Wednesday, 26 June 2013

Faedah-Faedah Berselawat



Faedah-Faedah Berselawat

Apabila  kita  perhatikan  dan  kita  pelajari  sejumlah  hadith-hadith  yang  mengemukakan fadilat-fadilat dan faedah-faedah berselawat dan satu persatunya kita ambil pengertian, maka dapat kita simpulkan bahawa faedah-faedah berselawat adalah:

1.         Dapat memperoleh limpahan rahmat dan kebajikan dari Allah swt

2.        Dapat    memperoleh    kebajikan    mengangkat (meninggikan) darjat     
            dan menghapuskan kejahatan dan kesalahan

3.        Memperoleh pengakuan kesempurnaan Iman, jika kita membacanya 100
kali

4.        Menjauhkan kerugian, penyesalan dan digolongkan ke dalam golongan
orang-orang yang soleh.

5.         Mendekatkan diri kepada Allah Ta'ala

6.         Memperoleh pahala saperti pahala memerdekakan hamba

7.         Dapat memperoleh syafa'at

8.        Memperoleh   penyertaan dari Malaikatur Rahman

9.         Memperoleh hubungan yang rapat dengan Nabi, sebab seseorang yang
Berselawat dan mengucapkan salam untuk Nabi, maka selawat dan
salamnya itu disampaikan oleh malaikat kepada Nabi

10.       Membuka kesempatan berbicara dengan Nabi

11.       Menghilangkan kesusahan, kegundahan dan melapangkan rezeki

12.       Melapangkan dada. Hal ini jika seseorang membaca selawat 100 kali

13.       Menghapuskan dosa. Hal ini jika seseorang membiasakan membacanya
3 kali setiap hari

14.       Menggantikan sedekah bagi orang yang tidak sanggup bersedekah

15.       Melipatgandakan pahala yang diperoleh. Hal ini apabila seseorang
memperbanyakkan membaca selawat di hari Juma'at

16.       Mendekatkan kedudukan kepada Rasulullah di hari kiamat

17.       Menjadikan sebab doa kita dapat diterima oleh Allah

18.       Dapat  melepaskan  diri  dari  kebingungan  di  hari  kiamat.  Maka 
apabila  seseorang meninggalkan selawat kepada Nabi, maka ia akan
menghadapi kebingungan dan kekacauan dalam mahkamah di padang Mahsyar

19.       Memenuhi satu hak Nabi atau menunaikan suatu tugas ibadat yang
diwajibkan atas kita. Apabila seseorang tidak berselawat, ia bererti
enggan memenuhi suatu hak Nabi yang wajib dipenuhi

20.       Di pandang sebagai seorang yang mencintai Nabi

21.       Dikabulkan segala hajat keperluannya

Kumpulan selawat lengkap dan Fadilatnya

1.         Selawat agar dosanya mendapat ampunan

Selawat di bawah ini adalah dari Anas bin Malik ra dari Rasulullah s.a.w..

Adapun Fadilatnya adalah: "Siapa membaca selawat ini dengan berdiri maka diampunkan dosanya  sebelum  duduk  dan  jika  dibaca  dengan  duduk  maka  ia  diampuni  dosanya sebelum berdiri". Inilah lafaz selawat tersebut: 
 

Maksudnya: "Ya Allah, semoga Engkau berikan rahmat atas penghulu kami Nabi Muhammad s.a.w. dan para keluarganya dan limpahkanlah keselamatan".
Kemudian selawat yang kedua ini mengandungi faedah yang  sangat besar untuk menghilangkan kesukaran dan kesusahan yang dialaminya bagi orang yang memperbanyak membacanya :

Kemudian selawat yang kedua ini mengandung faedah yang sangat besar untuk
menghilangkan kesukaran dan kesusahan yang dialaminya bagi orang yang
memperbanyak membacanya :
 
Maksudnya: "Ya Allah, Limpahkanlah rahmat, keselamatan dan berkah kepada junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. dan kepada segenap keluarganya".
2.         Selawat mohon hajat dunia akhirat
Faedah selawat ini adalah, bahawa siapa yang mahu membaca selawat ini 100 kali, maka Allah Ta'ala mendatangkan hajatnya 100 hajat. Yang tiga puluh di dunia dan yang lain di akhirat. Ini selawatnya : 

 
Maksudnya:  "Ya  Allah,  limpahkanlah  rahmat  kepada  penghulu  kami  Nabi  Muhammad  dan kepada keluarga penghulu kami Nabi Muhammad dan kepada para ahli rumahnya".

3.         Selawat menghapus dosa 80 tahun
Selawat dari Rasulullah s.a.w. di bawah ini mengandung fadilat dan faedah yang luar biasa. Iaitu siapa membaca selawat di bawah ini waktunya sesudah 'Asar dihari Juma’at sebanyak 80 (lapan puluh) kali, maka diampunkan dosanya lapan puluh tahun.
Ini selawatnya : 
 
Maksudnya: "Ya Allah, limpahkanlah rahmat kepada sayidina Muhammad seorang hamba, Nabi dan utusanMu yang Ummi".

4.         Selawat menghilangkan segala kesusahan dan penyakit
Sebahagian   Ulama  ahli  ma'rifah  mengatakan,  bahawa  faedah  selawat  ini  adalah  untuk menghilangkan segala kesusahan : 
 
Maksudnya: "Ya Allah, limpahkanlah rahmat atas junjungan kami Nabi Muhammad yang cinta dan dicintai (Allah), yang menghilangkan segala penyakit dan yang menghilangkan segala kesempitan (kesusahan)".

5.         Selawat mohon rezeki yang luas dan akhlak yang baik.
Fadilatnya: Selawat tersebut dinamakan selawat tausil'ul arzaq wa tahsiuk akhlaq. Adapun fadilat  dan  khasiatnya  jika  dibaca  terus  menerus  nescaya  diluaskan  rezekinya  dan  diberi akhlak yang baik. Cara mengamalkannya adalah dibaca setiap sesudah sembahyang fardhu sebanyak 11 kali. 
 
Maksudnya:  "Ya  Allah,  semoga  Engkau  berkenan  melimpahkan  kesejahteraan  atas  penghulu kami  Nabi Muhammad  dengan selawat yang dapat melapangkan rezeki bagi kami dan menjadikan  baiknya  ahlak  kami  dan  curahkanlah  pula  kesejahteraan  atas  keluarga  dan sahabat-sahabatnya serta berikanlah keselamatan".

6.         Selawat Kamaliyat
Fadilat atau keutamaan dan khasiatnya sangat besar sekali bagi siapa yang mengamalkan membacanya. Iaitu jika dibaca sekali maka pahalanya sama dengan membaca selawat 10,000 kali. Kalau membaca 700 kali maka dapat menjadi tebusan bebas dari neraka. 
 
Maksudnya: "Ya Allah, limpahkanlah rahmat, keselamatan dan berkat kepada junjungan kami Nabi   Muhammad   s.a.w.   dan   kepada   keluarganya   sebagaimana   tiada   batas   bagi kesempurnaanMu, sebanyak bilangan kesempurnaannya (rasulullah)".
Itulah    lafaz    atau    bacaan    selawat    kamaliyat    tersebut.    Semoga    kita dapat mengamalkannya dan semoga dapat memperoleh Fadilatnya yang besar sekali itu.

7.         Selawat mohon husnul khatimah
Fadilat  selawat  di  bawah  ini  jika  dibaca  10  kali  setiap  setelah  maghrib,  maka  dapat memberi faedah, dapat menjadi husnul khatimah, yakni mati dengan kesudahan yang baik dengan membawa iman. Ini selawatnya : 
 
Maksudnya:  "Ya  Allah  limpahkanlah  rahmat  dan  keselamatan  atas  junjungan  kami  Nabi Muhammad dan para keluarga dan sahabatnya dengan bilangan segala apa yang ditulis oleh qalam Tuhan".

8.         Selawat penolak penyakit dan wabak
Fadilat dan faedah selawat ini adalah untuk dapat menolak penyakit dan wabak. Dimana dianjurkan untuk membacanya sebanyak-banyaknya ketika banyak orang yang menderita sakit dan orang mati. Ini lafaznya selawat :
 
Maksudnya: "Ya Allah, limpahkanlah rahmat atas junjungan kami Nabi Muhammad dan kepada para keluarganya dengan rahmat yang Engkau menolak dengannya dari kami dari tusukan jin  dan  ta'aun.  Wahai  Zat  yang  urusannya  jika  menghendaki  sesuatu  dengan  berkata kepadanya : Jadilah, maka jadilah ia".

9.         Selawat untuk melapangkan kesempitan
Selawat ini telah diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. kepada seorang mufti negeri Syam bernama Hamid  Affandi  al-'Imadi  di  dalam  mimpinya.  Rasulullah  telah  bersabda  kepadanya:  "Jika seseorang membaca selawat ini maka Allah akan melapangkan kesempitannya".
Dalam  hal  ini  tidak  sedikit  orang-orang  soleh  yang  membuktikannya  dan  sama  berhasil berkah membaca selawat ini : 
 
Maksudnya:  "Ya  Allah,  limpahkanlah  rahmat  dan  keselamatan  atas  penghulu  kami  Nabi Muhammad  s.a.w.  sungguh  sudah  sangat  sempit  daya  upayaku,  temukanlah  olehku  ya Rasulullah".

10.           Selawat untuk berjumpa Nabi dikala mimpi
Selawat ini mempunyai kelebihan dan keutamaan serta faedah yang besar iaitu jika dibaca insya Allah dapat berjumpa dengan Rasulullah di dalam mimpi. Inilah selawatnya :



Maksudnya:  "Ya  Allah,  limpahkanlah  rahmat  dan  keselamatan  kepada  junjungan  kami  Nabi Muhammad  dan  para  keluarganya,  di  dalam  setiap  kerdipan  mata  dan  nafas  dengan bimbingan semua yang diketahui oleh-Mu".

 
11.          Satu selawat sama dengan 100,000
Iaitu lafaz selawat dari Imam Syadzili rhm dimana satu selawat itu sama dengan  100,000 selawat.  Adapun  fadilat,  khasiat  dan  faedahnya  adalah  untuk  menghilangkan  segala kesusahan. Inilah selawatnya:
 

Maksudnya: 'Ya Allah, limpahkanlah rahmat, keselamatan dan berkah kepada penghulu kami Nabi Muhammad s.a.w. cahaya segala zat dan rahsia yang mengalir pada sekelian nama dan sifat".

12.       Selawat mohon ketabahan jiwa dan raga
Fadilatnya:   Jika   selawat   ini   benar-benar   diamalkan   membacanya,   niscaya   akan memperoleh ketabahan jiwa dan raga.


 

Maksudnya:  "Ya  Allah,  limpahkanlah  kesejahteraan  atas  junjungan  kami  Nabi  Muhammad cahaya  segala  zat  dan  rahsia  yang  mengalir  pada  sekelian  nama  dan  sifat  dan limpahkanlah  pula   kesejahteraan  itu  keatas   keluarga   dan  sahabat-sahabatnya  dan berikanlah keselamatan".

13.           Selawat mohon banyak rezeki
Fadilatnya  adalah, jika  selawat    ini  benar-benar  dibaca  sebagai  wirid,  maka  insya  Allah akan  memperoleh  rezeki  yang  banyak,  rezeki  yang  luas  dan  lapang  yang  datang  dari segala arah yang belum nampak.


 
 

Maksudnya: Ya Allah, limpahkan kesejahteraan, keselamatan
Maksudnya: Ya Allah, limpahkan kesejahteraan, keselamatan serta barkah atas junjungan kami Nabi Muhammad dan atas keluarganya sebanyak bilangan rezeki dan pintu (rezeki). Wahai Zat  yang  menganugerahkan  rezeki  kepada  yang  Engkau kehendaki tanpa hitungan; Anugerahkanlah  rezeki  yang  luas  bagi  kami  dari  setiap  arah  perbendaharaanMu yang ghaib  dengan  tiada  mahluk  lain  yang  mengundat-undat (kerana  iri);  hanya  kerana anugerah dan kedermawanMu jua wahai Zat Yang Maha Pemurah".

14.           Selawat  mohon  terhindar  dari  bahaya  dan  mohon  rezeki  yang  mudah (dibaca selesai sembahyang fardhu)
Fadilatnya, bahwa jika selawat tersebut dibaca setiap selesai sembahyang fardhu, maka niscaya akan terhindar dari segala mara-bahaya dan memperoleh rezeki dengan mudah.
Selawat   tersebut   adalah   selawat   Wali   Kutub   Ahmad   Al-Badawi,   berfaedah   untuk menghasilkan cahaya dan rahsia rezeki lahir batin dan dianjur untuk mendatangkan segala hajat. Perlu dibaca sehari dan malamnya 100 kali.
 

Maksudnya: "Ya Allah  limpahkan  kesejahteraan  atas  cahaya  segala cahaya, rahasia sekalian rahsia,  ubat  segala  ubat  dan  kunci  segala  kemudahan,  junjungan  dan  tuan  kami  Nabi Muhammad yang terpilih dan segenap keluarganya    yang suci-suci serta sahabat-sahabatnya yang baik-baik sejumlah bilangan nikmat Allah dan anugerahNya".

15.          Selawat mohon kesihatan jasmani dan rohani (hati)
Fadilatnya: Agar kita benar-benar dapat memperoleh kesihatan jasmani dan rohani maka perbanyaklah dan biasakanlah membaca selawat tersebut.

 
Maksudnya: "Ya Allah, tumpahkanlah kesejahteraan atas junjungan kami Nabi Muhammad yang merupakan ubat hati dan penyembuhan dan merupakan penyehat dan penyelamat badan dan merupakan cahaya dan sinar penglihatan dan yang merupakan penjamin kesihatan jasmani dan rohani akan keperluan makanan dan juga tumpahkan kesejahteraan itu atas keluarga serta sahabat-sahabatnya dan berilah keselamatan".

Dipetik daripada
Kumpulan Selawat Nabi Lengkap dengan Khasiatnya
oleh : M ALI CHASAN UMAR
Terbitan : CV. TOHA PUTRA SEMARANG
31 Mei 1981

1 comment:

  1. Memang hebat fadilat2 selawat ni... Alhamdulillah selalu baca hari2

    ReplyDelete