Sunday 9 March 2014

Keluar Dari Kesempitan Wang

Bagaimana Nak Keluar Dari Kesempitan Wang



Kesempitan Wang ? Kesempitan Wang ? Kesempitan Wang ? Cuba kaji apa kaitan sempit dengan wang?
Sempit tu cenderong kepada tenpat dan wang itu cenderung kepada nak memenuhi kehendak. Jadi bila dipecahkan kepada dua, iaitu :
1) Sempit – ruang, sebelum nak besarkan ruang, kena besarkan minda dulu. Orang yang berfikiran sempit, hidupnya tersepit dan tertekan. Maknanya, jika selalu fikirkan diri sendiri sahaja, ertinya hidupnya sempit sahaja.
Dirasakan dirinya sahaja yang susah. Sebab itu sentiasa kesempitan. Cuba bayangkan , ruang fikirannya dibesarkan sedikit. Cuba bayangkan yang anda bukan sahaja harus fikir untuk diri anda tetapi fikirkan untuk orang lain juga.
Ambik contoh orang yang bujang dengan orang yang berkahwin. Agak-agak andalah, yang mana satu rezekinya lebih sedikit ? Orang bujang atau yang dah kahwin ?
99% adalah orang yang dah kahwin. Sebabnya ? Jika dulu masa dia bujang, dia cuma hanya berfikir untuk mengisi temboloknya sahaja. (Tembolok tu maknanya perut atau tekak…bahasa johor jawa )
Orang yang dah kahwin pula, bukan sahaja pikir pasal temboloknya tapi pikir pasal tembolok bininya, anak-anaknya…jadi pemikirannya sudah besar sedikit berbanding masa dia bujang.
Itu yang sedikit…..Cuba bayangkan kalau mula dah fikirkan tentang tembolok anak orang lain, bini orang lain ? Ya, buat bisnes kemudian bisnes itu ada pekerja yang anda bayar gaji untuk menyara hidup keluarga pekerja anda.
Bukankah itu bererti pemikiran anda semakin besar sedikit. Biasanya orang yang begini tak pernah ada dalam kamus hidupnya kesempitan wang sebab baginya wang tidak ada masalah. Yang menjadi masalah dia ialah kesempitan masa. Haa…yang ini masuk bab lain. Akan datang kalau saya ingat saya kongsikan.
Sedikit sebanyak anda dapat idea, kenapa kesempitan wang ? Sebelum nak jadi kaya raya, besarkan dulu pemikiran. Sebelum nak besarkan rumah besarkan dulu pegangan hidup.
Yang kedua :
2) Tentang Wang…untuk memenuhi kehendak. Semuanya meletakkan wang di tempat tertinggi untuk hidup senang. Saya ambik contoh paling mudah. Adakah orang yang lumpuh jika diberi pilihan antara wang dengan berjalan sihat seperti kebanyakan orang, yang mana satu anda rasa dia pilih ?
Antara oksigen untuk bernafas dengan wang ringgit RM1 juta, yang mana satu anda nak pilih ?
Selalu berdoa untuk beri kesenangan tetapi tidak sedar yang doanya sudah dimakbulkan. Kerana selalu memikirkan wang sebagai ukuran kesenangan.
Kerana apa wang begitu penting sehingga tidak nampak nikmat yang lain ? Sebab nak memenuhi kehendak atau senang cerita nafsu atau senang cerita tembolok. Tapi jika ada jalan yang boleh memenuhi tembolok tanpa guna wang ? Yang mana bagus ?
Ambik contoh, paling mudah ialah nak makan nasi beriani….bila niat sahaja nak makan nasi beriani, tiba-tiba ada orang yang datang jumpa sudi nak belanja nasi beriani.
Saya mendapat banyak barang hadiah seperti handfon Samsung Note yang bila tengok kawan-kawan lain pakai saya rasa nak sangat pakai juga. Tetapi memandangkan harganya ketika itu RM2,000, saya tangguhkan dulu hajat tersebut. RM2,000 boleh isi banyak tembolok …(fikir saya ketika itu).
Selang beberapa minggu, ada sahabat lama jumpa dan berikan sebagai hadiah. Begitu juga dengan Ipad, motorsikal….Kereta belum cuba lagi. Tapi tak salah kalau nak mencubanya….
Cuba lihat, tidak perlu menggunakan wang sebagai perantaraan untuk dapat memenuhi kehendak.
Memang betul, wang pun penting. Bukan bererti anda perlu kering kontang. Yang buat anda kering kontang sebab selalu memikirkan sangat tentang wang….berhenti fikirkan pasal duit. Biar duit yang datang sendiri kepada anda. Nak tahu macamana ? Itu kena belajar… Nak belajar kena ada maharnya….ada orang sanggup bayar puluh ribu untuk belajar.
Terus terang tentang masalah orang yang selalu kesempitan wang ialah mereka tidak menyimpan wang. Jika ada simpan duit, walaupun tak bekerja, mereka tidak risau sangat. Contoh seperti pak sedara saya yang kerjanya buat boat lepas tu pergi memancing….tak kerja.
Sebab simpanannya ada RM8 juta. Jangan tanya macamana nak jadi macam dia….tengoklah dulu masa dia muda, dia kamceng dengan siapa….apa projek dia buat kalau bukan sebagai kontraktor….
Bukan jual kuih tepi jalan. Jual kuih yang marginnya 10sen bukan tak boleh jadi jutawan… Kalau nak jadi jutawan dengan jual kueh kena main market luar negara…jual sampai 100 juta biji.
Cara nak simpan wang pulak macamana ? Sebelum saya nak selesaikan topik ni hari ini, saya bagi satu solusi mudah….
Saya kurang simpan duit di bank. Jadi jangan tanya lah macamana nak dapat overdraft la, nak dapat loan lah…sebab saya hanya guna bank sebagai urusan dan bukan menyimpan duit. Duit saya tukar jadi emas.
Apa saya buat ialah saya sediakan 10 jenis kotak dan kotak-kotak tersebut saya letak merata-rata…ada yang tanam, ada yang kat pokok…satu kotak ada yang RM500 ke RM10,000.
Jadi ada banyak kotak duit yang saya tak perlu nak fikirkan sangat. Anggap itu macam dah disediakan untuk tabung anak-anak. Untuk diri sendiri lebih kepada ILMU. Saya banyak gunakan duit untuk ilmu sebab itu saya tak kisah jika baju yang saya pakai dah 7 tahun tak beli baru.
Bayangkan jika anda ada 10 ke 30 kotak yang dalam tu ada duit…pernah fikir akan jadi kesempitan wang ? Inilah money game. Jika belum buat dah cakap “Sekarang ni duit pun tak ada macamana nak simpan.”
Tahniah….anda telah memilih untuk jadi seperti sekarang iaitu : Kesempitan Wang …pada 5 tahun…10 tahun akan datang lagi…
Bayangkan , kalau sekarang ni tak ada duit. Jika simpan sehari RM1…10 tahun daripada sekarang dah berapa simpannya tu ?
Its all about mind set ? Bukan salah boss anda, bukan salah pekerjaan anda, bukan salah komputer anda, bukan salah kerajaan anda dan bukan salah benda-benda lain. Jangan sampai sebab tak ada duit adalah daripada Jin, mahkluk ghaib la….dalaman kena kuat….fikiran kena kuat.
Akhir sekali, ada orang tanya…habis bila dah simpan-simpan duit sekali esok lusa mati macamana ? Hahhh….apa tujuan hidup dan apa tujuan simpan duit ? Adakah Tuhan jadikan kita untuk jadi Jutawan Kaya Raya ? Sebenarnya kita ni hamba kepada Nya. Jadi perlukah simpan duit untuk diri sendiri sampai RM1 juta ? Anda boleh gunakan niat untuk wakaf….dunia akhirat dapat.
Anda boleh komen dibawah untuk berkongsikan kepada orang tentang pemahaman anda tentang kesempitan wang. Komen anda melambangkan keperibadian anda . Jika anda ingin berkongsi, pancarkan energi positif anda kerana ia akan menarik segala yang positif. Jika negatif….tentu sekali poketnya juga negatif….silakan beri komen atau soalan… : )

No comments:

Post a Comment