Akhir Zaman :Suami taat pada isteri tanda akhir zaman
Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah saw. Bersabda, "jika harta rampasan perang diambil sebagai kekuasaan, amanat sebagai rampasan, zakat sebagai hutang, belajar bukan ilmu agama, suami taat kepada isterinya dan derhaka kepada ibunya, menghina temannya dan merendahkan bapanya, munculnya suara suara (ceramah) di masjid-masjid, orang fasik menjadi tuan, orang hina menjadi pemimpin, orang yang mulia kerana ditakuti kejahatannya, munculnya para wanita yang suka bersolek dan alat-alat muzik serta khamar (arak) dimimum, umat sekarang melaknat generasi sebelumnya, maka pada saat itu berhati-hatilah dengan angin merah, gempa , penenggelaman, penghapusan, dan pemuntahan itulah tanda-tanda yang berturut-turut, seperti peraturan keadaan yang terputus, lalu diikuti yang lainnya. "(HR Tirmidzi)
Dari Anas r.a. bahawa Rasulullah saw. Bersabda, "Akan datang kepada manusia suatu zaman, orang bersabar atas agamanya seperti orang yang memegang bara api." (HR Tirmidzi)
Hadis di atas
menunjukkan apa yang akan diperlihatkan dari sebagai ujian, musibah dan
kesempitan kepada kaum muslimin sehingga mereka menyembunyikan agama
atau meninggalkannya. Mungkin juga boleh kita katakan bahawa sekarang
ini ramai kaum muslimin yang kembali pada agama mereka untuk menjalankan
pelbagai kewajiban dan sunahnya, seolah-olah mereka asing terhadap
agama yang mulia ini. Dan, itulah Islam yang merupakan benteng dari
setiap masyarakat yang sesat.
Setiap kali cubaan dan
musibah bertambah, manusia semakin jauh dan hati menjadi ingkar, pedoman
manusia hanya untuk dunia dan sedikit sekali dari mereka yang mencintai
Allah SWT dan Rasul-Nya.
Dari Hudzaifah bin
Al-Yaman r.a. bahawa Rasulullah SAW. Ditanya tentang kiamat. Lalu,
beliau bersabda, "Ilmunya hanya ada pada Tuhanku. Waktunya tidak jelas
kerana hanya Dia yang mengetahuinya. Akan tetapi, aku beritahukan kepada
kalian tanda-tanda yang akan berlaku menjelang kiamat itu. Sungguh,
menjelang kiamat nanti akan berlaku berbagai fitnah dan haraj. "Mereka
berkata," Wahai Rasulullah, kami telah mengetahui fitnahnya. Lalu, apa
haraj itu? "Beliau menjawab dengan lafaz orang Habsyi," Pembunuhan dan
keingkaran yang akan menjumpai manusia. Seseorang tidak tahu mengapa ia
membunuh orang lain. "(HR Ahmad)
Saya membayangkan bahawa
turunnya hadis ini disebabkan oleh terjadinya banyak kebodohan dan
keingkaran yang menyelimuti hati sebahagian kaum muslimin, lemahnya tali
persaudaraan di atas kemasalahan bersama, tidak terdapat lagi orang
yang mencintai Allah SWT dan Rasul-Nya serta tidak ada lagi ukhuwah
islamiah.
Keingkaran seperti ini
akan terus bertambah setiap kali kita makin dekat dengan kiamat.
Sekarang ini sebahagian besar dari kita memandang tanda-tanda tersebut
dengan pandangan luaran sahaja. Bahkan, telah ada perkataan-perkataan
dari orang yang menandakan keingkaran tersebut seperti perkataan
sebahagian manusia, "Kesibukan adalah kesibukan, Perniagaan adalah
perniagaan, bekerja adalah bekerja dan dalam bekerja tidak ada rahmat
dan cinta." Semoga Allah SWT mengampuni kita dan tidak memurkai kita.
Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber eramuslim.com, Wallahu'alam bissawab والله أعلمُ بالـصـواب
No comments:
Post a Comment