Otak
berfungsi melalui aktiviti-aktiviti bio-elektrik
yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk
melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia beroperasi dengan
sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini
berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti
yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah
natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.
Oleh itu, apabila
seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah,
seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi
aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di
kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut
berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan
turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf
yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk
turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.
Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif
berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak
tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung
mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.
Hasil kajian makmal yang dilakukan
terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American,
keluaran Disember 1993. satu kajian yang dilakukan di Universiti
Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang
mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar. Dalam
kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda.
Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu
dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan.
Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian
berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di
bahagian depan otak dan korteks.
Menariknya, apabila sukarelawan ini
mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti
saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf
lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka,
aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus
membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang
seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak
dan menambah kemampuannya.
Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam,
ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih
ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi
mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan
mengabaikannya.
|
No comments:
Post a Comment