Tuesday 4 March 2014

70 DOSA BESAR

70 DOSA BESAR ( RINGKASAN )

70  Dosa Besar dapat disimpul kepada  berikut:
1-Empat jenis dikaitkan dengan hati iaitu:
-   Syirik.
-   Terus menerus berbuat maksiat.
-  Putus asa dan berasa aman daripada seksa Allah.
2-Empat jenis pada lisan iaitu:
-  Kesaksian palsu.
-  Menuduh berbuat zina pada wanita baik-baik.
-  Sumpah palsu .
-  Mengamalkan sihir.
3-Tiga jenis di perut iaitu:
-   Minum arak.
-   Memakan harta anak yatim.
-  Memakan riba.
4-Dua jenis di kemaluan iaitu:
-   Zina,
-   Homoseksual.
5-Dua perkara  disebabkan  tangan iaitu:
-   Membunuh,
-   Mencuri.
6-Satu disebabkan  kaki iaitu:
-   Lari dari medan peperangan.
7-Satu perkara melibatkan di seluruh badan iaitu:
-   Derhaka terhadap orang tua.
Dosa kecil iaitu dosa yang tidak tersebut di atas.

Dosa kecil yang akan berubah menjadi dosa besar jika dilakukan BERTERUSAN . Menurut Imam Hasan al-Basri, tidak ada dosa kecil apabila dilakukan dengan berterusan dan tidak ada dosa besar apabila disertai dengan istighfar (Taubat ).

Allah juga berfirman, maksudnya: “Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui.” (Surah Ali Imran: 135)

  • Mengenai tindakan sesetengah orang di antara kita yang menganggap remeh dosa, Rasulullah bersabda maksudnya: “Sesungguhnya seorang mukmin dalam melihat dosanya, bagaikan seorang yang berada di puncak gunung, yang selalu khuatir tergelincir jatuh daripada gunung tersebut pada bila-bila masa. Adapun orang fasik dalam melihat dosanya, bagaikan seseorang yang dihinggapi lalat di hidungnya, maka dia dapat mengusir lalat tersebut begitu sahaja.”        (Hadis Riwayat al-Bukhari & Muslim)                                                                      begitulah hebatnya orang-orang munafik.
  • Orang yang bergembira dengan dosanya Allah berfirman maksudnya:“Dan apabila dikatakan kepadanya: “Bertakwalah kepada Allah”, bangkitlah kesombongannya yang menyebabkannya mereka  melakukan  dosa.      Maka cukuplah (balasannya) untuk mereka neraka Jahannam.                    Dan sesungguh neraka Jahannam itu tempat tinggal yang seburuk-buruknya.” (Surah al-Baqarah: 206)
  • Mereka Merasa  Aman daripada azab Allah walaupun telah melakukan maksiat :Allah berfirman maksudnya:                                                                                “Apakah  kamu tidak perhatikan orang-orang yang telah dilarang mengadakan perbicaraan rahsia, kemudian mereka kembali (mengerjakan) larangan itu dan mereka mengadakan perbicaraan rahsia untuk berbuat dosa,  permusuhan dan penderhakaan  kepada Rasul. Dan apabila mereka datang kepadamu, mereka mengucapkan salam kepadamu dengan memberi salam yang bukan sebagaimana salam orang mukmin yang ditentukan Allah untukmu. Dan mereka mengatakan pada diri mereka sendiri:                            “Mengapa Allah tidak  menyeksa kita disebabkan apa yang kita katakan itu?”     Cukuplah bagi mereka neraka Jahannam yang akan mereka masuki. Dan neraka itu adalah seburuk-buruk tempat mereka akan kembali.” (Surah al-Mujadalah: 7) Perbuatan maksiat secara terang-terangan,
    Rasulullah s.a.w bersabda dengan  maksudnya:   “Semua umatku akan diampunkan dosanya kecuali orang yang mujaharah (terang-terangan dalam melakukan  dosa) dan yang termasuk mujaharah adalah seorang yang melakukan perbuatan dosa di malam hari, kemudian hingga pagi hari Allah telah menutupi dosa terbabit, kemudian dia berkata: Wahai fulan semalam saya berbuat ini dan berbuat itu. Padahal Allah telah menutupi dosa tersebut semalaman, tetapi di pagi hari mereka membuka kembali tutupan Allah terbabit.” (Hadis riwayat al-Bukhari & Muslim)
    Yang melakukan perbuatan dosa dan perbuatan tersebut menjadi tauladan kepada orang lain ( Pengasas Dosa ).
    Rasulullah s.a.w bersabdadengan  maksudnya:
    Sesiapa yang memberi contoh di dalam Islam dengan contoh yang  buruk, dia akan mendapat dosanya dan dosa orang yang mengikutinya selepas dia meninggal dunia tanpa dikurangi dosa tersebut sedikitpun.
    Itulah Keadilan Allah yang Maha Adil- Jelaslah kepada kita, orang yang berpesta dengan maksiat kemudian menutup majlis tersebut dengan Doa daripada Ustaz dan Tasbih Kifarah serta Zikir Munajat yang mengalirkan air mata,  berpura-pura kesedihan seketika tetapi dihati mereka tersemat ” TAHUN DEPAN KITA AKAN LALAKUKAN LAGI, PADA TARIKH YANG SAMA DAN MASA YANG SAMA, CUMA HARI SAHAJA YANG BERLAINAN ” pasti Allah akan mengazabkan mereka ,  Agama dan Allah bukanlah permainan olok-olok yang boleh dipersendakan begitu sahaja sambil ketawa.  NAUZUBILLAH.
    Ya Allah Tetapkan Iman Kami dan berilah kekuatan kepada  kami untuk lari dari Majlis-majlis rasmi yang diselit dengan upacara pemujaan Syaitan.
    Amin Ya Rabbal Alamin.
  • No comments:

    Post a Comment