Thursday 27 June 2013

wuduk yang sempurna

assalamualaikum...

Tahukah teman-teman, salah satu syarat sah sembahyang ialah mengambil wudhuk. berikut adalah cara-cara mengambil wuduk yang sempurna dengan wudhuk yang sempurna insyaallah kita akan mendapat kekhusyukan dalam sembahyang.

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku
   ini".
2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah mukaku di
    akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, berikanlah hisab
    hisab ku di tangan kanan ku ini".
4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, janganlah Kau berikan
    hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".
5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik
    matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".
6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku
   ini".
7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku
    melintasi titian Siratul Mustaqqim".
8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke
    masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat".

Penjelasannya:
1. Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah
2. Ahli syurga mukanya putih berseri-seri
3. Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan
4. Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri
5. Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala
6. Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dan lain-lain
7. Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali
8. Qada' dan Qadar kita di tangan Allah

Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmah nya yang tersendiri. Pernahkah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa? Pernahkah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam ?. Pernahkah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam?
Bersyukurlah dan bertaubatlah selalu. Hantar e-mail ni rakan-rakan yang lain. Insya Allah dapat pahala berdakwah.

Wasallam..

"orang yang bakal memilih 7 perkara daripada 7 lawanya iaitu
memilih fakir daripada kaya,
memilih hina daripada  mulia,
memilih rendah diri daripada takbur,
memilih lapar daripada kenyang,
memilih sedih daripada  gembira,
memilih bawah daripada atas dan
memilih mati daripada hidup!"




Wasallam..

KISAH 3 SOALAN

KISAH 3 SOALAN

Pada suatu masa ada seorang yang memusuhi Allah. Ia suka menanyakan tiga soalan dan tiada siapa yang boleh menjawabnya. Bahkan ulama-ulama diBaghdad pun tidak dapat menjawabnya. Ini menyebabkan ia semakin menjadi-jadi memperleceh Islam. Pada suatu hari seorang anak lelaki berumur lebih kurang 10 tahun datang dan mendengar cabaran yang dibuat oleh lelaki tersebut. Lelaki ini mencabar siapa sahaja untuk menjawab soalannya. Anak lelaki itu diam dan memerhatikan sahaja.
Kemudian ia nekat untuk menyahut seruan lelaki itu. Ia kemudiannnya berjalan ke arah lelaki itu dan berkata, "Aku sahut cabaranmu" Lelaki itu ketawa dan tambah memperleceh lagi orang-orang Islam sambil berkata, "Anak berumur 10 tahun menyahut seruanku? Ini sajakah yang mampu kamu adakan?" Anak lelaki itu dengan tenang mengulangi sekali lagi hasratnya. Ia akan menyahut cabaran lelaki ini dan dengan pertolongan dan petunjuk Allah ia akan menundukkan lelaki ini. Lelaki itu akhirnya bersetuju.
Maka ramailah orang berkumpul di sekeliling bukit kecil di mana selalunya rapat-rapat umum diadakan. Maka lelaki yang bongkak itu pun naik ke atas bukit dan dengan suara yang kuat ia menanyakan soalan pertama, "Apa yang sedang dilakukan oleh Tuhanmu sekarang?" Anak lelaki itu berfikir sejenak dan tak lama kemudian ia meminta lelaki itu turun dari atas bukit supaya ia boleh naik dan menjawab soalan itu. Lelaki itu dengan nada yang agak marah berkata,"Apa? Kau mahu aku turun?" "Ya!" jawab anak lelaki itu. "Kau hendak aku jawab,bukan?"
Akhirnya lelaki itu turun dan itu dengan kakinya yang kecil naiklah ke atas bukit. Lalu ia berkata, "Ya Allah yang Maha Gagah. Engkaulah menjadi saksi di hadapan orang ramai ini. Kau baru sahaja mentakdirkan orang kafir ini turun ke aras yang rendah dan orang yang beriman ke atas yang tinggi". Mendengar jawaban anak ini orang ramaipun bersorak sambil bertakbir, "Allah-hu-akbar!!!"
Lelaki itu pun rasa terpukul tetapi masih tidak jera lalu menanyakan soalan kedua. Soalnya, "Apa yang wujud sebelum Tuhan?" Anak lelaku itupun bertafakkur. Lalu ia meminta lelaki itu mengira dari 10 ke belakang. Lelaki itu pun mengira, "10, 9 ,8 , 7 , 6, 5, 4, 3,2, 1,0"
Lalu anak lelaki itupun bertanya, " Apa yang wujud sebelum 0 ?" Jawab lelaki itu, "Tak tahu ....... tiada" Anak lelaki itupun berkata, "Tepat sekali. Tiada sebelum Allah, Dia kekal abadi".
Orang ramai bersorak lagi sambil bertakbir,"Allah-hu-akbar!!!!"
Lelaki itu mula putus asa tetapi meneruskan dengan soalan ketiga, " Ke arah mana Allah menghadap? " Seperti tadi anak lelak itu pun berfikir sejenak.Lalu ia meminta sebatang lilin. Sebatang lilin dibawakan kepadanya lalu ia memberikannya kepada lelaki tadi. Ia meminta lelaki itu menyalakan lilin berkenaan. Lelaki itu menyalakan lilin itu sambil berkata, "Apa yang kau ingin buktikan?" Anak lelaki itupun bertanya, "Ke arah manakah cahaya lilin itu memancar?" Lelaki itu menjawab, "Tentulan ke semua arah". Anak lelaki itupun berkata, "Kau telah menjawab soalanmu sendiri. Cahaya Allah memancar ke semua arah. Dia ada di mana-mana. Tiada tempat pun Dia tiada. Orang ramaipun bersorak lagi sambil bertakbir,""Allah-hu-akbar!!!"

Lelaki itu kagum dan hatinya tersentuh dengan kepandaian anak itu lalu ia menjadi penganut Islam dan belakar dengan anak itu. Tahukah anda siapa anak lelaki itu? Ia adalah salah seorang imam mazhab besar dalam ahli sunnah wal jamaah. Imam Abu Hanifah.

Yang


Yang Singkat Itu WAKTU.
Yang Menipu Itu DUNIA.
Yang Dekat Itu KEMATIAN.
Yang Besar Itu HAWA NAFSU.
Yang Berat Itu AMANAH.
Yang Mudah Itu BUAT DOSA.
Yang Susah Itu SABAR.
Yang Sering Lupa Itu BERSYUKUR.
Yang Mendorong Ke Neraka Itu LIDAH.
Yang Berharga Itu IMAN.
Yang Ditunggu Allah Itu TAUBAT

Wednesday 26 June 2013

Wirid berterusan dalaam kehidupan




Amalan setiap hari jika berkesempatan untuk diamalkan oleh sesiapa sahaja yang berkeinginan untuk melakukannya...InsyaAllah.