Golongan manusia yang disukai oleh Dajjal
Golongan manusia yang disukai oleh Dajjal laknatullah
Diriwayatkan oleh An-Nawwas ibn Sam'an: "Dia, yang hidup dan melihatnya
(Dajjal) harus membacakan di hadapan ayat-ayat pembukaan Surat Al
Kahfi," (HR Muslim).
Diriwayatkan oleh Abu Umamah al-Bahili: "Barangsiapa memasuki nerakanya
(Dajjal), mintalah pertolongan Allah dan bacakan ayat pembukaan Surat Al
Kahfi, dan hal ini akan menyejukkan dan mendamaikannya, seperti api
menjadi sejuk terhadap Ibrahim," (HR Ibnu Katsir).
Tanda-tanda dan rahsia Hari Akhir
Satu alasan mengapa Rasulullah SAW menganjurkan orang-orang beriman membaca Surah Al Kahfi saat Dajjal mencuba memujuk
rayu adalah kerana surah ini mengandungi isyarat penting mengenai Hari
Akhir, seperti pelbagai hal yang diperlukan untuk bertahan dan memerangi
Dajjal, dan gerakan-gerakan anti-agama yang menimbulkan pelbagai
kejahatan atas kemanusiaan, yang ingin disebarkan oleh Dajjal ke seluruh
dunia.
Surah Al Kahfi ini juga mengandungi pelbagai pelajaran bagi kaum Muslimin.
Anjuran Rasulullah SAW untuk menghafal dan membaca surat ini dengan
penuh perhatian adalah suatu isyarat kuat tentang hal ini. Seperti kita
akan lihat di seluruh bab ini, pengalaman Ashabul Kahfi yang tinggal di
sebuah masyarakat yang kafir, pelajaran bahawa Musa AS belajar daripada
Khidr, dan pemerintahan di atas dunia yang ditubuhkan oleh Dzulkarnain
AS agar dapat menyebarkan nilai-nilai Islam, adalah perkara-perkara yang
perlu direnungkan oleh orang-orang beriman.
Lalu orang seperti apa yang sangat disukai oleh Dajjal? dan tanpa disedari ia sudah ditandai oleh Dajjal di hati-nya?
1. Orang yang apabila kumandang azan terdengar, ia mengendahkannya.
2. Orang yang apabila dinasihati atau dimaklumkan mengenai rencana-rencana Dajjal di dunia sebelum dia datang, dia tidak peduli.
Dajjal tidak langsung datang secara tiba-tiba. Atas
Izin Allah SWT dia mempersiapkan semuanya dengan bantuan para
pengikutnya (Freemasonry - illuminati) agar semakin banyak manusia yang
akan menjadi pengikutnya. Dan jika seseorang sudah tahu mengenai
rancangan Dajjal ini, Dajjal sudah melihat-nya dan menandakan hatinya.
Ini sesuai dengan doa Dajjal kepada allah swt yang kelak akan di
kabulkan:
"Ya rabb berikanlah aku kemampuan untuk menurunkan hujan,
menghidupkan orang yang sudah mati, menyembuhkan penyakit yang ada di
dunia, menyuburkan tanaman dan memperlihatkan syurga dan neraka kepada
manusia kelak,,, yang sesungguhnya syurga ku adalah neraka-mu dan
nerakaku adalah syurga-mu ya Rabb agar aku bisa menguji keimanan manusia
kelak ....
No comments:
Post a Comment