Sunday 9 March 2014

SOLAT TAHAJUD

AMALAN SUNNAH 1 : SOLAT TAHAJUD


a-new-heaven-and-a-new-earthAlhamdulillah,
Sejak mula kerja waktu pagi jam 4 ni , memang seronok berblogging. Kalau tak, anak kacau lah, idea putuih…Ni pun macam nak kejar masa sat lagi nak ke Surau jam 5:30 am.
Post yang nak dikongsikan pada kali ini ialah tentang Amalan Sunnah Rasulullah yang pertama. Mengapa perlu ikut ajaran Rasulullah? Bayangkan sekarang ni, orang Bukan Islam juga sudah akui Pemimpin Agung Dunia dan sehingga akhir zaman dunia adalah Nabi Muhammad SAW. Daripada 100 orang yang dikaji, Nabi Muhammad ranking 1st.
Sebagai bukti, ambik contoh , setiap kali azan, akan terkumandang nama Nabi Muhammad SAW di seluruh masjid seluruh dunia. Padahal masa zaman Nabi 1431 tahun yang lalu , Nabi Muhammad hanyalah seorang yang ummi ( Serba kekurangan ) dan sentiasa mengikat perut.
Kajian dibuat oleh Michael Hartz. boleh cari di google.com
 Baginda sentiasa mengalirkan air mata mengingatkan kita (ummatnya akhir zaman) yang tak pernah lihat wajah Rasulullah tetapi ada perasaan rindu padanya. Insya Allah, kita berdoa pada Allah semoga kita antara orang yang dapat syafaat Nabi Muhammad di hari kiamat.
30-769715Sebelum saya nak kongsi pasal kelebihan tahajud, ingin saya tegas dan mengaku di sini bahawa saya bukan lah pakar agama dan warak dan selalu bertahajud. Saya juga dalam usaha mendekatka diri kepada Allah.
Sebut pasal mendekatkan diri pada Allah, para-para Wali …..kenapa doa mereka cepat dimakbulkan macam kisah Pak Kiai Ustaz Arifin? Bila dah jadi kekasih Allah, segala permintaan Allah bagi terus. Saya pernah dengar kisah seorang wali yang tumpang kereta seorang hamba Allah.
Lepas Wali itu tumpang kereta, masa turun dia pergi ke tangki minyak kereta tersebut dan berdoa. Lalu dia berbicara , “Jangan buka lagi penutup tangki minyak ni. Bawak lah kereta kamu ke mana-mana tak perlu isikan minyak lagi.”
Hamba Allah yang tumpangkan kereta pada Wali itu ( Sebenarnya dia pun tak tahu orang itu wali ), ikut nasihat wali itu dalam keadaan terpinga-pinga dan was-was. Tapi diikutkan saja.
Memang benar, keretanya tak diisikan minyak pun masih lagi boleh berjalan. Peristiwa tu berlangsung sampai berbulan-bulan. Bayangkanlah, saya minyak kereta sehari kos RM30. Kalau dapat jumpa wali tu memang saya tumpangkan dia lepas tu minta tolong. Semua stesen minyak boleh bankrupt lah kalau semua orang tumpangkan wali tu…
Hamba Allah yang tupangkan kereta pada wali tu berbulan-bulan lalu jumpa kawan dia dan ceritakan perkara ajaib keretapada kereta dia…”Kereta aku ni walaupun buruk tapi ada benda magik tau! Sampai sekarang sejak 8 bulan lalu aku tak isi minyak pun tapi masih boleh jalan” katanya dengan bangga pada kawan dia.
Aikk! Apa bikin itu macam ?” kawan dia heiran. Hamba Allah tu pun cerita pasal dia tumpangkan seorang pakcik 8 bulan lalu dan lepas dia tumpangkan, dia bagitahu yang pakcik itu pesan pada dia suruh jangan buka tangki minyak kereta dia. “Pasal aku dengar cakap orang tua tu lah kereta aku sekarang boleh gerak tak perlu isi minyak!”
Kawan dia pun bagi cadangan…”Cuba kau buka dalam tengok…entah-entah pak cik tu ada letak jin ke kat dalam. Mana tahu boleh suruh jin tu tolong kita buat kerja dapatkan projek buat duit banyak-banyak. Tapi yang penting suruh jin tu buat kan kereta aku pun tak perlu isi minyak macam kau jugak. Nanti aku huluq lah kau sikit fulus…”
Kawan dia ni memang tak guna, kaki pow dan paling teruk minta bantuan selain dari Allah. Jauhilah atau jika ada kenal siapa-siapa macam kawan tu, bimbing lah dia…
Hamba Allah tu memang tengah sesak nak pakai duit. Tu kira untung, tak perlu belanja duit minyak pun sesak jugak. Dia pun ikut cadangan kawan dia dengan pergi buka tangki minyak kereta dia. Bila dia buka, tengok dalam tu…
Kosong sahaja tak ada apa-apa. Lepas peristiwa tu, kereta dia langsung tak boleh nak gerak sebab dah berbulan-bulan tak isi minyak. Apa lah perasaan dia…malang , mimpi indah hanya sementara
NightBGItu perkara ajaib berlaku pada seorang Wali yang mampu memohon doa terus doanya dimakbulkan Allah. Jika mereka nak emas permata, mereka alihkan sahaja batu dan mereka akan jumpa emas. Inilah kehebatan jika seseorang dah menjadi kekasih Allah. Kita bagaimana nak dapat darjat seperti itu?
Saya pernah bertanya pada seorang Pak Kiai, tentang diri kita yang telah banyak melakukan dosa dan lalai…” Pak Kiai, boleh ke kita mohon pada Allah untuk jadi seorang Wali? Adakah nak jadi Wali tu Allah yang pilih atau kita berusaha ke arah tu?”
Jawab Pak Kiai, ” Allah pilih sesiapa yang berusaha…” sambungnya lagi, “Insya Allah , Allah kabulkan doa kita kerana Allah itu Maha Pengampun dan Maha Pemberi. Sedangkan Iblis berdoa pada Allah nak menyesatkan keturunan Adam juga Allah makbulkan.” “Inikan pula kalau kita nak mohon kebaikan daripada Allah” sambungnya lagi.
Sebut menjadi kekasih Allah, amalan yang Rasulullah sendiri ajarkan dan Baginda buat sepanjang hidupnya dengan melakukan Solat Tahajud 1 per 3 malam (dalam pukul 3 pagi). Waktu itu sebenarnya Allah turun ke Langit Bumi dan melihat hamba-hambanya.
Masakan nak jadi kekasih Allah jika waktu itu kita sedang lena tidur. Waktu itu juga jika bertahajud, akan rasa diri dekat dengan Allah. Subhanallah. Sebuah malam keintiman diantara seorang hamba dengan Tuhan. Tak ramai yang mampu mengamalkannya.
Waktu itu jugalah iblis dan syaitan memeluk kita dengan erat lagi supaya kita leka dan Iblis laknat itu memeluk sampai ke subuh dan sehingga matahari terbit. Amat rugilah kerana malam ditinggalkan begitu sahaja dan subuh juga tak buat. Sebab itu doa kita susah dimakbulkan kerana kita tak hiraukan kekasih kita Tuhan Maha Pengasih.
Dipendekkan Fadilat dan Keindahan Solat Malam:
  1. Tercatat sebagai seorang yang baik dan berhak mendapat anugerah rahmat ( Surah adz-Dzariyat ayat 15 hingga 18 )
  2. Mendapat penyempurnaan diatas kekurangan dalam ibadat wajibnya hingga dapat menempati darjat yang terpuji (Surah al-Israk ayat 79)
  3. Mendapat pujian daripada Allah (Surah Al-Furqan ayat 63 hingga 64)
  4. Dilihat sebagai orang yang beriman (Surah as-Sajadah ayat 16)
  5. Darjatnya dibezakan dengan orang yang malas (Surah az-Zumar ayat 9)
Rasulullah pernah bersabda dalam hadithnya berbunyi “Abdullah, jangan jadi seperti polan yang pernah mendirikan solat malam kemudian meninggalkannya” (Hadis Riwayat Bukhari-Muslim)
Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah SAW berkata “Syaitan mengikat tengkuk kamu yang tidur dengan tiga sleepingikatan. Syaitan menepuk pada setiap ikatan, ‘Bagimu malam yang panjang, maka tidurlah’. Apabila kamu bangun dan berzikir mengingat Allah, maka terbukalah satu ikatan. Apabila kamu berwuduk, terbuka satu lagi ikatan. Apabila kamu solat terbukalah satu ikatan lagi. Maka di pagi hari, kamu segar dan bersemnagat. Sekiranya tidak, tentu pagi hari kamu berasa lesu dan malas.”
Memang benar apa yang Rasulullah ajar kita. Badan jadi lebih sihat dan bertenaga bila berjaga malam lakukan solat. Kalau dulu perut buncit kini boleh kempis kerana bila lakukan solat malam, ia menghadamkan makanan yang dimakan pada siang hari dan membuang toksin. Sebab itu badan rasa lesu dan malas sebab banyak toksin.
Banyak lagi kelebihan solat tahajud selain dekatkan diri dengan ALLAH dan salah satu nya awet muda. Boleh dilihatkan wajah orang yang selalu bangun malam , wajah nya ibarat bercahaya. Jika di rumah kita bertahajud malam, rumah kita dilihat oleh penghuni langit bercahaya seperti kita melihat bintang di langit.
Itulah rumah kekasih Allah dan Allah berfirman bahawa Allah itu dekat dengan kita malah lebih dekat dari urat leher kita.
Sebelum kita berakhir, mari kita tengok hadis-hadis Nabi tentang Solat Malam:
  1. Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah SAW berkata “Tuhan kita turun setiap malam ke langit dunia sepertiga malam terakhir…” ( Hadis Riwayat al-Jamaah)
  2. Amr bin al-Ash meriwayatkan Rasulullah SAW berkata “Sedekat-dekat hamba kepada Allah adalah tengah malam yang terakhir…” (Hadis Riwayat al-Hakim)
  3. Abu Muslim berkata kepada Abu Dzarr, “Pada saat manakah solat malam itu lebih utama?” Abu Dzarr menjawab , “Saya pernah bertanya kepada Rasulullah SAW mengenai perkara ini. Dia menjawab, “Pada tengah malam terakhir, tetapi sangat sedikit orang yang mahu melakukannya.” (Hadis Riwayat Ahmad)
  4. Abdullah bin Amr meriwayatkan Rasululah SAW berkata “Puasa yang paling disukai Allah adalah puasa Nabi Daud dan solat yang paling disukai Allah adalah solat Nabi Daud. Beliau tidur pada tengah malam , solat malam pada sepertiganya lalu tidur lagi pada seperenamnya. Beliau berpuasa sehari dan berbuka sehari.” (Hadis Riwayat Tirmizi)
Rasulullah melakukan solat Tahajud berjumlah 11 dan 3 daripadanya solat witir (Hadis Riwayat Muslim). Kita boleh lakukan sedikit atau banyak. Yang penting lakukan secara berterusan dan istiqomah.
Ada satu peristiwa seorang imam meninggal dunia dan waktu nak ditanamkan, lubang kuburnya mengeluarkan bau yang sungguh wangi dan mempunyai bunga-bunga yang cantik. Bila ditanya isterinya apa amalan imam itu waktu hidupnya, isterinya berkata beliau lakukan amalan solat tahajud setiap malam.
Anda mungkin belum mendalami kelebihan solat Tahajud. Insya Allah, jika diberi hidayah, pihak ISP akan menganjurkan bengkel 7 Habits yang menerangkan lebih terperinci gedung ilmu tentang 7 sunnah Rasulullah ini yang menjadi cara hidup mencapai kejayaan akhirat dan dunia akan mengikut secara automatik.

No comments:

Post a Comment