Nasihat Berguna Kearah Membentuk Solat
Mengikut Rasulullah SAW
Takbirratul Ihram yang betul, perhatikan
kedudukan tapak tangan yang mengadap ke arah Kiblat. Gambar yang telapak tangan
mengadap ke kiblat adalah yang paling afdhal.
Rasulullah melarang memandang ke langit.
Keadaan solat begini adalah salah.
Jangan solat dalam keadaan bahu terbuka.
Pakaian sebegini sah dalam melakukan solat tetapi pakaian sebegini adalah
pakaian orang yang tidak menghormati
tata susila mengadap Allah SWT.
Lalu atau melintasi hadapan orang yang
sedang solat adalah terlebih teruk
daripada berdiri dibelakang orang solat, kerana akan terhalang 40 pahala atau
40 kebaikan.
7 Anggota yang mesti menyentuh lantai
ketika sujud kepada Allah SWT. Sujud yang betul.
Sujud yang betul.
1-Jangan siku menyentuh lantai, atau
jarakkan.
2-Jangan paha rapat ke perut, jarakkan.
3-Kaki dan paha jangan rapat, jarakkan.
Perhatikan kedua perut ibu jari, keduanya
mesti menyentuh bumi ketika sujud.
Kedudukan telapak jari-jari kaki yang betul.
Cara Duduk Tawarruk dan Iftirasy yang
betul. Kedua-dua cara duduk di atas adalah betul.
Jangan menyinsing lengan baju, jaga adab
dengan Allah SWT. Solat dengan berpakaian sebegini adalah salah. Tetapi
menyingsing lengan baju adalah diantara ciri-ciri atau sifat-sifat manusia yang
TAKABBUR kepada Allah SWT. Solat
hendaklah dilakukakan dengan keadaan merendahkan diri dalam semua aspek,
pakaian dan hati hendaklah dalam bentuk rendah diri dan khusyuk kepada Allah
SWT. Jangan jadikan sifat-sifat takkabur sebagai fesyen dan carai hidup
seharian atau pun dalam solat. Mereka yang takabbur dengan pangkat dan kekayaan
tidak layak menyembah Allah SWT.
Berpaling dalam solat adalah gangguan
daripada syaitan durjana. Ketika solat hati, muka dan sebagainya hendaklah
mengadap Allah SWT atau ke arah Kiblat. Mereka yang tidak menumpukan anggota
dan hati kepada Allah SWT semasa solat adalah mereka yang melayani godaan
syaitan. Cara Solat di atas adalah salah.
Saat sujud adalah saat yang paling dekat
dengan Allah SWT. Sujud yang betul.
Membantu manusia atau mengajar manusia
untuk sujud kepada Allah SWT akan dapat bersahabat dengan Rasulullah SAW dalam
Syurga. Sujud dengan keadaan telapak tangan rapat ke lantai adalah betul.
setiap sujud akan mendapat pahala di sisi
Allah SWT dan akan menghilangkan dosa. Sujud yang betul.
Sujud yang dilarang oleh Rasulullah, atau
sujud yang digelar sujud anjing malas. Sujud yang salah.
Contoh Sujud anjing malas. Sujud yang
salah.
Perhatikan telapak tangan ketika bangun
daripada rukuk. begitulah cara yang betul.
Jangan gopoh gapah ketika menuju ke
masjid. pasti setiap perbuatan dan niat kebaikan telah mendapat pahala daripada
Allah SWT.
No comments:
Post a Comment