu Syurga



Lapan pintu syurga yang diketahui ialah:
1. Jannatul Firdaus iaitu syurga yang terbuat dari emas merah.
2. Jannatul 'Adn iaitu syurga yang terbuat dari intan putih.
3. Jannatun Na'im iaitu syurga yang terbuat dari perak putih.
4. Jannatul Khuldi iaitu syurga yang terbuat dari permata mutiara yang berwarna merah dan kuning.
5. Jannatul Ma'wa iaitu syurga yang terbuat dari zabarjad hijau.
6. Darus Salaam iaitu syurga yang terbuat dari permata yakut merah.
7. Darul Jalal iaitu syurga yang terbuat dari mutiara putih.
8. Darul Qarar iaitu syurga yang terbuat dari emas merah.

Masuklah mana-mana pintu syurga di atas sekehendak kita tidak kira lelaki mahu pun wanita dengan syarat tidak pernah mensyirikkan Allah dengan sesuatu, beriman dengan rukun Iman, menjaga rukun Islam iaitu tidak meninggalkan solat (dan menambahkan solat sunat), tidak meninggalkan puasa (dan menambahkan lagi puasa sunat), berzakat, mengerjakan haji (jika mampu), tidak membunuh jiwa yang diharamkan,tidak derhaka kepada ibu bapa, tidak memfitnah perempuan suci, tidak memakan riba sepanjang hidup, tidak memakan harta anak yatim, tidak lari dari medan perang jihad fisabilillah, memelihara kemaluannya dan tidak berhutang sebelum sempat membayarnya. Insya Allah.
 


Penambahan juga berlaku atas dasar ibu bapa yang kematian tiga orang anaknya dan mereka reda ke atasnya.

Dalam hadis yang sanadnya sangat lemah menyebut, dengan membaca surah Al-Ikhlas 10 kali selepas solat fardu dan mengucap dua kalimah syahadah dengan lisan, hati dan amalan.

Kesemua penjelasan memasuki mana-mana pintu adalah melalui hadis-hadis yang sahih, yang hasan, dan yang daif (lemah).

Diceritakan bahawa jarak antara pintu-pintu itu sangatlah luas. Kelajuan kuda terbaik jenis Gallop di dalam sejam ialah lebih kurang 48 kilometer.

وَإِنَّ لِلْجَنَّةِ لَثَمَانِيَةَ أَبْوَابٍ مَا مِنْهُمَا بَابَانِ إِلَّا يَسِيرُ الرَّاكِبُ بَيْنَهُمَا سَبْعِينَ عَامًا
Sebaliknya syurga memiliki lapan pintu, tidaklah ada dua pintu di sana, jika ada seorang pengendara (berkuda) yang berjalan di antaranya, kecuali harus memerlukan waktu selama tujuh puluh tahun. (Hadis Riwayat Ahmad No 15617 dan Thabarani)
 


Bagaimanakah luasnya pula ‘daun pintu’ syurga? Secara kiraan sifir matematik, jarak dua kota itu lebih kurang 1200 kilometer. Dalilnya:


فَيُقَالُ يَا مُحَمَّدُ أَدْخِلْ مِنْ أُمَّتِكَ مَنْ لَا حِسَابَ عَلَيْهِمْ مِنْ الْبَابِ الْأَيْمَنِ مِنْ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ وَهُمْ شُرَكَاءُ النَّاسِ فِيمَا سِوَى ذَلِكَ مِنْ الْأَبْوَابِ ثُمَّ قَالَ وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ إِنَّ مَا بَيْنَ الْمِصْرَاعَيْنِ مِنْ مَصَارِيعِ الْجَنَّةِ كَمَا بَيْنَ مَكَّةَ وَحِمْيَرَ أَوْ كَمَا بَيْنَ مَكَّةَ وَبُصْرَى

Ia berkata: Hai Muhammad, masukkan orang yang tidak dihisab dari umatmu melalui pintu-pintu syurga sebelah kanan dan mereka adalah sekutu semua manusia selain pintu-pintu itu." Setelah itu beliau bersabda: "Demi zat yang jiwaku berada di tanganNya, jarak antara dua daun pintu-pintu syurga seperti jarak antara Mekah dan Himyar atau seperti jarak antara Mekah dan Bashrah." (Hadis Sahih Bukhari No 4343 dan Muslim No 287)

Namun begitu di pintu-pintu ini terdapat pula pintu yang perantaraan baginya iaitu:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ أَنْفَقَ زَوْجَيْنِ فِي سَبِيلِ اللَّهِ نُودِيَ مِنْ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ يَا عَبْدَ اللَّهِ هَذَا خَيْرٌ فَمَنْ كَانَ مِنْ أَهْلِ الصَّلَاةِ دُعِيَ مِنْ بَابِ الصَّلَاةِ وَمَنْ كَانَ مِنْ أَهْلِ الْجِهَادِ دُعِيَ مِنْ بَابِ الْجِهَادِ وَمَنْ كَانَ مِنْ أَهْلِ الصِّيَامِ دُعِيَ مِنْ بَابِ الرَّيَّانِ وَمَنْ كَانَ مِنْ أَهْلِ الصَّدَقَةِ دُعِيَ مِنْ بَابِ الصَّدَقَةِ فَقَالَ أَبُو بَكْرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ بِأَبِي أَنْتَ وَأُمِّي يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا عَلَى مَنْ دُعِيَ مِنْ تِلْكَ الْأَبْوَابِ مِنْ ضَرُورَةٍ فَهَلْ يُدْعَى أَحَدٌ مِنْ تِلْكَ الْأَبْوَابِ كُلِّهَا قَالَ نَعَمْ وَأَرْجُو أَنْ تَكُونَ مِنْهُمْ
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Barang siapa yang menginfaqkan dua jenis (berpasangan) dari hartanya di jalan Allah, maka dia akan dipanggil dari pintu-pintu syurga; (lalu dikatakan kepadanya): "Wahai 'Abdullah, inilah kebaikan (dari apa yang kamu amalkan). Maka barang siapa dari kalangan ahlu solat dia akan dipanggil dari pintu solat dan barang siapa dari kalangan ahlu jihad dia akan dipanggil dari pintu jihad dan barang siapa dari kalangan ahlu shiyam (puasa) dia akan dipanggil dari pintu ar-Rayyan dan barang siapa dari kalangan ahlu sedekah dia akan dipanggil dari pintu sedekah". Lantas Abu Bakar Ash-Shidiq radiallahu 'anhu: "Demi bapa dan ibuku (sebagai tebusan) untukmu wahai Rasulullah, demi ayah dan ibuku, jika seseorang dipanggil di antara pintu-pintu yang ada, itu sebuah kepastian, namun apakah mungkin seseorang akan dipanggil dari semua pintu?". Beliau shallallahu 'alaihi wasallam menjawab: "Benar, dan aku berharap kamu termasuk di antara mereka". (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Abu Daud, Nasa'i dan Malik)

Empat Pintu Yang Sahih
Maka di sini terdapat empat pintu yang telah terang disebutkan  Ada empat pintu yang disebutkan iaitu:

1. Pintu solat
Mereka yang tidak meninggalkan solat wajib dan memperbanyakkan solat sunat seperti sunat dhuha, solat al- Lail (malam), solat tahajjud, dan lain-lain lagi.

2. Pintu jihad
Mereka yang berjihad di jalan Allah dalam peperangan dan mereka akan masuk melalui pintu ini.

3. Pintu puasa (rayyan)
Mereka yang tidak meninggalkan puasa dan memperbanyakkan amalan puasa sunat sama ada seminggu sekali atau pun puasa nabi Daud (sehari buka, sehari puasa)

4. Pintu sedekah
Mereka yang ringan tangan dalam bersedekah, berzakat dan berinfak. Mereka ini akan memasuki syurga melalui pintu ini.

Empat pintu ini di dalam hadis yang sahih. Al-Hafiz Ibn Hajar sebagaimana di dalam Kitabnya Fathul Bari dan al-‘Allamah al-‘Ayni sebagaimana di dalam Kitabnya Umdah al-Qari berpendapat harus dikatakan bahawa kesemua pintu-pintu yang dinyatakan tersebut adalah terletak selepas dari pintu-pintu syurga yang lapan, atau berada di dalam pintu-pintu syurga yang lapan.

Tiga Pintu Syurga
Manakala di dalam hadis yang daif pula, sebagaimana Syarah Shahih al-Bukhari oleh Ibnu Bathal Al-Maliki menambahkan lagi, terdapat empat lagi pintu iaitu:

1. Pintu orang-orang yang mampu menahan kemarahan dan memaafkan manusia. Dalilnya hadis mursal (sumber:http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?flag=1&bk_no=52&ID=6664):
عن الناس رواه أحمد بن حنبل عن روح بن عبادة عن أشعث عن الحسن مرسلا إن لله بابا في الجنة لا يدخله إلا من عفا عن مظلمة ومنها الباب الأيمن وهو باب المتوكلين الذي يدخل منه من لا حساب عليه ولا عذاب
Dari Anas, riwayat Ahmad bin Hanbal, dari Ruh bin Ibadah, dari Al Asy'ats, dari Hasan Mursala, “pada pintu Allah di Syurga tidak dimasuki olehnya melainkan kepada orang yang memaafkan kepada orang yang berbuat zalim kepadanya, dan di antara pintu Iman, dan pintu bagi orang yang bertawakal yang dimasuki olehnya tidak akan dihisab dan diazab.”

2. Pintu orang-orang yang bersabar kerana Allah (باب الصابرين لله).

3. Pintu orang-orang yang menjaga kemaluannya (باب الحافظين فروجهم والحافظات)

Dua Pintu Syurga
Ibnu Hajar Al-Asqolani menambahkan lagi di dalam kitabnya Fathul Bari

1. Pintu haji. Kata beliau: (وبقي من الأركان الحج فله باب بلا شك). Namun, pendapatnya itu tidak disertakan dengan dalil. Barangkali beliau atau orang yang mengatakannya demikian mengkiaskannya dengan rukun Islam yang lima. Dengan mengambil kira hadis-hadis tentang kelebihannya yang besar seperti; “Haji yang mabrur itu tidak ada ganjaran baginya melainkan syurga”.

2. Pintu ilmu (باب العلم). Namun menurut hemat saya, ilmu tidak termasuk dalam bab amal kerana pintu-pintu syurga itu mewakili amalan-amalan tertentu.

Enam Pintu Syurga
Manakala al-Qurtubi menyebut dalam al-Tazkirah bahawa pintu-pintu syurga itu lebih dari lapan buah. Beliau menyenaraikannya sehingga sebanyak 16 buah pintu tanpa mengambil kira dalil-dalilnya, sama ada kuat ataupun tidak. Pendapat beliau ini dibantah oleh Ibn Kathir (al-Nihayah fi al-Fitan wa al-Malahim). Namun disepakati oleh al-‘Ayni dalam ‘Umdah al-Qari. Antara yang disebut beliau sebagai tambahan ialah:

1. Pintu orang-orang yang redha (باب الراضين).

2. Pintu silaturrahim (باب الصلة).

3. Pintu umrah (باب العمرة).

4. Pintu dhuha (باب الضحى). Dalilnya hadis daif berikut (sumber zaad al-Maad bab Dhuha):
ثم روى الحاكم : حدثنا عبدان بن يزيد ، حدثنا محمد بن المغيرة السكري ، حدثنا القاسم بن الحكم العرني ، حدثنا سليمان بن داود اليمامي ، حدثنا يحيى بن أبي كثير ، عن أبي سلمة ، عن أبي هريرة ، قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم "إن للجنة بابا يقال له باب الضحى ، فإذا كان يوم القيامة نادى مناد : أين الذين كانوا يداومون على صلاة الضحى ، هذا بابكم ، فادخلوه برحمة الله"
Antara yang disebut oleh Al-‘Allamah al-‘Ayni pula sebagai tambahan ialah:

5. Pintu zakat (باب الزكاة).

6. Pintu akhlak yang baik (باب الخلق الحسن). Dalilnya hadis berikut (sumber:http://islamport.com/w/srh/Web/840/7745.htm):

ذكر في كتاب التخبير للقشيري عن النبي صلى الله عليه وسلم: الخلق الحسن طوق من رضوان الله في عنق صاحبه. والطوق مشدود إلى سلسلة من الرحمة والسلسلة مشدودة إلى حلقة من باب الجنة حيث ما ذهب الخلق الحسن جرته السلسلة إلى نفسها حتى يدخله من ذاك الباب إلى الجنة

dan satu lagi pintu yang disebut Al-Qurtubi adalah bersumber dari hadis syiah dan saya tidak memasukkannya di sini. Wallahu a’lam


No comments:

Post a Comment