1. Makan
sebelum mandi Junub (mandi Wajib) Hendaklah Mandi Wajib dahulu sebelum makan.
Jika malamnya berhadas besar maka pada paginya hendaklah mandi wajib
subuh dan melakukan solat Subuh berjemaah dan baru sarapan pagi, itulah yang
seafdalnya.
2. Memakai
seluar secara berdiri termasuk seluar dalam, kita hendaklah memakai seluar
secara duduk sepenuhnya tidak kira dalam apa posisi pun samaada duduk atas
kerusi, atas katil dan sebagainya. Caranya masukan seluar hingga sampai keparas
peha apabila hendak sampai keparas pinggang hendaklah diangkatkan sedikit
punggung agar seluar dapat diangkat keparas pinggang. Selesai masalah.
3. Pakai
serban (semutar) dalam keadaan duduk, hendaklah memakai serban dalam keadaan
berdiri. Pakai serban hendaklah kena berdiri.
4. Menjahit
pakaian pada badan. Jika hendak menjahit samaada pakaian, kain atau sebagainya
mestilah ditanggalkan daripada badan kemudian barulah jahit pakaian itu. Jangan
sekali-kali jahit jika pakaian itu masih melekat pada tubuh badan.
5. Selepas
solat SUBUH terus bangun dengan tidak berdoa. Sepatutnya hendaklah selepas
solat subuh berjemaah ataupun tidak hendaklah berdoa dahulu sekadar 5 ke 10
minit baharulah bangun dari tempat solat itu. Setelah selesai solat subuh TIDAK
DIBENARKAN sama sekali terus bangun dan meninggalkan tempat solat itu tanpa
menjalani amalan berdoa, jika boleh perkara ini dapat dilakukan dalam semua
ibadah solat WAJIB ataupun SUNAT.
6. Tidak
mendoakan kepada anak, sebolehnya berdoalah kepada anak-anak kepada perkara
yang baik-baik dan yang sepatutnya keatas anak-anak ini.
7. Padamkan
pelita atau lilin (jika nyalakannya pabila elektrik tiada atau dalam apa jua
keadaan) dengan menghembuskan lilin atau pelita itu sehingga padam. Hendaklah
memadamkan api lilin itu dengan mengibaskannya sehingga padam sepenuhnya.
Ingatan! Apabila majlis harijadi jika ada lilin atas kek pastikan jangan tiup
lilin itu ia hendaklah dipadamkan dengan cara mengipaskannya atau dengan cara
lain selain meniupkannya sehingga padam kesemua lilin itu. Perkara ini
hnedaklah disempurnakan dalam apa jua keadaan baik lilin ataupun api lain waima
api pada dapur kayu dan sebagainya. Yang penting jika berkaitaan dengan
memadamkan api tidak boleh ditiup keatas api itu kecuali kes kebakaran yang perlu
diambil alih oleh BOMba.
8. Biarkan
rumah dengan sawang labah-labah. Setiap rumah dipastikan tiada sawang walau
dimana jua dalam rumah itu, jika ada hendaklah dibersihkan sentiasa.
9. Tidur dalam
keadaan telanjang atau berbogel tidak kira kita berseorangan atau berpasangan
hendaklah berpakaian semasa hendak tidur. Tidak boleh sama sekali berbogel
walaupun diselaputi selimut. Yang paling penting masuk tidur perlulah
berpakaian baju tidur yang sesuai.
10. Berjalan
melintasi orang tua dan memandangnya dengan menolehkan muka kepada beliau
apabila mengatasi beliau. Apabila berjalan dibelakang orang tua Tidak perlu
memintas beliau. Hendaklah menurut beliau dan jangan melintasi beliau, ini
tanda hormat kita kepada warga emas ini. Kalau dirasakan kita perlu memintas beliau
maka hendaklah memikirkan suatu cara yang terbaik selain dari memintas beliau
seperti pusing balik, tuju kearah lain samaada kiri atau kanan, berhenti
sebentar sehingga orang tua itu hilang dari pandangan mata atau sebagainya.