7 hari menjelang wafat Rasulullah SAW
Minggu, 4 Rabi'ul Awwal 11 H (Seminggu sebelum wafat)
Rasulullah
baru saja kembali dari ziarah maqam para sahabat (baqi '), ketika
Jibril menemui Beliau dan mengajukan dua pilihan. Apakah Rasulullah
menginginkan dunia dan segala isi kandungannya, atau bertemu Allah SWT?
Dan Rasulullah Saw memilih pilihan kedua.
Setibanya
di rumah, Aisyah ra. menyambut Rasulullah seraya berkata: "Wahai Rasul,
kepalaku pusing". Rasulullah-pun tersenyum, "Demi Allah wahai isteriku,
kepalaku juga pusing sekali". Lalu Rasulullah bertanya kepada Aisyah
sambil bersendagurau, "Apa yang menjadi beban fikiran, bila engkau
meninggal duluan sebelum aku?"
Sambil
bersenda mesra Aisyah menjawab, "Demi Allah, jika demikian wahai
Rasulullah, Engkau tinggal kembali ke isteri-isterimu yang lain".
Rasulullah tersenyum mendengar jawapan Aisyah, dan Beliau tidur pada
malam itu dalam keadaan sakit. Inilah permulaan sakit Rasulullah yang
menyebabkan wafatnya beliau.
Rabu, 7 Rabi'ul Awwal 11 H (Lima hari sebelum wafat)
Seperti
biasa Rasulullah mengunjungi isteri-isterinya secara bergilir. Dan
setibanya di rumah Maimunah ra, sakit Beliau tiba-tiba bertambah parah.
Lalu Rasulullah memanggil isteri-isterinya untuk berkumpul, lalu meminta
izin agar boleh dirawat di rumah Aisyah ra. Keadaan Rasulullah semakin
parah, beliau terpaksa dipapah oleh Fadhil bin 'Abbas dan Ali bin Abi
Talib menuju ke rumah Aisyah, sedang kedua kaki Beliau sudah tidak boleh
menapak tanah.
Khamis, 8 Rabi'ul Awwal 11 H (Empat hari sebelum wafat)
Rasulullah
meminta dibawakan untuknya tujuh bejana berisi air dari tujuh telaga
yang berbeza. Dalam posisi duduk, Rasulullah dimandikan dengan air
tersebut. Kerana merasa pusingnya agak berkurang, Rasulullah keluar dan
berkhutbah di hadapan umatnya. Dan pada hari itu juga, Rasulullah masih
sempat solat maghrib berjamaah bersama para sahabat.
Itu merupakan khutbah terakhir Rasulullah, dan solat terakhir beliau bersama para sahabat dan pengikutnya.
Minggu, 11 Rabi'ul Awwal 11 H (Satu hari menjelang wafat)
Rasulullah
membebaskan semua hamba sahayanya, dan menghebahkan seluruh peralatan
perangnya kepada kaum muslimin. Tidak ada yang tersisa dari harta Beliau
kecuali disedekahkan semuanya.
Isnin pagi, 12 Rabi'ul Awwal 11 H (Hari wafatnya Rasulullah)
Ketika
kaum muslimin sedang menunaikan solat subuh berjemaah, dan Abu Bakar ra
bertindak sebagai imam. Rasulullah membuka pintu rumahnya yang
bersebelahan dengan jamaah solat. Rasulullah tersenyum melihat para
sahabatnya mendirikan solat. Beliau teringat perjuangan menyebarkan
Islam yang telah beliau tempuh bersama para sahabatnya itu selama 23
tahun.
Abu
Bakar dan sebahagian jamaah sedar kalau Rasulullah sedang memperhatikan
mereka di depan pintu rumahnya. Nyaris saja Abu Bakar melangkah mundur
sebagai isyarat agar Rasulullah mengimami mereka, namun Rasulullah
berkata, "Teruskan solat kalian .." Rasulullah tersenyum dan menutup
kembali pintu rumahnya.
Itu
adalah kali terakhir para sahabat melihat Rasulullah sebelum beliau
wafat. Dan juga kali terakhir Rasulullah melihat para sahabat, dan saat
itu mereka dalam keadaan sedang solat.
Isnin, waktu dhuha, 12 Rabi'ul Awwal 11 H (Hari wafatnya Rasulullah)
Fatimah
ra., Puteri Rasulullah saw mendatangi beliau, dan duduk di sebelah
kanan Rasulullah. "Selamat datang wahai puteriku" Sapa Rasulullah. Lalu
beliau membisikkan sesuatu kepada Fatimah, seketika Fatimah menangis.
Rasulullah membisikkan untuk kedua kalinya, dan seketika itu pula
Fatimah tertawa.
"Apa yang dikatakan Rasulullah saw kepada kamu?" Tanya Aisyah ra.
"Pertama,
Rasulullah membisikkan kepadaku; 'Bahawa Malaikat Jibril biasanya
menemuinya sekali dalam setahun untuk membacakan ayat-ayat Al-Qur'an.
Namun, tahun ini Jibril dua kali menemuinya. Ini mungkin petanda ajalnya
sudah dekat '. Makanya aku menangis ". Jawab Fatimah Ra.
Lalu
Fatimah melanjutkan, "Yang kedua, Rasulullah menanyakan, 'Apa kamu
bersedia menjadi yang pertama dari keluargaku yang akan melanjutkan
perjuanganku? Atau bersediakah engkau menjadi 'Ibu bagi orang-orang yang
beriman' (ummahatulmukminin)? '. Dan aku tertawa haru mendengar soalan
itu ", tuntas Fatimah ra.
Ini adalah dialog terakhir antara Rasulullah dengan putri tercintanya Fatimah Ra.
Isnin, saat-saat wafatnya Rasulullah, 12 Rabi'ul Awwal 11 H
Di
saat-saat terakhir, datang Abdurrahman bin Abu Bakar (Abang dari Aisyah
ra) dan ia membawa siwak (kayu yang biasa digunakan untuk membersihkan
gigi). Aisyah melihat Rasulullah memperhatikan siwak tersebut, dan lewat
isyarat isterinya tahu Beliau seperti ingin bersiwak ketika itu. Lalu
Rasulullah duduk bersandar di pangkuan Abdul Rahman. Aisyah ra. langsung
tanggap dan meminta siwak dari Abdurrahman agar diberikan kepada
Rasulullah, dan bersiwak adalah pekerjaan Rasulullah yang terakhir
sebelum menemui ajal.
Setelah
selesai bersugi, Rasulullah memandang ke atas, dan bibir beliau
berkomat-kamit pelan hingga Aisyah ra mendekatkan wajahnya dan mendengar
Rasulullah berdo'a;
مع
الذين أنعمت عليهم من النبيين والصديقين والشهداء والصالحين, أللهم اغفرلي
وارحمني والحقني بالرفيق الأعلى .. أللهم الرفيق الأعلى .. أللهم الرفيق
الأعلى .. أللهم الرفيق الأعلى ..
Ertinya:
"Sebagaimana
orang-orang yang telah Engkau beri nikmat dari golongan para Nabi,
orang-orang yang jujur, para syuhada dan para shalihin. Wahai Allah,
ampunilah dosaku, sayangilah aku, dan pertemukan aku dengan-Mu
(Kekasihku Yang Maha Tinggi). Wahai Allah, Kekasihku Yang Maha Tinggi ..
Wahai Allah, Kekasihku Yang Maha Tinggi .. Wahai Allah, Kekasihku Yang
Maha Tinggi ..
Setelah membaca kalimat di atas, Rasulullah membasuh wajahnya dengan air yang terdapat di sisi beliau, dan kembali melafadhkan;
إن للموت لسكرات .. أللهم الرفيق الأعلى .. أللهم الرفيق الأعلى .. أللهم الرفيق الأعلى ..
Ertinya:
"Sesungguhnya
kematian itu akan menghadapi 'sakaratulmaut', Wahai Allah, Kekasihku
Yang Maha Tinggi .. Wahai Allah, Kekasihku Yang Maha Tinggi .. Wahai
Allah, Kekasihku Yang Maha Tinggi .. "
Pada
saat malaikat ingin mencabut nyawa Baginda, Baginda masih memikirkan
umat-umatnya. Ummati! Ummati! Sampai begitu sekali sayang Rasulullah
pada kita.
Lalu Rasululllah-pun menghembuskan nafas terakhirnya ..
Anas
bin Malik mengisahkan, "Tiada hari yang paling indah dan cerah selain
hari kedatangan Rasulullah saw. ke Madinah. Dan tiada hari yang lebih
mendung dan muram daripada hari ketika Rasulullah saw. wafat di Madinah
".
No comments:
Post a Comment