Faedah-Faedah Berselawat
Apabila kita perhatikan
dan kita pelajari
sejumlah hadith-hadith yang
mengemukakan fadilat-fadilat dan faedah-faedah berselawat
dan satu persatunya kita ambil pengertian, maka dapat
kita simpulkan bahawa faedah-faedah berselawat adalah:
1. Dapat
memperoleh limpahan rahmat dan kebajikan dari Allah swt
2. Dapat memperoleh kebajikan
mengangkat (meninggikan) darjat
dan menghapuskan kejahatan dan
kesalahan
3. Memperoleh
pengakuan kesempurnaan Iman, jika kita membacanya 100
kali
4. Menjauhkan kerugian, penyesalan dan digolongkan ke dalam
golongan
orang-orang yang soleh.
5. Mendekatkan
diri kepada Allah Ta'ala
6. Memperoleh
pahala saperti pahala memerdekakan hamba
7. Dapat
memperoleh syafa'at
8. Memperoleh penyertaan dari Malaikatur Rahman
9. Memperoleh hubungan yang rapat dengan Nabi, sebab
seseorang yang
Berselawat dan mengucapkan salam untuk Nabi,
maka selawat dan
salamnya itu disampaikan oleh
malaikat kepada Nabi
10. Membuka
kesempatan berbicara dengan Nabi
11. Menghilangkan
kesusahan, kegundahan dan melapangkan rezeki
12. Melapangkan
dada. Hal ini jika seseorang membaca selawat 100 kali
13. Menghapuskan dosa. Hal ini jika seseorang membiasakan
membacanya
3 kali setiap hari
14. Menggantikan
sedekah bagi orang yang tidak sanggup bersedekah
15. Melipatgandakan pahala yang diperoleh. Hal ini apabila seseorang
memperbanyakkan membaca selawat di hari Juma'at
16. Mendekatkan
kedudukan kepada Rasulullah di hari kiamat
17. Menjadikan sebab
doa kita dapat diterima oleh Allah
18. Dapat
melepaskan diri dari
kebingungan di hari
kiamat. Maka
apabila
seseorang meninggalkan selawat kepada Nabi, maka ia akan
menghadapi kebingungan dan kekacauan
dalam mahkamah di padang Mahsyar
19. Memenuhi satu hak Nabi atau menunaikan suatu tugas ibadat
yang
diwajibkan atas kita. Apabila seseorang tidak
berselawat, ia bererti
enggan memenuhi suatu hak Nabi yang wajib dipenuhi
20. Di pandang
sebagai seorang yang mencintai Nabi
21. Dikabulkan
segala hajat keperluannya
Kumpulan selawat lengkap
dan Fadilatnya
1.
Selawat agar dosanya mendapat ampunan
Selawat di bawah ini adalah dari Anas bin
Malik ra dari Rasulullah s.a.w..
Adapun Fadilatnya adalah: "Siapa membaca selawat ini
dengan berdiri maka diampunkan dosanya
sebelum duduk dan jika dibaca
dengan duduk maka
ia diampuni dosanya sebelum
berdiri". Inilah lafaz selawat tersebut:
Maksudnya: "Ya Allah, semoga Engkau
berikan rahmat atas penghulu kami Nabi Muhammad s.a.w. dan para keluarganya dan
limpahkanlah keselamatan".
Kemudian selawat yang kedua ini mengandungi faedah
yang sangat besar untuk menghilangkan kesukaran dan kesusahan yang dialaminya bagi
orang yang memperbanyak membacanya :
Kemudian selawat yang
kedua ini mengandung faedah yang sangat besar untuk
menghilangkan
kesukaran dan kesusahan yang dialaminya bagi orang yang
memperbanyak membacanya :
Maksudnya: "Ya Allah, Limpahkanlah
rahmat, keselamatan dan berkah kepada junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. dan
kepada segenap keluarganya".
2. Selawat mohon hajat dunia akhirat
Faedah
selawat ini adalah, bahawa siapa yang mahu membaca selawat ini 100 kali, maka Allah Ta'ala mendatangkan hajatnya 100 hajat. Yang tiga
puluh di dunia dan yang lain di akhirat. Ini
selawatnya :
Maksudnya:
"Ya Allah, limpahkanlah
rahmat kepada penghulu
kami Nabi Muhammad
dan kepada keluarga penghulu kami Nabi Muhammad dan kepada para ahli
rumahnya".
3. Selawat
menghapus dosa 80 tahun
Selawat
dari Rasulullah s.a.w. di bawah ini mengandung fadilat dan faedah yang luar
biasa. Iaitu siapa membaca selawat di bawah ini waktunya sesudah 'Asar dihari Juma’at
sebanyak 80 (lapan puluh) kali, maka diampunkan dosanya lapan puluh tahun.
Ini
selawatnya :
Maksudnya: "Ya Allah, limpahkanlah rahmat
kepada sayidina Muhammad seorang hamba, Nabi dan utusanMu yang Ummi".
4. Selawat
menghilangkan segala kesusahan dan penyakit
Sebahagian
Ulama
ahli ma'rifah mengatakan,
bahawa faedah selawat
ini adalah untuk menghilangkan segala kesusahan :
Maksudnya: "Ya Allah, limpahkanlah rahmat
atas junjungan kami Nabi Muhammad yang cinta dan dicintai (Allah), yang menghilangkan
segala penyakit dan yang menghilangkan segala kesempitan (kesusahan)".
5. Selawat
mohon rezeki yang luas dan akhlak yang baik.
Fadilatnya:
Selawat tersebut dinamakan selawat tausil'ul arzaq wa tahsiuk akhlaq. Adapun fadilat dan
khasiatnya jika dibaca
terus menerus nescaya
diluaskan rezekinya dan
diberi akhlak yang baik. Cara mengamalkannya adalah dibaca setiap
sesudah sembahyang fardhu sebanyak 11 kali.
Maksudnya:
"Ya Allah, semoga
Engkau berkenan melimpahkan
kesejahteraan atas penghulu kami
Nabi Muhammad dengan selawat yang
dapat melapangkan rezeki bagi kami dan menjadikan
baiknya ahlak kami
dan curahkanlah pula
kesejahteraan atas keluarga
dan sahabat-sahabatnya serta berikanlah keselamatan".
6. Selawat
Kamaliyat
Fadilat
atau keutamaan dan khasiatnya sangat besar sekali bagi siapa yang mengamalkan
membacanya. Iaitu jika dibaca sekali maka pahalanya sama dengan membaca selawat
10,000 kali. Kalau membaca 700 kali maka dapat menjadi tebusan bebas dari
neraka.
Maksudnya: "Ya Allah, limpahkanlah
rahmat, keselamatan dan berkat kepada junjungan kami Nabi Muhammad
s.a.w. dan kepada
keluarganya sebagaimana tiada
batas bagi kesempurnaanMu, sebanyak
bilangan kesempurnaannya (rasulullah)".
Itulah
lafaz atau bacaan
selawat kamaliyat tersebut.
Semoga kita dapat mengamalkannya dan semoga
dapat memperoleh Fadilatnya yang besar sekali itu.
7. Selawat
mohon husnul khatimah
Fadilat selawat
di bawah ini
jika dibaca 10
kali setiap setelah
maghrib, maka
dapat memberi faedah, dapat menjadi husnul khatimah, yakni mati dengan
kesudahan yang baik dengan membawa iman. Ini selawatnya :
Maksudnya:
"Ya Allah limpahkanlah
rahmat dan keselamatan
atas junjungan kami
Nabi Muhammad
dan para keluarga dan sahabatnya dengan bilangan segala apa yang ditulis oleh qalam Tuhan".
8. Selawat
penolak penyakit dan wabak
Fadilat
dan faedah selawat ini adalah untuk dapat menolak penyakit dan wabak. Dimana dianjurkan
untuk membacanya sebanyak-banyaknya ketika banyak orang yang menderita sakit
dan orang mati. Ini lafaznya selawat :
Maksudnya: "Ya Allah, limpahkanlah rahmat
atas junjungan kami Nabi Muhammad dan kepada para keluarganya dengan rahmat yang Engkau
menolak dengannya dari kami dari tusukan jin
dan ta'aun. Wahai
Zat yang urusannya
jika menghendaki sesuatu
dengan berkata kepadanya :
Jadilah, maka jadilah ia".
9. Selawat
untuk melapangkan kesempitan
Selawat
ini telah diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. kepada seorang mufti negeri Syam
bernama Hamid Affandi al-'Imadi
di dalam mimpinya.
Rasulullah telah bersabda
kepadanya: "Jika seseorang
membaca selawat ini maka Allah akan melapangkan kesempitannya".
Dalam hal
ini tidak sedikit
orang-orang soleh yang
membuktikannya dan sama
berhasil berkah membaca selawat ini :
Maksudnya: "Ya
Allah, limpahkanlah rahmat
dan keselamatan atas
penghulu kami Nabi Muhammad
s.a.w. sungguh sudah
sangat sempit daya
upayaku, temukanlah olehku
ya Rasulullah".
10. Selawat untuk berjumpa Nabi dikala
mimpi
Selawat ini mempunyai kelebihan dan keutamaan
serta faedah yang besar iaitu jika dibaca insya Allah dapat berjumpa dengan
Rasulullah di dalam mimpi. Inilah selawatnya :
Maksudnya: "Ya
Allah, limpahkanlah rahmat
dan keselamatan kepada
junjungan kami Nabi Muhammad
dan para keluarganya,
di dalam setiap
kerdipan mata dan
nafas dengan bimbingan semua yang
diketahui oleh-Mu".
11.
Satu selawat sama dengan 100,000
Iaitu lafaz selawat dari
Imam Syadzili rhm dimana satu selawat itu sama dengan 100,000 selawat. Adapun
fadilat, khasiat dan
faedahnya adalah untuk
menghilangkan segala kesusahan.
Inilah selawatnya:
Maksudnya: 'Ya Allah,
limpahkanlah rahmat, keselamatan dan berkah kepada penghulu kami Nabi Muhammad s.a.w.
cahaya segala zat dan rahsia yang mengalir pada sekelian nama dan sifat".
12. Selawat mohon ketabahan jiwa dan raga
Fadilatnya: Jika
selawat ini benar-benar
diamalkan membacanya, niscaya
akan memperoleh ketabahan jiwa dan raga.
Maksudnya:
"Ya Allah, limpahkanlah
kesejahteraan atas junjungan
kami Nabi Muhammad cahaya
segala zat dan
rahsia yang mengalir
pada sekelian nama
dan sifat dan limpahkanlah
pula kesejahteraan itu
keatas keluarga dan
sahabat-sahabatnya dan berikanlah
keselamatan".
13.
Selawat mohon banyak rezeki
Fadilatnya
adalah, jika selawat ini
benar-benar dibaca sebagai
wirid, maka insya
Allah akan memperoleh rezeki
yang banyak, rezeki
yang luas dan
lapang yang datang
dari segala arah yang belum nampak.
Maksudnya: Ya Allah, limpahkan kesejahteraan,
keselamatan
Maksudnya: Ya Allah, limpahkan kesejahteraan,
keselamatan serta barkah atas junjungan kami Nabi Muhammad dan atas keluarganya sebanyak
bilangan rezeki dan pintu (rezeki). Wahai Zat
yang menganugerahkan rezeki
kepada yang Engkau kehendaki tanpa hitungan; Anugerahkanlah rezeki
yang luas bagi
kami dari setiap
arah perbendaharaanMu yang
ghaib dengan tiada
mahluk lain yang
mengundat-undat (kerana
iri); hanya kerana anugerah dan kedermawanMu jua wahai Zat Yang
Maha Pemurah".
14. Selawat mohon
terhindar dari bahaya
dan mohon rezeki
yang mudah (dibaca selesai
sembahyang fardhu)
Fadilatnya, bahwa jika
selawat tersebut dibaca setiap selesai sembahyang fardhu, maka niscaya akan
terhindar dari segala mara-bahaya dan memperoleh rezeki dengan mudah.
Selawat tersebut
adalah selawat Wali
Kutub Ahmad Al-Badawi,
berfaedah untuk menghasilkan
cahaya dan rahsia rezeki lahir batin dan dianjur untuk mendatangkan segala
hajat. Perlu dibaca sehari dan malamnya 100 kali.
Maksudnya: "Ya Allah limpahkan
kesejahteraan atas cahaya
segala cahaya, rahasia sekalian rahsia,
ubat segala ubat
dan kunci segala
kemudahan, junjungan dan
tuan kami Nabi Muhammad yang terpilih dan segenap keluarganya yang suci-suci serta sahabat-sahabatnya yang
baik-baik sejumlah bilangan nikmat Allah dan anugerahNya".
15. Selawat
mohon kesihatan jasmani dan rohani (hati)
Fadilatnya: Agar kita
benar-benar dapat memperoleh kesihatan jasmani dan rohani maka perbanyaklah dan
biasakanlah membaca selawat tersebut.
Maksudnya: "Ya Allah, tumpahkanlah
kesejahteraan atas junjungan kami Nabi Muhammad yang merupakan ubat hati dan
penyembuhan dan merupakan penyehat dan penyelamat badan dan merupakan cahaya dan
sinar penglihatan dan yang merupakan penjamin kesihatan jasmani dan rohani akan
keperluan makanan dan juga tumpahkan kesejahteraan itu atas keluarga serta
sahabat-sahabatnya dan berilah keselamatan".
Dipetik
daripada
Kumpulan
Selawat Nabi Lengkap dengan Khasiatnya
oleh
: M ALI CHASAN UMAR
Terbitan
: CV. TOHA PUTRA SEMARANG
31
Mei 1981
Memang hebat fadilat2 selawat ni... Alhamdulillah selalu baca hari2
ReplyDelete