Posted by RedzWANG.
Solat ini disebut Solat
Tasbih kerana diucapkan tasbih sebanyak 300 kali dalam
empat rakaat solatnya. Solat Sunat Tasbih dianjurkan kalau boleh tiap-tiap
malam, andaikata tidak sanggup, kerjakanlah sekurang-kurangnya sekali dalam
seumur hidup. (Jika tak boleh jugak, tak
payah lah buat)
Solat sunat Tasbih ini
telah diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada Saidina Abbas bin Muththalib.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Jika kamu mampu solat tasbih setiap hari, maka
lakukanlah. Jika tidak mampu, maka lakukanlah setiap hari Jumaat atau
sebulan sekali atau setahun sekali atau seumur hidup sekali .“
( HR. A bu Daud dan Ibnu
Majah )
Solat Tasbih ini dapat
membuka pintu ampunan Allah SWT. di atas segala dosa, dari awal hingga akhir,
lama maupun baru, disengaja atau tidak, kecil ataupun besar, nampak maupun
tersembunyi.
Daripada Ibnu ‘Abbas
r.a.; “Rasulullah shallallahu
‘alaihi wasallam telah bersabda kepada bapa saudaranya Abbas bin Abdul
Muthallib; ‘Wahai al-‘Abbas, bapa saudaraku! Sukakah aku berikan, aku kurniakan
dan aku ajarkan kepadamu ‘sepuluh kelebihan’ jika kamu
lakukannya, nescaya Allah akan mengampunkan dosa kamu dari awal hingga
akhirnya, yang lama dan yang baru, yang tersalah dan yang disengajakan, yang
kecil dan yang besar, yang tersembunyi dan yang terang-terangan; iaitulah kamu
menunaikan solat
empat rakaat di mana kamu membaca pada setiap rakaat surah al-Fatihah dan satu surah (yang lain), kemudian apabila selesai membaca (al-Fatihah dan surah itu) engkau
bacalah ketika sedang berdiri itu; “سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله والله أكبر” (Subhanallah Walhamdulillah Walaa Ilaaha Ilallah
Wallahu Akbar) sebanyak 15 kali.
Kemudian kamu rukuk dan semasa rukuk itu kamu membaca sebagaimana bacaan
tersebut sebanyak 10 kali. Kemudian kamu angkat kepalamu dari rukuk dan membaca
10 kali juga (ketika sedang berdiri I’tidal itu). Kemudian kamu sujud dan
membaca semasa sujud sebanyak 10 kali. Kemudian kamu bangun dari sujud dan
membaca 10 kali lagi. Kemudian kamu sujud semula dan membaca 10 kali juga.
Kemudian engkau angkat kepalamu dari sujud dan membacanya 10 kali lagi sebelum
bangun ke rakaat berikutnya. Demikianlah 75 kali pada setiap rakaat.
Hendaklah kamu lakukannya dalam empat rakaat. Jika kamu dapat kerjakan solat
itu pada setiap hari sekali, maka lakukanlah. Jika tidak mampu,
lakukanlah sekali pada setiap jumaat. Jika tidak mampu, lakukanlah pada setiap
bulan. Jika tidak mampu, lakukanlah pada setiap tahun. Jika tidak mampu juga,
lakukanlah sekali seumur hidup.”
(HR Imam Abu Daud, Ibnu
Majah dan Ibnu Khuzaimah).
Cara Mendirikan Solat Sunat Tasbih
Solat sunat Tasbih
dilakukan sebanyak empat rakaat dan satu salam sekiranya solat itu didirikan
pada siang hari. Manakala jika didirikan pada malam hari, 4 rakaat itu
dikerjakan dengan 2 salam ( 2 rakaat, 1 salam).
Harus diingat, walaupun
4 rakaat, solat ini mengambil masa yang agak lama (lebih kurang 4 minit) kerana
ia diselangi bacaan tasbih. Setiap rakaat jumlah tasbihnya 75 kali,
maka jumlah keseluruhan tasbih yang dibaca adalah 75 tasbih X
4 rakaat = 300 kali.
Caranya;
1. Niat Solat
Sunat Tasbih:
a) Niat Solat
Tasbih 2 Rakaat,
“U-shol-lii sun-na-tat Tas-biyh
rok-’a-tai-ni lil-laa-hi ta-’aa-laa.”
(Aku Solat Sunat Tasbih dua
raka’at, kerana Allah Ta’ala.)
b) Niat Solat
Tasbih 4 Rakaat,
(Aku Solat Sunat
Tasbih empat raka’at, kerana Allah Ta’ala.)
2. Antara surah-surah yang
dianjurkan ulama adalah:
1.
Rakaat 1: Surah (102) At-Takathur atau (093) Ad-Dhuha
(093) Ad-Dhuha
2.
Rakaat 2: Surah (103) Al-Ashr atau (094) Al-Insyiraah
(094) Al-Insyiraah
3.
Rakaat 3: Surah (109) Al-Kafirun atau (108) Al-Kauthar
(108) Al-Kauthar
4.
Rakaat 4: Surah (112) Al-Ikhlas atau (114) An-Nashr.
(114)
An-Nashr.
3. Bacaan Tasbihnya adalah:
Maha Suci Allah dan
segala pujian bagi Allah, dan tiada Tuhan melainkan Allah, dan Allah Maha
Besar; Dan tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuatan Allah
yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.
Nota;
*Buat permulaan sekiranya
berasa berat, bacalah tasbih di atas pada barisan pertama sahaja.
4. Lakukanlah
seperti solat-solat biasa yang lain beserta bacaannya, tetapi tambahlah bacaan
tasbih di bawah di akhir setiap bacaan sebelum berpindah kepergerakan
seterusnya.
5. Bacaan tasbih
dalam satu rakaat ialah:
1) Selepas baca doa Iftitah, al-Fatihah dan surah, baca 15
kali tasbih
2) Rukuk - 10 kali tasbih
3) Iktidal - 10 kali tasbih
4) Sujud pertama - 10 kali tasbih
5) Duduk antara 2 sujud - 10
kali tasbih
6) Sujud kedua - 10 kali tasbih
7) Duduk sebentar (sebelum berdiri) seperti duduk
diantara 2 sujud, -
10
kali tasbih.
6. Jumlah tasbih
dalam satu rakaat ialah 75 tasbih. Lakukan perkara yang sama pada rakaat seterusnya. Ulang langkah
1-7 sampai 4 rakaat, jadi jumlah semuanya 300 tasbih.
7. Sekiranya
terlupa membaca tasbih di satu-satu tempat, bolehlah digantikan di tempat
berikutnya.
8. Harus diingat
pada rakaat kedua (malam hari) atau keempat (siang hari) setelah membaca
Tasyahhud, dibacakan juga Tasbih 10 kali sebelum memberi salam.
9. Membaca doa
solat tasbih;
Modified By; RedzWANG
No comments:
Post a Comment