Thursday 13 March 2014

Rajah tulang belakang

Urut tulang belakang

Urut tulang belakang untuk kesihatan jasmani


Jika urutan zakar untuk kesihatan jiwa dan urut kepala untuk kesihatan raga, urutan tulan belakang pula adalah untuk mengibani tenaga jiwa raga ia itu untuk membina kesihatan jasmani.Tulang belakang merupakan sambungan sistem saraf pusat, yang terdiri daripada tulang yang bersambung-sambung, bermula dari pangkal otak ke tongking.
Tulang belakang terdiri daripada 26 vertebra (tulang):
tujuh serviks
dua belas toraks
lima lumbar, dan
satu sakrum }vertebra penyumbu
satu koksik }

Di dalam tulang belakang (spine), terdapat saraf tunjang (spinal nerves) yang menghubungkan antara otak dengan sesuatu organ di dalam badan. Segala aktiviti organ dikawal oleh otak akan di hubungkan ke organ melalui tulang belakang.
Maklumat daripada organ juga dihantar ke otak melalui tulang belakang. Setiap organ akan dihubungkan ke bahagiaan tulang belakang melalui sesuatu ruas (verterbral) dan terbatas dalam ruasnya sahaja.
Tulang belakang bukanlah organ, tetapi berperanan sebagai amplifier yang menguat dan menimbal balik isyarat antara organ dan otak. Sistem ini dipanggil sympathetic dan parasympathetic. Sympathetic ialah kawalan tanpa sedar oleh minda, parasympathetic ialah kawalan separa sedar oleh minda.
Apabila sesuatu organ menjadi lemah, tidak dapat berfungsi dengan baik atau berpenyakit, maklumat kesakitan tersebut akan dihantar ke bahagian tulang belakang.
Tulang belakang akan memendam isyarat sakit untuk memastikan sistem sympathetic dan parasympathetic terus berjalan seperti biasa. Isyarat sakit adalah gelombang bertekanan rendah dan akan turut memberkan tekanan rendah kawasan yang dilaluinya. Proses memendam isyarat sakit ini akan menyebabkan gangguan tenaga getaran di ruas atau kawasan yang terlibat dengan bahagian saraf yang berhubung dengan organ yang lemah tersebut.
Gangguan tenaga getaran menjadikan sel dan unsur binaan kawasan tersebut lemah serta mempengaruhi ikatan molekul ruas tulang. Jika terdapat lebih daripada satu ruas tulang, maka disk di antara ruas juga akan terjejas ikatan molekulnya. Maka ini adalah punca penyakit tulang belakang kerana selain berfungsi melindungi saraf tunjang, ruas tulang mempunyai saraf sakitnya sendiri.
Menerusi ruas tulang belakang yang sakit inilah penyakit pada organ yang bersangkutan dengannya dapat di kesan dan penyakit yang dialami oleh tubuh badan. Urut urat saraf sifuli adalah meransang anggota tubuh badan yang sakit menerusi ruas tulang belakang.