Subhanallah, Fakta Sains Berkaitan Wuduk
Umatku
(kelak di hati kiamat) akan dipanggil ‘putih bersinar’ kerana bekas
wuduknya (di dunia dahulu).” –diriwayatkan oleh Bukhari
Wuduk diambil
untuk menunaikan solat dan membaca Al-Quran. Selain itu, kita diajar
setiap kali ingin belajar atau memulakan pembelajaran seeloknya ada wuduk. Kita digalakkan untuk menjaga wuduk sentiasa
supaya tidak terbatal. Sebagai seorang muslim, pastinya kita akan
melakukannya kerana di ajar dalam Islam. Namun, semakin kita jauh dari
zaman Rasulullah s.a.w, semakin kita lalai menjaga perkara yang satu
ini. Wuduk di ambil sambil lewa, tidak diratakan keseluruh bahagian anggota wuduk dengan betul. Di sini, saya ingin berkongsi dengan para pembaca kaitan antara wuduk dengan kesihatan dari buku ”Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit”.
Untuk menceritakan berkenaan fakta kulit kita, artikel ini akan menjadi sangat panjang untuk pembaca. Jadi, saya hanya akan berkongsi berkenaan anggotawuduk sahaja:
Mencuci tangan
Telapak tangan manusia
adalah bahagian tubuh yang fleksibal dan banyak berinteraksi dengan
dunia luar, bersalaman, memegang, menyentuh, memetik jari dan pelbagai
perkara yang menyentuh dunia sekeliling. Lebih daripada 70%
penyakit-penyakit berjangkit seperti influenza yang disebabkan
oleh bakteria, virus atau cacing disebabkan oleh kontaminasi melalui
sentuhan tangan. Dalam dunia perubatan, protokol standarad pertama
sebelum bekerja adalah mencuci tangan dan membilasnya dengan sabun. Oleh
itu tidak hairanlah wuduk dimulakan dengan mencuci kedua belah tapak tangan.
Berkumur
Berkumur melindungi
mulut dan tekak daripada jangkitan dan membersihkan gigi daripada sisa
makanan. Pada hakikatnya, membersihkan kawasan mulut dapat mencegah
risiko jangkitan penyakit. Terdapat tidak kurang dari 100 juta bakteria
per milimeter dalam sampel biasa permukaan gigi ataupun kalenjar ludah
manusia normal yang sihat. Penyakit di kawasan gigi dan mulut seperti
radang gigi atau radang kerongkong (faringitis) dan juga radang pada kawasan pharyng.
Apabila jangkitan itu disebabkan oleh bakteria jenis streptococcus B hemoliticus, racun daripada tindakan imuniti tubuh ke atas bakteria itu dapat merebak ke jantung ataupun ginjal melalui aliran darah. Glomerulonefritis iaitu radang pada ginjal danmyokarditis adalah radang pada otot jantung. Ini adalah komplikasi-komplikasi serius yang mungkin terjadi akibat daripada toksin bakteria streptococcus B hemoliticus. Demikian juga beberapa penyakit tumor pada kawasan maxillofacialatau pipi dan dagu seperti adamantinoma. Kejadian yang berkait rapat dengan oral hygiene iaitu kebersihan mulut.
Istinsyaq
Istinsyaq ialah
menghirup air ke dalam hidung. Ia hanya dilakukan semasa berwuduk.
Menurut pakat bedah tumor, Dr Bahar Azwar, apabila terdapat tumor yang tersembunyi di dalam hidung. Aliran air ke dalam hidung yang menyapu bahagiannasopharyng merangsang pendarahan pada tumor itu. Melalui kegiatan intinsyaq, ini membantu dalam pengesanan awal tumor di bahagian nasopharyng yang tersembunyi.
Penyakit SARS merebak
suatu ketika dahulu diakibatkan oleh jangkitan virus yang merebak
melalui titisan air yang keluar di udara semasa penghidapnya bersin
ataupun batuk. Apabila melakukan istinsyaq, kita berupaya membersihkan
selaput dan lendir hidung yang mungkin tercemar oleh udara kotor dan
kuman seperti ini.
Membasuh muka
Adalah untuk
membersihkan kotoran yang melekat akibat daripada rembesan yang
dikeluarkan oleh kelenjar kulit. Ia juga bertindak menghapuskan
mikroorganisma. Sisa rembesan ini biasanya mudah menjadi media
pertumbuhan dan pembiakan bakteria. Pembasuhan air yang kerap juga dapat
melindungi kulit. Terutama kulit wajah daripada kesan-kesan buruk sinar
untra ungu matahari. Pendedahan yang terlalu lama pada sinar ultra ungu
menekan proses imuniti kulit dan ini antara punca kanser kulit.
Membasuh kedua tangan dan kaki
Perbuatan ini adalah
untuk memperkuatkan saluran-saluran darah tangan dan kaki. Dari segi
anatomi, saluran darah di hujung-hujung tangan dan kaki ekstremiti iaitu
lebih lemah berbanding bahagian lain. Ini kerana tangan dan kaki adalah
titik yang paling jauh dengan jantung. Oleh itu, tekanan darah yang
dipam dari jantung ke bahagian itu adalah lemah.
Saluran darah di
hujung-hujung ekstremiti yang menyempit menganggu pengoksigenan jaringan
saluran darah di sekitarnya. Kepada penghidap penyakit beuger,
hujung-hujung jari ekstremiti itu menjadi nekrosis iaitu selnya mati
kerana gangguan bekalan darah ke bahagian itu. Pembersihan tapak kaki
penting bagi mencegah pelbagai jangkitan kuman. Manakala pembersihan
tapak tangan memutuskan penghantaran jangkitan penyakit melalui oral
kerana tangan yang menyuapkan makanan ke mulut.
Fakta-fakta ini
saya ambil dari buku “Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit”. Saya
harap dengan perkongsian ilmu ini dapat kita muhasabah diri. Teliti
semula cara kita mengambil wuduk selama ini adakah
sempurna atau tidak. Perbetulkan jika masih berlaku kesalahan. Belajar
lah dari yang berilmu jika tidak fasih dengan cara mengambil wuduk anda.
*Sumber dari irfanirsyad.wordpress.com
No comments:
Post a Comment