170613
Oleh : Redzwang
Israk Mikraj
Israk Mikraj adalah satu peristiwa besar dalam
sejarah hidup Rasululah dan dalam sejarah umat Islam. Peristiwa Israk dan
Mikraj ini didahului dengan beberapa peristiwa yang mendukacitakan Rasulullah S.A.W.
Antaranya kematian bapa saudara Baginda, Abu Talib dan kewafatan isteri Baginda
yang tercinta iaitu Saiyidatina Khadijah rha. Begitu juga peristiwa penolakan
kaum Taif terhadap dakwah Baginda S.A.W. Maka peristiwa Israk dan Mikraj ini
dirumuskan sebagai kemuliaan dan hiburan istimewa dari Allah S.W.T kepada
kekasih-Nya.
Ringkasan peristiwa Israk dan
Mikraj
Sebelum Israk dan
Mikraj
Sebelum berlakunya Israk dan Mikraj Rasulullah S.A.W mengalami
pembedahan dada/perut oleh malaikat. Hati Baginda S.A.W dicuci dengan air
zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan
was-wasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu dan iman ke dalam dada Rasulullah S.A.W.
Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin
nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk
ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan
"Israk" itu.
Semasa Israk
(Perjalanan dari Masjidil Haram ke Masjidil-Aqsa)
Sepanjang perjalanan (Israk) itu, Rasulullah S.A.W diiringi
(ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu
(tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail
supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak 2 rakaat. Antara tempat-tempat
berkenaan ialah: Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah S.A.W akan
melakukan hijrah. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa AS menerima wahyu
daripada Allah. Baitul-Laham (tempat
Nabi Isa AS dilahirkan)
Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W menghadapi
gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyaksikan peristiwa-peristiwa
simbolik yang amat ajaib.
Marilah kita sama-sama juga memperingati peristiwa penting yang
berlaku di bulan Rejab ini iaitu peristiwa paling agung dalam sejarah Islam
iaitu peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad S.A.W.
Firman Allah SWT,
Maksudnya : “ Maha Suci Allah Yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), Yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui ”. Surah Al-Isra’, ayat:1
Tanggal 27 Rejab setahun sebelum hijrah Rasulullah S.A.W ke Madinah Al-Munawwarah mencatatkan peristiwa penting dalam kerasulan baginda S.A.W iaitu perjalanan Israk Mikraj. Israk membawa pengertian perjalanan nabi Muhammad S.A.W pada malam hari dengan menuggang Burak bermula dari Masjid Al-Haram di Makkah Al-Mukarramah ke Masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis, Palestin.
Manakala Mikraj membawa maksud naiknya nabi Muhammad S.A.W ke langit dari Masjid Al-Aqsa ke Sidratul Muntaha.
Sepanjang perjalanan israk Rasulullah S.A.W ditemani oleh Malaikat Jibrail AS dan di antara peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang perjalanan itu:
1. Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka, apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang.
Rasulullah S.A.W diberitahu oleh Jibrail: Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
2. Tempat yang berbau harum.
Firman Allah SWT,
Maksudnya : “ Maha Suci Allah Yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), Yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui ”. Surah Al-Isra’, ayat:1
Tanggal 27 Rejab setahun sebelum hijrah Rasulullah S.A.W ke Madinah Al-Munawwarah mencatatkan peristiwa penting dalam kerasulan baginda S.A.W iaitu perjalanan Israk Mikraj. Israk membawa pengertian perjalanan nabi Muhammad S.A.W pada malam hari dengan menuggang Burak bermula dari Masjid Al-Haram di Makkah Al-Mukarramah ke Masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis, Palestin.
Manakala Mikraj membawa maksud naiknya nabi Muhammad S.A.W ke langit dari Masjid Al-Aqsa ke Sidratul Muntaha.
Sepanjang perjalanan israk Rasulullah S.A.W ditemani oleh Malaikat Jibrail AS dan di antara peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang perjalanan itu:
1. Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka, apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang.
Rasulullah S.A.W diberitahu oleh Jibrail: Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
2. Tempat yang berbau harum.
Rasulullah S.A.W diberitahu oleh Jibrail: Itulah bau kubur
Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya
(termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh
oleh Fir'aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun
sebagai Tuhan).
3. Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali.
Rasulullah S.A.W diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang). Orang yang payah untuk mengerjakan solat.
4. Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam.
Rasulullah S.A.W diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
5. Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka.
Rasulullah S.A.W diberitahu oleh Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.
6. Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu.
Rasulullah S.A.W diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
7. Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tetapi ditambah lagi kayu yang lain.
Rasulullah S.A.W diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
8. Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan gunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa.
Rasulullah S.A.W diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
9. Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka.
Rasulullah S.A.W diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
10. Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu.
Rasulullah S.A.W diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tetapi sudah terlambat.
11. Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya.
Rasulullah S.A.W diberitahu oleh Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
12. Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya.
Rasulullah S.A.W diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang mensia-siakan umurnya sampai ke hari tua.
13. Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu.
Rasulullah S.A.W diberitahu oleh Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Setibanya di Masjid Al-Aqsa, Rasulullah S.A.W turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan seluruh para nabi dan rasul untuk mengerjakan solat dua rakaat.
Selepas itu, Rasulullah S.A.W terasa dahaga, lalu dibawa Malaikat Jibrail AS dua gelas yang berisi arak dan susu. Baginda memilih susu lalu diminumnya. Rasulullah S.A.W diberitahu oleh Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.
Dan sepanjang perjalanan mikraj Rasulullah S.A.W ditemani oleh Malaikat Jibrail AS dan di antara peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang perjalanan itu:
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. baginda naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
1. Langit Pertama: Rasulullah S.A.W dan Malaikat Jibrail AS masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam AS. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat hodoh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
2. Langit Kedua: Rasulullah S.A.W dan Malaikat Jibrail AS naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa AS dan Nabi Yahya AS.
3. Langit Ketiga: Rasulullah S.A.W dan Malaikat Jibrail AS naik langit ketiga, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Yusuf AS.
4. Langit Keempat: Rasulullah S.A.W dan Malaikat Jibrail AS naik langit keempat, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Idris AS.
5. Langit Kelima: Rasulullah S.A.W dan Malaikat Jibrail AS naik langit kelima, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Harun AS yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
6. Langit Keenam: Rasulullah S.A.W dan Malaikat Jibrail AS naik langit keenam, lalu masuk dan bertemu dengan para nabi. Seterusnya bertemu dengan Nabi Musa AS. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
7. Langit Ketujuh: Rasulullah S.A.W dan Malaikat Jibrail AS naik langit ketujuh, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah AS yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur di hadapan beberapa kaumnya. Nabi Ibrahim AS bersabda, "Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah umat yang terakhir dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu ‘La Haula Wa La Quwwata Illa Billah’” Mengikut riwayat lain, Nabi Ibrahim AS bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: ‘suhanallah, walhahamdulillah, wa la ilah illa allah, wallahu akbar, wa la haula wa la quwwata illa billahil ‘aliyyil azim’. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberapa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah S.A.W dan Malaikat Jibrail AS masuk ke dalam Baitul-Makmur dan mengerjakan solat (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
8. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" pada dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah.
Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penjaganya.
9. Tangga Kesembilan: Di sini pada pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. masuk ke dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
10. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah SWT dengan mata kepala baginda, lantas sujud dan bermunajat kepada Allah SWT.
3. Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali.
Rasulullah S.A.W diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang). Orang yang payah untuk mengerjakan solat.
4. Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam.
Rasulullah S.A.W diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
5. Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka.
Rasulullah S.A.W diberitahu oleh Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.
6. Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu.
Rasulullah S.A.W diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
7. Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tetapi ditambah lagi kayu yang lain.
Rasulullah S.A.W diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
8. Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan gunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa.
Rasulullah S.A.W diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
9. Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka.
Rasulullah S.A.W diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
10. Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu.
Rasulullah S.A.W diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tetapi sudah terlambat.
11. Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya.
Rasulullah S.A.W diberitahu oleh Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
12. Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya.
Rasulullah S.A.W diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang mensia-siakan umurnya sampai ke hari tua.
13. Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu.
Rasulullah S.A.W diberitahu oleh Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Setibanya di Masjid Al-Aqsa, Rasulullah S.A.W turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan seluruh para nabi dan rasul untuk mengerjakan solat dua rakaat.
Selepas itu, Rasulullah S.A.W terasa dahaga, lalu dibawa Malaikat Jibrail AS dua gelas yang berisi arak dan susu. Baginda memilih susu lalu diminumnya. Rasulullah S.A.W diberitahu oleh Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.
Dan sepanjang perjalanan mikraj Rasulullah S.A.W ditemani oleh Malaikat Jibrail AS dan di antara peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang perjalanan itu:
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. baginda naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
1. Langit Pertama: Rasulullah S.A.W dan Malaikat Jibrail AS masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam AS. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat hodoh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
2. Langit Kedua: Rasulullah S.A.W dan Malaikat Jibrail AS naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa AS dan Nabi Yahya AS.
3. Langit Ketiga: Rasulullah S.A.W dan Malaikat Jibrail AS naik langit ketiga, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Yusuf AS.
4. Langit Keempat: Rasulullah S.A.W dan Malaikat Jibrail AS naik langit keempat, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Idris AS.
5. Langit Kelima: Rasulullah S.A.W dan Malaikat Jibrail AS naik langit kelima, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Harun AS yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
6. Langit Keenam: Rasulullah S.A.W dan Malaikat Jibrail AS naik langit keenam, lalu masuk dan bertemu dengan para nabi. Seterusnya bertemu dengan Nabi Musa AS. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
7. Langit Ketujuh: Rasulullah S.A.W dan Malaikat Jibrail AS naik langit ketujuh, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah AS yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur di hadapan beberapa kaumnya. Nabi Ibrahim AS bersabda, "Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah umat yang terakhir dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu ‘La Haula Wa La Quwwata Illa Billah’” Mengikut riwayat lain, Nabi Ibrahim AS bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: ‘suhanallah, walhahamdulillah, wa la ilah illa allah, wallahu akbar, wa la haula wa la quwwata illa billahil ‘aliyyil azim’. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberapa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah S.A.W dan Malaikat Jibrail AS masuk ke dalam Baitul-Makmur dan mengerjakan solat (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
8. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" pada dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah.
Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penjaganya.
9. Tangga Kesembilan: Di sini pada pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. masuk ke dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
10. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah SWT dengan mata kepala baginda, lantas sujud dan bermunajat kepada Allah SWT.
Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan
Muhammad, Rasul-Nya:
Allah S.W.T: Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S.W.T:
Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb.
Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang
besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang
besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman
yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman
menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan
Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan
menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah
S.W.T: Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita
gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku
jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu
pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah
Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku
berikanmu ayat-ayat di
akhir surah Al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy.
Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf
dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua
yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima
puluh (waktu) sembahyang.
Selesai munajat, Rasulullah S.A.W dibawa
menemui Nabi Ibrahim AS dan kemudian menemui Nabi Musa AS lalu menyuruh
Rasulullah S.A.W merayu kepada Allah SWT agar diberi keringanan, mengurangkan
jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali
dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah SWT memperkenankan memfardhukan solat lima waktu sehari
semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak
50 waktu juga.
Selepas Mikraj
Setelah daripada itu, Rasulullah S.A.W turun ke langit dunia semula dan seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq untuk pulang ke Makkah Al- Mukarramah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.
(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id)
Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan setiap kali 27 Rejab menjelang tiba. Apa yang lebih penting adalah kita hendaklah menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara sebaliknya. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah SWT dan takut akan kekuasaan-Nya.
Sekiranya kita dapat menghayati dan mengambil pengajaran daripada peristiwa penting ini, kebarangkalian besar kita mampu mengelakkan diri kita daripada melakukan kemungkaran yang dilarang oleh Allah SWT dan berlumba-lumba untuk melakukan perkara-perkara kebaikan yang diperintah oleh Allah SWT. Peristiwa Israk Mikraj juga, untuk menguji umat Islam bahawa adakah percaya atau tidak akan peristiwa tersebut.
Orang kafir quraisy Makkah di zaman Nabi Muhammad S.A.W langsung tidak mempercayai peristiwa itu, malahan memperolok-olokkan baginda setelah bercerita kepada mereka dan ramai di kalangan umat Islam ketika itu murtad kerana tidak mempercayai peristiwa Israk Mikraj baginda S.A.W dalam tempoh masa yang singkat berlakunya dan tidak masuk akal. Tinggallah segelintir umat Islam yang keimanan mereka tinggi dan teguh yang membenarkan serta mempercayai peristiwa yang dialami oleh baginda S.A.W.
Pensyariatan kefardhuan solat lima waktu sehari semalam merupakan pensyariatan secara langsung daripada Allah SWT kepada Rasulullah S.A.W berbanding pensyariatan Islam yang lain dengan perantaraan Malaikat Jirail AS dan sebagainya. Wallahu'alam.
Setelah daripada itu, Rasulullah S.A.W turun ke langit dunia semula dan seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq untuk pulang ke Makkah Al- Mukarramah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.
(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id)
Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan setiap kali 27 Rejab menjelang tiba. Apa yang lebih penting adalah kita hendaklah menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara sebaliknya. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah SWT dan takut akan kekuasaan-Nya.
Sekiranya kita dapat menghayati dan mengambil pengajaran daripada peristiwa penting ini, kebarangkalian besar kita mampu mengelakkan diri kita daripada melakukan kemungkaran yang dilarang oleh Allah SWT dan berlumba-lumba untuk melakukan perkara-perkara kebaikan yang diperintah oleh Allah SWT. Peristiwa Israk Mikraj juga, untuk menguji umat Islam bahawa adakah percaya atau tidak akan peristiwa tersebut.
Orang kafir quraisy Makkah di zaman Nabi Muhammad S.A.W langsung tidak mempercayai peristiwa itu, malahan memperolok-olokkan baginda setelah bercerita kepada mereka dan ramai di kalangan umat Islam ketika itu murtad kerana tidak mempercayai peristiwa Israk Mikraj baginda S.A.W dalam tempoh masa yang singkat berlakunya dan tidak masuk akal. Tinggallah segelintir umat Islam yang keimanan mereka tinggi dan teguh yang membenarkan serta mempercayai peristiwa yang dialami oleh baginda S.A.W.
Pensyariatan kefardhuan solat lima waktu sehari semalam merupakan pensyariatan secara langsung daripada Allah SWT kepada Rasulullah S.A.W berbanding pensyariatan Islam yang lain dengan perantaraan Malaikat Jirail AS dan sebagainya. Wallahu'alam.
Penerangan
PERISTIWA
ISRAK DAN MIKRAJ
DIDATANGI
MALAIKAT JIBRAIL
Pada malam
tersebut, Rasulullah s.a.w sedang tidur (tidur-tidur ayam) bersama-sama bapa
saudaranya. Hamzah dan Jaafar bin Abu Talib. Tiba-tiba datang
Malaikat Jibrail bersama Malaikat Mikail serta Malaikat-malaikat lainnya.
Jibrail memerintahkan Malaikat-malaikat lain mengangkat Rasulullah s.a.w ke
suatu tempat, di mana di situ Jibrail telah membelah dada Rasulullah s.a.w
sehingga ke bawah pusatnya.
HATI
RASULULLAH DISUCI
Setelah
dibelah dada Rasulullah s.a.w, Jibrail pun memerintahkan Malaikat Mikail
membawa satu batil air zam-zam untuk menyucikan hati baginda s.a.w supaya luas
dadanya. Selepas itu, ia pun mengeluarkan jantung baginda untuk dibasahi
sebanyak 3 kali dengan menggunakan air zam-zam tersebut. Darah hitam yang
terdapat dalam dada Rasulullah s.a.w pun dikeluarkan. Darah tersebut
adalah sebahagian daripada syaitan.
Setelah
itu, Jibrail menuangkan satu batil dari emas yang penuh dengan hikmat dan iman
ke dalam dada Rasulullah s.a.w hingga penuhlah dada baginda dengan hikmat,
ilmu, kenyakinan dan keislaman yang sejati. Kemudian, setelah selesai
semuanya, dada itupun ditutp kembali. Sesungguhnya semua proses ini tidak
menimbulkan sebarang kesakitan bagi pihak Rasulullah s.a.w dan sesungguhnya
telah termeterailah baginda di dua belikatnya dengan Khatam An-Nubuwah.
MENUNGGANG
BURAQ
Kemudian,
didatangilah Buraq dari Syurga yang berpelana dan bertali. Buraq ialah
seekor binatang berwarna putih, saiz badannya lebih besar daripada himar dan
lebih kecil daripada barghal, mempunyai empat kaki dan pantas berjalan.
Satu langkah ke satu langkah kakinya adalah seumpama sekelip mata
memandang. Apabila ia hendak menaiki bukit, kedua telinganya akan
bergerak-gerak dan kedua-dua kaki belakangnya akan memanjang dan apabila ia
turun, kedua-dua kaki di hadapannya akan memanjang. Ia juga mempunyai dua
sayap.
Ketika
mula-mula Rasulullah s.a.w hendak menunggang Buraq, ia meliarkan diri dan
memayahkan tunggangan Rasulullah s.a.w terhadapnya. Lalu, Jibrail pun
meletakkan tangannya ke leher Buraq seraya berkata, “Tidakkah engkau malu wahai
Buraq, demi ALLAH tiada seorang pun menunggang engkau yang terlebih mulia di
sisi ALLAH daripadanya”.
Apabila
mendengar kata-kata Jibrail itu, Buraq pun berhenti bergerak-gerak serta
merendahkan dirinya hingga naiklah Rasulullah s.a.w ke atas belakangnya.
PERJALANAN
RASULULLAH
Tidak
berapa lama Rasulullah s.a.w menunggang Buraq, sampailah baginda dan Jibrail ke
suatu dusun yang banyak pokok kurma. Jibrail menyuruh Rasulullah s.a.w turun
di situ dan solat dua rakaat. Apabila selesai, Jibrail bertanya, “Adakah
engkau tahu tempat engkau solat tadi?”
Jawab
baginda, “Tidak tahu”.
Jibrail
pun menerangkan bahawa tempat itu ialah Tai’bah iaitu Madinah
Al-Munawarah. Perjalanan itu pun diteruskan sampailah mereka ke suatu
tempat. Seperti biasa Jibrail menyuruh Rasulullah s.a.w solat dua
rakaat. Rasulullah s.a.w pun menurut suruhan Jibrail itu dan apabila
selesai, Rasulullah s.a.w menunggang Buraq kembali. Jibrail pun bertanya
kepada baginda adakah baginda tahu tempat berkenaan. Seperti tadi juga,
Rasulullah s.a.w menjawab tidak tahu. Kemudian Jibrail pun menerangkan
bahawa itulah Baitul Lahm iaitu tempat kelahiran Nabi Isa a.s.
BERTEMBUNG
DENGAN AFRIT
Tiba-tiba
Rasulullah s.a.w terlihat Afrit daripada bangsa Jin. Ia membawa cembung
api menyebabkan mata Rasulullah s.a.w sentiasa berpaling ke arahnya.
Berkata Jibrail, “Adakah engkau mahu aku ajarkan kalimah untuk menghalau Afrit
tersebut?”
“Ya” jawab
Rasulullah s.a.w. Jibrail pun mengajarkan Rasulullah s.a.w kalimah yang
berikut :
“Aku
berlindung dengan wajah ALLAH dan kalimah-Nya yang sempurna, yang kebaikan dan
kejahatan tidak mengatasinya daripada kejahatan yang turun dan naik ke langit,
dan dari kejahatan apa yang diciptakan di bumi juga dimusnahkan, dan dari
kejahatan malapetaka malam dan siang melainkan yang datang dengan membawa
kebaikan, wahai TUHAN Yang Rahman”.
Apabila
kalimah ini dibaca, padamlah cembung api Afrit dan rebahlah ia ke atas
mukanya. Tatkala selesai Rasulullah s.a.w membaca, tersungkurlah Afrit.
BERJUMPA
KAUM BERHUMA
Setelah
itu mereka pun meneruskan perjalanan sehingga bertemu dengan beberapa kaum yang
berhuma setiap hari dan mengetam pada hari yang sama. Setiap kali
mengetam ia kembali seperti asal dan begitulah seterusnya. Rasulullah
s.a.w bertanya kepada Jibrail, “Apa ini wahai Jibrail?”
Jawab
Jibrail, “Inilah di antara umat engkau yang berperang di jalan ALLAH, digandakan
ALLAH TAALA bagi mereka dengan kebajikan yang 1 kepada 700 kali ganda atau
lebih banyak lagi seperti firman ALLAH :
“Dan apa
yang kamu nafkahkan daripada sesuatu maka diganti dengan sebaik-baik yang
memberi rezeki”.
TERCIUM
BAU HARUM
Dalam
perjalanan seterusnya, Rasulullah s.a.w tercium bau yang sangat harum.
Lalu baginda bertanya kepada Jibrail apakah sebenarnya bau
tersebut. Kata Jibrail, “Inilah bau Masitah yakni perempuan yang menyikat
rambut anak perempuan Firaun”.
Pada suatu
hari sedang Masitah menyikat rambut anak perempuan Firaun, tiba-tiba sikat yang
digunakannya itu jatuh dari tangannya lalu tercetuslah kata-kata “Dengan nama
ALLAH binasalah Firaun”, dari mulutnya.
Bertanyalah
anak perempuan Firaun, “Adakah bagi kamu TUHAN lain selain bapaku?”.
“Bahkan, sesungguhnya itulah TUHAN engkau dan TUHAN bapa engkau”, sahut
Masitah.
Bertanya
anak Firaun itu lagi, “Adakah engkau reda aku beritahu tentang hal ini kepada
bapaku?”
“Ya”,
jawab Masitah.
Pergilah
anak Firaun berjumpa dengan bapanya untuk mengadukan hal tersebut.
Masitahpun diperintahkan untuk mengadap Firaun.
“Adakah
tuhan yang lain selain daripadaku?” tanya Firaun dengan marah.
Tanpa
gentar Masitah menjawab, “Ya, sesungguhnya ALLAH itulah TUHAN-ku dan TUHAN
engkau”.
Firaun
menjadi amat marah lantas memerintahkan supaya dibawa suami Masitah dan kedua
anaknya mengadap. Salah seorang daripada anaknya masih lagi kecil dan
masih menyusu. Kemudian Firaun memerintahkan supaya Masitah dan suaminya
kembali kepada agama yang asal iaitu mengakui dialah tuhan. Tetapi mereka
enggan. Firaun berasa amat tercabar dengan pendirian Masitah dan suaminya
itu, lantas dia mengancam hendak menjatuhkan hukuman bunuh terhadap keluarga
Masitah sekiranya mereka masih berdegil. Dengan hati yang tenang Masitah
menjelaskan, “Kebajikan kamu bagi kami jika engkau membunuh kami dan sekiranya
engkau membunuh kali kuburkan kami dalam satu lubang kubur”.
Kata
Firaun, “Bagi kamu apa yang kamu tuntut itu sebab ada kebajikan kamu bagi
kami”.
Firaun pun
memerintahkan air dijerang di dalam sebuah kawah tembaga yang besar.
Setelah air mendidih, suami Masitah pun dicampakkan ke dalam kawah
tersebut. Tatkala hendak dicampakkan anaknya yang masih kecil itu,
Masitah merayu supaya anaknya itu dikasihani. Tiba-tiba dengan izin ALLAH
anak yang masih kecil itu berkata; “Ibu berada di atas agama yang benar”.
Dengan itu
tamatlah riwayat Masitah, suaminya dan dua anaknya yang pada pandangan Firaun
sebagai celaka tetapi sebenarnya mereka berbahagia.
KAUM YANG
MEMECAHKAN KEPALA
Perjalanan
seterusnya mempertemukan Rasulullah s.a.w dengan beberap kaum yang memecahkan
kepala mereka sendiri. Setiap kali kepala mereka telah pecah, ia kembali
seperti sedia kala. Begitulah berulang-ulang kali. Melihat kejadian
itu, Rasulullah s.a.w berasa hairan lantas bertanya kepada Jibrail. Lalu
Jibrail menerangkan bahawa itulah sebahagian daripada umat baginda yang
memberatkan kepala mereka untuk menunaikan atau beribadat kepada ALLAH.
KAUM YANG
MEMAKAN ZAKUM
Dalam
perjalanan seterusnya Rasulullah s.a.w terlihat pula beberapa kaum yang
berbalut kemaluan hadapan dan belakang dengan hanya sehelai sapu tangan.
Mereka dihalau seperti binatang dihalau ke padang sambil memakan zakum (batu
dan bara api Neraka Jahannam).
Rasulullah
s.a.w pun bertanya kepada Jibrail. Jawab Jibrail, “Bahawasanya itulah
sebahagian di kalangan umat engkau yang tiada mengeluarkan zakat harta mereka
seperti firman ALLAH :
“Kami
tidak menzalimi mereka melainkan mereka sendiri yang menzalimi diri mereka
sendiri”.
KAUM YANG
MEMAKAN DAGING MENTAH
Kemudian
Rasulullah s.a.w bersama Jibrail bertembung pula dengan sebahagian kaum yang
dihidangkan daging yang telah dimasak serta baik di dalam bekas perak dan
disebelahnya pula terhidang daging yang mentah lagi busuk. Tetapi yang
menghairankan, mereka memilih untuk makan daging yang mentah lagi busuk
itu. Segera Rasulullah s.a.w bertanya kepada Jibrail. Jibrail pun
menerangkan bahawa mereka itu adalah sebahagian daripada umat baginda s.a.w,
lelaki serta perempuan yang mempunyai isteri atau suami yang halal tetapi
ditinggalkan. Sebaliknya mereka mendatangi perempuan atau lelaki za’niah
(pelacur).
DURI DI
JALANAN
Dalam
perjalanan berikutnya, ditunjukkan beberapa kayu yang berduri di jalan-jalan
dan sesiapa yang melalui jalan berkenaan pasti akan terluka atau terkoyak
bajunya. Lalu Rasulullah s.a.w pun bertanya kepada Jibrail.
Jawab
Jibrail, “Inilah seumpama beberapa kaum daripada umat engkau yang duduk di
tepi-tepi jalan (lepak) mengintai-intai orang yang lalu di jalan tersebut
bertujuan menganggu dan sebagainya”. Lalu Jibrail membaca firman ALLAH :
"Dan jangan kamu duduk di jalan-jalan untuk menakut-nakutkan (menganggu) orang lain”.
"Dan jangan kamu duduk di jalan-jalan untuk menakut-nakutkan (menganggu) orang lain”.
BERENANG
DALAM LAUTAN DARAH
Ketika
Rasulullah s.a.w bersama Jibrail meneruskan perjalanan, sampailah mereka ke
suatu tempat di mana baginda terlihat seorang lelaki yang berenang di dalam
lautan darah sambil dilontarkan batu ke mulutnya.
Rasulullah
s.a.w pun bertanya apakah sebenarnya kejadian itu. Jibrail pun
menjelaskan itulah diumpamakan sebahagian daripada umat baginda yang memakan
riba.
MENGHIMPUN
SEBERKAS KAYU
Kemudian,
Rasulullah s.a.w berjumpa pula dengan seorang lelaki yang menghimpunkan
beberapa bekas kayu yang dia tidak terdaya memikulnya tetapi semakin bertambah
pula kayu tersebut. Semakin tidak terdaya semakin kayu-kayu itu
ditambahnya dan begitulah seterusnya.
Rasulullah
s.a.w pun bertanya kepada Jibrail lantas Jibrail menerangkan bahawa itulah
seorang yang memegang amanah tetapi tidak mampu untuk dia melaksanakannya namun
masih juga dia hendak menerima amanah lain.
KAUM YANG
MENGGUNTING LIDAH
Seterusnya
sampailah mereka ke suatu tempat di mana terdapat beberapa kaum yang kerjanya
menggunting lidah dan bibir mereka sendiri. Setiap kali lidah dan bibir
mereka putus, ia pulih seperti sediakala dan mereka menggunting kembali dan
begitulah seterusnya berulang-ulang kali.
Rasulullah
s.a.w pun bertanya kepada Jibrail. Jawab Jibrail, “Inilah diumpamakan
seseorang yang mengajar manusia dengan tiada sebenarnya dan mereka tidak
membuat apa yang mereka ajarkan itu”.
KAUM YANG
MENGGARU MUKA
Kemudian
Rasulullah s.a.w bersama Jibrail terjumpa pula beberapa kaum yang mempunyai
kuku tembaga yang tajam. Mereka mengaru-garu muka serta badan mereka
sehingga tersiatlah daging dan bercucuran darah.
Segera
Rasulullah s.a.w bertanya kepada Jibrail. Jawab Jibrail, “Inilah seumpama
mereka yang makan daging saudaranya dengan mengumpat serta menjatuhkan maruah
orang lain”.
LEMBU YANG
KELUAR DARI LUBANG SEMPIT
Setelah
itu, dalam perjalanan seterusnya, Rasulullah s.a.w ternampak satu lubang yang
kecil, tiba-tiba keluar seekor lembu jantan dan ia cuba hendak masuk samula ke
dalam lubang tersebut tetapi tidak berjaya.
Rasulullah
s.a.w pun bertanya kepada Jibrail. Jawab Jibrail, “Itulah umpama
seseorang yang mengerjakan serta memperkatakan perkara-perkara yang dimurkai
oleh ALLAH, kemudian dia menyesali atas perbuatannya itu tetapi dia tidak mampu
untuk menyesalinya”.
RASULULLAH
DITEGUR OLEH PIHAK KANAN DAN KIRI
Maka
Rasulullah s.a.w berserta Jibrail pun meneruskan perjalanan dan tiba-tiba
Rasulullah s.a.w ditegur oleh pihak kanan dengan katanya, “Wahai Muhammad,
pandanglah aku. Sesungguhnya aku ingin bertanya kepada engkau”.
Tetapi Rasulullah s.a.w tidak menyahut panggilan itu. Lalu Jibrail pun
menerangkan bahawa itulah seruan Yahudi dan jika baginda menjawab tadi, nescaya
ramailah di kalangan umat baginda yang menjadi Yahudi.
Selepas
itu Rasulullah s.a.w pun ditegur oleh pihak kiri tetapi baginda masih tidak
menyahut. Berkata Jibrail, “Itulah seruan Nasrani dan jika engkau
menjawab seruan tadi tu, wahai Muhammad nescaya ramailah di kalangan umat
engkau yang menjadi Nasrani”.
RASULULLAH
DISERU PEREMPUAN BERHIAS SERTA SEORANG TUA
Tidak lama
selepas itu, Rasulullah s.a.w pun diseru oleh seorang perempuan yang memakai
perhiasan yang cantik. Tetapi Rasulullah s.a.w tidak menyahut panggilan
itu. Lalu Jibrail pun menjelaskan kepada Rasulullah s.a.w bahawa jika
baginda menjawab panggilan itu nescaya ramailah di kalangan umatnya yang
mementingkan dunia daripada Akhirat.
Setelah
itu, Rasulullah s.a.w diseru pula oleh seorang tua yang duduk jauh daripada
mereka berdua. Berkata Jibrail, “Teruskan perjalananmu wahai
Muhammad. Sesungguhnya itu adalah musuh ALLAH (Iblis).
Lalu
mereka pun meneruskan perjalanan. Dalam perjalanan itu juga, tiba-tiba mereka
bertemu dengan seorang perempuan tua di tepi jalan. Apabila ditanya oleh
Rasulullah s.a.w, Jibrail pun menerangkan bahawa itulah diumpamakan umur
dunia. Tiada tinggal lagi melainkan umur perempuan tua tersebut.
SETIBA
RASULULLAH DI BAITUL-MAQDIS
Dalam masa
yang begitu singkat, sampailah Rasulullah s.a.w bersama Jibrail di
Baitul-Maqdis. Kemudian baginda pun turun daru Buraq tunggangannya dan
Jibrail menuntun Buraq tersebut menuju ke masjid. Selepas Jibrail
menambat Buraq, mereka berdua pun masuklah ke masjid lantas solat sunat
tahiyatul masjid sebanyak 2 rakaat. Apabila selesai ternampaklah
Rasulullah s.a.w ramainya manusia memenuhi masjid tersebut.
RASULULLAH
IMAM SEGALA PARA NABI
Tatkala
Jibrail azan turunlah Malaikat dari langit dan berhimpunlah segala para Nabi
serta Mursalin. Kemudian Jibrail pun iqamat. Berdirilah para jemaah
yang memenuhi masjid tersebut lalu mereka pun mencari-cari siapakah yang akan
menjadi imam. Jibrail menarik tangan Rasulullah s.a.w sampai ke mihrab.
Solatlah Rasulullah s.a.w bersama jemaah yang ramai di belakangnya.
Setelah
selesai solat, Jibrail bertanya kepada Rasullah s.a.w, “Adakah engkau tahu
siapakah yang solat di belakang engkau seketika tadi?” Rasulullah s.a.w
menjawab , “Tidak tahu”. Jibrail pun menerangkan bahawa itulah para roh
segala nabi dan Mursalin yang diwahyukan ALLAH. Rasulullah s.a.w pun
memuji ALLAH dengan pujian berikut :
“Segala
puji bagi ALLAH TUHAN yang mengutusku, yang memberi rahmat bagi sekalian alam
yang lengkap bagi setiap manusia. Berita yang menggembirakan serta yang
menakutkan dan menurunkanku kitab suci Al-Quran yang di dalamnya mengatakan
setiap sesuatu dan menjadikan umatku itu umat yang dikeluarkan baginya segala
manusia serta menjadikan umatku itu umat yang terpilih. Dan menjadikan
umatku itu umat yang permulaan takdirnya dan umat yang terakhir. Dan
meluaskan dadaku dan membuangkan daripadaku dosa-dosaku dan diangkatkan bagiku
sebutanku dan menjadikanku permulaan dan kesudahan”.
Setelah
selesai Rasulullah s.a.w memuji ALLAH. Berkatalah Nabi Ibrahim a.s, “Inilah
kelebihanmu wahai Muhammad”.
RASULULLAH
TERASA DAHAGA
Setelah
melalui beberapa keadaan, Rasulullah s.a.w terasa dahaga lantas Jibrail pun
membawakan 3 jenis minuman iaitu susu, arak dan madu. Rasulullah s.a.w
memilih susu untuk diminum.
Maka
Jibrail membenarkan pilihan Rasulullah s.a.w sambil berkata, “Sesungguhnya
engkau telah memilih asal kejadian dan jika engkau meminum arak, nescaya umat
engkau akan ramai yang sesat dan tiada yang beriman melainkan sedikit”.
RASULULLAH
DIDATANGI BIDADARI
Seketika
Rasulullah s.a.w dipandang oleh bidadari dari langit. Maka setiap
bidadari memohon kepada ALLAH S.W.T untuk menziarahi Rasulullah s.a.w.
Lalu ALLAH pun mengizinkan mereka untuk turun dari Syurga bersama
Malaikat. Sampai sahaja kepada Rasulullah s.a.w, mereka pun solat di
belakang Rasulullah s.a.w. Setelah itu mereka duduk di dinding
Baitul-Maqdis dan Rasulullah s.a.w pun mengucapkan salam kepada mereka.
Mereka pun menjawab salam baginda.
“Siapakah
kamu semua?”
Lantas
mereka pun menjawab, “Kami adalah daripada kalangan orang-orang yang baik dan
elok yakni bidadari yang merupakan beberapa isteri bagi kaum yang suci daripada
dosa mereka dan mereka itu kekal di situ dan tidak binasa”.
Tersebut
dalam hadis, bidadari dijadikan ALLAH daripada za’faran (sejenis pohon) dan ada
satu lagi riwayat mengatakan bidadari dijadikan daripada tasbih Malaikat atau
titik air sayap Jibrail tatkala ia keluar dari sungai Syurga.
RASULULLAH
TIBA DI MIKRAJ
Akhirnya,
dalam perjalanan itu, sampailah Rasulullah s.a.w bersama Jibrail ke
Mikraj. Mikraj adalah tangga yang sangat elok, anak-anak tangganya
terbuat daripada emas dan perak yang dikeluarkan dari Syurga Firdaus yang
bertahtakan permata yang indah. Di kiri dan kanan tangga ini ada beberapa
Malaikat. Setiap tangga ke tangga yang lain ialah sejauh 500 tahun
perjalanan seperti antara langit dengan bumi dan perjalanan anatar satu langit
dengan langit yang di atasnya ialah sejauh 500 tahun perjalanan juga.
Kemudian
Rasulullah s.a.w diangkat ke langit pertama, kedua dan demikianlah
seterusnya. Tebal setiap langit ialah 500 tahun perjalanan juga.
RASULULLAH
MENAIKI LANGIT PERTAMA
Setelah
itu Jibrail pun mendirikan tangga tersebut lalu naiklah mereka berdua ke atas
langit yang pertama. Maka terangkatlah mereka berdua naik ke atas sambil
diikuti oleh SKHRAH (batu Baitul-Maqdis tempat berpijak untuk memulakan
Mikraj). Jibrail pun memerintahkan SKHRAH berhenti, lalu berhenti ia di
situ, tergantung antara langit dengan bumi tanpa tali sehinggalah hari Kiamat.
Setelah
beberapa lama, tatkala seorang perempuan hamil melintasi di bawahnya dan
terlihat SKHRAH, dia berasa terkejut hingga gugurlah kandungannya. Oleh
itu, telah diciptakan ALLAH di bawahnya sesuatu yang dapat melindunginya
daripada dilihat oleh sesiapa sahaja yang melintasi di bawahnya.
MENAIKI
LANGIT DUNIA
Setelah
itu, naiklah mereka hingga ke Langit Dunia iaitu di pintu yang dinamakan Babul
Hafazah. Pintu ini dijaga oleh Malaikat bernama Ismail.
Sesungguhnya Malaikat Ismail tidak akan berganjak dari tempatnya melainkan hari
wafat Rasulullah s.a.w. Di bawah jagaannya ada 70,000 Malaikat pula.
Jibrail
pun meminta supaya Malaikat Ismail membuka pintu tersebut.
“Siapa
engkau?” tanya Malaikat Ismail.
“Aku
Jibrail”.
“Siapa
bersamamu?”
“Aku
bersama Muhammad yang telah diutuskan,” sahut Jibrail.
Lantas
pintu itu pun terbuka sambil Malaikat Ismail berkata kepada Rasulullah s.a.w,
“Telah engkau dapat keluasan dan engkaulah ahlinya yang dipanjangkan ALLAH
daripada saudara dan daripada khalifah ALLAH. Maka engkaulah sebaik-baik
khalifah dan yang didatangi itu”.
RASULULLAH
BERJUMPA NABI ADAM
Masuklah
Rasulullah s.a.w bersama Jibrail melalui pintu yang telah terbuka itu dan
bertemulah baginda dengan nabi Adam a.s. Rasulullah mendapati apabila
Nabi Adam (baginda belum mengenali Nabi Adam pada waktu ini) melihat roh-roh
zuriatnya yang Mukmin dia berkata, “Inilah roh yang baik dan nafsu yang
dijadikan daripada ali’in (takwa)”. Apabila dia melihat roh-roh zuriatnya
yang kafir, berkatalah dia, “Inilah roh jahat dan nafsu jahat yang dijadikan
daripada sijjin (api Neraka)”.
Di sebelah
kanan Nabi Adam terdapat beberapa manusia serta satu pintu di mana keluarlah
bau yang sangat harum dari situ. Di sebelah kirinya pula terdapat
beberapa manusia serta satu pintu yang keluar darinya bau yang amat
busuk. Apabila Nabi Adam melihat ke sebelah kanan, dia berasa gembira dan
senyum tetapi apabila dia menoleh ke sebelah kiri, dia berasa kecewa dan
bersedih.
Rasulullah
s.a.w memberi salam kepada lelaki itu, salamnya dijawab kemudian dia berkata,
“Selamat datang anda orang soleh dan nabi yang soleh. Baginda pun
bertanya kepada Jibrail perihal lelaki tersebut. Jibrail pun menerangkan,
“Bahawasanya itulah bapa kamu iaitu Adam. Yang kanannya itu ialah
beberapa manusia daripada zuriatnya yang terdiri daripada ahli-ahli Syurga
manakala disebelah kirinya pula ialah zuriatnya yang menjadi ahli Neraka.
Dia
menoleh ke kanan dan berasa gembira lantas senyum kerana zuriatnya itu memasuki
Syurga dan apabila dia menoleh ke kiri, dia berasa sedih serta kecewa kerana
melihat zuriatnya memasuki Neraka. Adapun pintu yang terkeluar bau harum
itu ialah Pintu Syurga dan pintu yang terkeluar bau busuk itu ialah Pintu
Neraka”.
NAIK
LANGIT YANG KEDUA
Kemudian,
mereka pun naik lagi hingga ke Langit Kedua di mana ia diciptakan pintunya
daripada batu yang putih. Jibrail pun menuntut agar Malaikat penjaga
pintu membuka pintunya. Bertanyalah Malaikat penjaga Langit Kedua itu
seperti mana Malaikat yang menjaga pintu Langit Pertama dahulu. Jibrail
pun memperkenalkan dirinya dan siapa bersamanya sebagaimana sebelumnya dan
demikianlah pada setiap langit sehingga ke langit ketujuh.
BERTEMU
NABI ISA & NABI YAHAYA DI LANGIT KEDUA
Apabila
Pintu Langit Kedua terbuka, masuklah Rasulullah s.a.w ke dalamnya dan didapatinya
ada dua orang seperti bersaudara iaitu Nabi Isa bin Maryam dan Nabi Yahaya bin
Zakaria a.s. Keadaan mereka berdua hampir serupa pada pakaian dan
rambut. Bersama-sama keduanya adalah kaum masing-masing.
Rasulullah
s.a.w pun memberi salam dan salam baginda dijawab oleh keduanya.
Berkatalah
mereka, “Selamat datang saudara yang soleh dan Nabi yang soleh”. Mereka
berdua yang mendoakan kebajikan bagi Rasulullah s.a.w.
BERTEMU
NABI YUSUF DI LANGIT KETIGA
Setelah
itu, Rasulullah s.a.w bersama Jibrail pun naik ke langit yang ketiga di mana
diciptakan pintunya daripada besi. Setelah berlaku dialog seperti pada
Pintu-pintu Langit Pertama, Kedua, maka dibukalah Pintu Langit Ketiga.
Sebaik
sahaja Rasulullah s.a.w memasukinya, bertemulah baginda dengan Nabi Yusuf a.s
bersama kaumnya. Rasulullah s.a.w pun memberi salam terhadap Nabi Yusuf
dan Nabi Yusuf menjawab salam baginda, lantas berkata, “Selamat datang saudara
yang soleh dan Nabi yang soleh”. Nabi Yusuf juga mendoakan Rasulullah
s.a.w dengan kebajikan.
Sesungguhnya
Nabi Yusuf dijadikan oleh ALLAH dengan keelokan rupa paras seperti bulan
dipagari bintang.
BERTEMU
NABI IDRIS DI LANGIT KEEMPAT
Dari situ
Rasulullah s.a.w bersama Jibrail naik lagi hingga sampai ke Langit Keempat yang
pintunya dijadikan daripada tembaga.
Setelah
pintunya terbuka, bertemulah Rasulullah s.a.w dengan Nabi Idris a.s.
Rasulullah s.a.w memberikan salam lalu dijawab oleh Nabi Idris salam Rasulullah
s.a.w. itu lantas mengucapkan, “Selamat datang anak yang soleh dan Nabi yang
soleh”. Nabi Idris juga mendoakan Rasulullah s.a.w dengan kebahagiaan.
Adalah
Nabi Idris bertemu dengan Rasulullah s.a.w dengan jasad dan roh. Nabi
Idris tiada akan mati pada tiupan sangkakala kerana dia sudah mati dahulu
kemudian dihidupkan semula sampai sekarang. Dia tidak dibinasakan seperti
Arasy, Kursi, Luh Mahfuz, Qalam, Syurga, Neraka dan roh. Hal ini
termaktub dalam Al-Quran seperti firman ALLAH :
“Setiap
yang di atas bumi binasa. Setiap sesuatu binasa melainkan wajah-NYA”.
Seperti
juga dengan Nabi Isa, dia berjumpa dengan Rasulullah s.a.w dengan jasad dan roh
kerana dia belum mati lagi dan akan turun ke dunia pada akhir zaman dan
kemudian dikebumikan di sisi Rasulullah s.a.w di Madinah.
BERTEMU
NABI HARUN DI LANGIT KELIMA
Langit
Kelima pintunya daripada perak. Masuk sahaja melalui pintu langit ini,
Rasulullah s.a.w ternampak seorang lelaki yang mempunyai janggut berwarna putih
dan hitam yang panjang hampir sampai ke pusat. Lelaki itu dikelilingi
oleh beberapa kaum daripada Bani Israel yang asyik mendengar cerita daripadanya
tentang khabar-khabar yang dahulu dari umatnya.
Rasulullah
s.a.w pun memberi salam lantas dijawab salam baginda. “Siapakah ini?”
tanya Rasulullah s.a.w kepada Jibrail.
“Inilah
Harun yang dikasihi oleh segala kaumnya,” terang Jibrail.
BERTEMU
NABI MUSA DI LANGIT KEENAM
Kedua-duanya
kemudian naik lagi hingga sampai ke Langit Keenam yang pintunya daripada
emas. Jibrail pun menuntut agar dibuka pintu langitnya. Setelah
pintu dibuka, Rasulullah s.a.w dan Jibrail pun masuk ke dalam. Nampaklah
oleh baginda beberapa orang Anbiya (Nabi-Nabi) berbaris di kiri dan
kanan. Rasulullah s.a.w pun berjalan berjumpa dengan mereka seorang demi
seorang. Ada di antara Anbiya itu bersama kaum masing-masing dan ada yang
bersendirian sahaja.
Kemudian
Rasulullah s.a.w berjumpa dengan kumpulan manusia yang amat ramai.
“Siapakah
ini wahai Jibrail?” tanya Rasulullah s.a.w.
“Inilah
Musa dan bersamanya semua kaumnya”, jawab Jibrail. “Angkatlah kepala
engkau”.
Rasulullah
s.a.w pun mengangkatkan kepalanya. Tiba-tiba didapatinya kelompok hitam
yang amat banyak memenuhi tepi langit daripada pihak ini dan pihak itu.
Jibrail
pun berkata, “Inilah umat engkau di mana 70,000 orang memasuki Syurga tanpa
hisab dan apabila engkau minta tambah lagi, maka ditambahi pula tiap-tiap satu
daripadanya 70,000 orang yang lain pula”.
Apabila
berlalu Rasulullah s.a.w dari situ, bertemulah dia dengan Nabi Musa a.s, iaitu
seorang lelaki yang mempunyai kulit yang berwarna merah dan tinggi
tubuhnya. Baginda pun mengucapkan salam terhadapnya dan Nabi Musamenjawab
salam baginda, lalu berkata, “Selamat datang saudaraku yang soleh dan Nabi yang
soleh”.
Nabi Musa
a.s pun mendoakan kebajikan bagi Rasulullah s.a.w. Kemudian dia berkata,
“Telah menyangka seluruh Bani Israil bahawasanya aku terlebih mulia di sisi
ALLAH TAALA daripada manusia ini (yakni Muhammad s.a.w) tetapi rupanya dia
terlebih mulia di sisi ALLAH TAALA daripada aku”.
Setelah
Rasulullah s.a.w berlalu, Nabi Musa pun menangis. Apabila ditanya apa
yang menyebabkannya menangis, maka jawabnya, “Aku menangis disebabkan aku
hilang pahala kerana umatku sedikit sahaja yang beriman dan Muhammad s.a.w
dibangkitkan kemudian daripada aku dan umatku. Umatku (Bani Israil)
menyangka bahawasanya aku terlebih mulia di sisi ALLAH TAALA daripada segala
anak Adam sedangkan ini seorang lelaki dari anak Adam yang terkemudian
daripadaku, di dunia di Akhirat umatnya lebih banyak daripada umatku”.
BERTEMU
NABI IBRAHIM DI LANGIT KETUJUH
Maka
Rasulullah s.a.w bersama Jibrail pun naik ke langit yang ketujuh yang pintunya
diciptakan daripada yakut merah. Selepas pintu Langit Ketujuh dibuka dan
masuk Rasulullah s.a.w dan Jibrail ke dalamnya, ternampaklah dia akan Nabi
Ibrahim yang sedang bersandar di Baitul Makmur dan di sekitarnya ada beberapa
orang daripada kaumnya.
Rasulullah
s.a.w pun memberi salam lantas dijawab oleh Nabi Ibrahim lalu berkata, “Selamat
datang anakku yang soleh dan Nabi yang soleh”. Nabi Ibrahim pun mendoakan
kebajikan bagi Rasulullah s.a.w. Kemudian dia berkata lagi, “Anakku,
bahawasanya engkau akan berjumpa TUHAN engkau pada malam ini dan bahawasanya
umatmu adalah umat terpailih lagi umat yang terakhir dan terlebih daif, maka
jika engkau kuasa dan berhajat pada TUHAN-mu pada umat kamu, maka
mohonlah. Wahai Muhammad, suruh umatmu memperbanyak tanaman di Syurga di
mana tanahnya sangat baik lagi luas tempatnya”.
Rasulullah
s.a.w pun bertanya, “Apakah tanaman itu?”
Ucaplah :
”Tiada daya upaya melainkan dengan kuasa ALLAH”
Pada satu
riwayat yang lain, berkata Nabi Ibrahim a.s, “Khabarkan wahai Muhammad kepada
mereka (umatmu) itu bahawasanya Syurga itu sangat baik tanamannya dan sangat
tawar airnya dan tanamannya itu ialah dengan 5 kalimah. Tiap-tiap satu
kalimah apabila diucapkan, maka tumbuhlah satu pohon kayu di dalam Syurga iaitu
kalimah :
“Maha Suci
ALLAH dan segala puji untuk ALLAH dan tiada TUHAN melainkan ALLAH dan ALLAH
Maha Besar”.
BERTEMU
KAUM YANG MANDI DI SUNGAI
Kemudian
Rasulullah s.a.w ternampak beberapa kaum yang muka mereka itu seumpama kertas
(berwarna putih) dan ada beberapa kaum yang muka mereka berwarna putih tetapi
berubah sedikit (kurang putih). Kaum yang berwajah kurang putih itu masuk
ke dalam sungai dan mandi di dalamnya. Apabila mereka keluar dari dalam
sungai itu wajah mereka telah berubah iaitu bersih sedikit daripada yang
asal. Kemudian mereka masuk ke dalam sungai yang kedua di mana apabila
mereka keluar dari situ, wajah mereka bertambah bersih dan putih.
Kemudian mereka masuk pula ke sungai yang ketiga dan mandi di dalamnya,
tiba-yiba berubahlah muka mereka menjadi semakin putih dan semakin bersih.
Bertanyalah
Rasulullah s.a.w, “Siapakah itu wahai Jibrail?”
Jawab
Jibrail, “Adapun muka mereka yang berwarna putih itu ialah mereka yang tidak
mencampurkan iman dan perbuatan zalim dengan membuat maksiat. Dan adapun
muka mereka yang bersih sedikit itu adalah mereka yang menyempurnakan amalan
yang soleh dengan bercampur kejahatan tetapi akhirnya mereka bertaubat, lalu
taubat mereka diterima oleh ALLAH TAALA. Adapun sungai yang pertama ialah
keampunan ALLAH dan kedua Nikmat ALLAH dan ketiga, kemudian Jibrail pun
memberitahu Rasulullah s.a.w dengan berkata, “Inilah tempat engkau dan tempat
umat engkau”.
MEMASUKI
BAITUL-MAKMUR
Di dalam
satu riwayat lain mengatakan bahawa dalam perjalanannya itu, Rasulullah s.a.w
terlihat umatnya terbahagi kepada 2 kumpulan. Satu kumpulan daripada
mereka memakai selendang berwarna putih dan satu bahagian lagi memakai
selendang berwarna kelabu. Apabila Rasulullah s.a.w memasuki
Baitul-Makmur baginda diikuti oleh mereka yang memakai selendang berwarna putih
kemudian diikuti mereka yang memakai selendang berwarna kelabu dan mereka
beroleh kebajikan.
Rasulullah
s.a.w pun menunaikan solat bersertanya segala Mukmin itu. Sejak dari itu
Baitul-Makmur dipenuhi oleh 70,000 Malaikat setiap hari dan tiada ia keluar
lagi hingga Hari Kiamat. Baitul-Makmur itu terletak pada langit yang
ketujuh di bawah Syurga dan berkebetulan setentang dengan Kaabah di bumi.
Jikalau dijatuhkan batu dari Baitul-Makmur, nescaya batu itu akan jatuh di atas
Kaabah. Selepas menunaikan solat, Rasulullah s.a.w pun keluar dari situ
sambil diikuti oleh mereka yang mengikuti baginda sejak tadi.
POKOK DAN
SUNGAI DI SYURGA
Kemudian
Jibrail membawa 3 bejana berisi air yang berlainan kepada Rasulullah
s.a.w. Baginda memilih bejana yang berisi susu untuk diminum. Maka
pilihan itu oleh Jibrail mengakui dengan katanya, “Engkau telah memilih asal
kejadian engkau serta uamt engkau”.
Lalu
mereka berdua pun diangkat ke Sidaratul Muntaha dan di sinilah kawasan terakhir
yang dibenarkan sesuatu yang datang dari pihak bumi.
Tiba-tiba
Rasulullah s.a.w terlihat sebatang pokok kayu yang mana daripada batangnya
keluarlah 4 batang sungai yang airnya tidak berubah rasa (air tawar), satu
sungai yang airnya berupa susu yang tiada berubah rasa, satu sungai yang airnya
berupa arak yang lazat dan satu sungai yang airnya daripada madu yang
jernih. Besar dan tingginya pokok tersebut kira-kira 70 tahun larian kuda
tanpa henti-henti. Bentuk buahnya seumpama air dan bentuk daunnya seperti
telinga gajah tetapi lebatnya boleh menutupi seluruh manusia yang ada di bumi.
Pada satu
riwayat ada mengatakan sesungguhnya satu daun daripada pokok berkenaan boleh
menutupi seluruh makhluk yang wujud. Bagi setiap daun ada Malaikat
yang mengucapkan tasbih kepada ALLAH TAALA. Tatkala Malaikat bertasbih,
berubah-ubahlah warna daun tersebut dan akhirnya ia menjadi yakut dan zabarjad.
Di ranting
pokok itu ada beberapa ekor belalang yang diciptakan daripada emas.
Sesungguhnya
4 batang sungai tadi adalah terdiri daripada 2 batang sungai yang tersembunyi
dan 2 batang sungai yang nyata.
Bertanya
Rasulullah s.a.w kepada Jibrail, “Wahai Jibrail, sungai apakah ini?”
Jawab
Jibrail, “Sungai yang tersembunyi ini ialah sungai yang ada di dalamnya Syurga
iaitu sungai yang bernama Salsabil dan Zanjabila. Dan sungai yang nyata
itu ialah Sungai Nil dan Sungai Furat”.
MELIHAT
RUPA JIBRAIL YANG SEBENAR
Rasulullah
s.a.w diperlihatkan rupa Malaikat Jibrail yang sebenar di Sidratul Muntaha
itu. Malaikat Jibrail mempunyai 600 sayap di mana setiap sayap besarnya
kira-kira memenuhi alam ini. Sayap-sayap itu dipenuhi dengan dar (permata
besar-besar) dan yakut.
MEMASUKI
SYURGA
Setelah
itu Rasulullah s.a.w bersama Jibrail pun memasuki Syurga dan Rasulullah s.a.w
melihat di dalamnya sesuatu yang tidak pernah dilihat oleh mata dan tidak
pernah didengar oleh telinga serta tidak terlintas di hati manusia.
Sesungguhnya Syurga itu ada 8 jenis :
Jannatul
Firdaus
Syurga
tempat para anbiya’, para syuhada dan para solehin. Ia paling afdal dan
paling tinggi.
Jannatul
Adnan - Syurga yang diciptakan daripada qasbul jannah.
Jannatul
Khuld - Syurga yang diciptakan daripada marjan.
Jannatul
Naim - Syurga yang diciptakan daripada perak.
Jannatul
Makwa - Syurga yang diciptakan daripada zabarjad yang hijau.
Jannatul Salam
- Syurga yang diciptakan daripada yakut merah.
Jannatul
Jalal - Syurga yang diciptakan daripada lu’lu yang putih.
Jannatul
Maqamu Wal-Qarar - Syurga yang diciptakan daripada kasturi yang harum.
KELEBIHAN
ORANG MEMBERI HUTANG
Tiba-tiba
Rasulullah s.a.w ternampak beberapa buah kubah lu’lu’ yang tergangga dan
baginda terlihat di pintu Syurga itu tertulis ayat “SEDEKAH ITU ADALAH 10 KALI
GANDA DAN MEMBERI HUTANG ITU 18 KALI GANDA”. Rasulullah s.a.w berasa
hairan mengapakah memberi hutang itu lebih besar daripada sedekah, lantas
baginda pun bertanya kepada Jibrail.
Kata
Jibrail, “Orang yang meminta itu kadang-kadang dia sudahpun mempunyai barang
tersebut sedangkan orang yang berhutang itu tiada mempunyai apa-apa, maka
terpaksa berhutang untuk mendapatkannya atau dengan kata lain dia berhutang
kerana benar-benar berhajat.
Kemudian
baginda berjumpa dengan sebatang sungai susu yang tiada berubah rasanya dan
sebatang sungai arak yang lazat dan sebatang sungai madu yang jernih. Di
situ terdapat juga buah delima dan segala macam buah kayu. Kemudian
keluar daripadanya pakaian penghuni Syurga dan kemudian keluar burung yang
bentuknya seumpama unta.
TELAGA
AL-KAUSAR
Rasulullah
s.a.w terlihat pula telaga Al-Kausar. Di dalamnya ada 70,000 fursah yang
airnya mengalir di atas batu yaqut dan zabarjad. Di tepinya terdapat
lu’lu’ yang besar, airnya mengalir masuk ke hudh (kolah) Rasulullah
s.a.w. Bejananya (timba) seperti bintang di langit dijadikan daripada
emas dan perak serta tanahnya daripada kasturi yang amat harum. Kemudian
keluarlah Rasulullah s.a.w dari Syurga itu.
MELIHAT
NERAKA
Kemudian
Rasulullah s.a.w pun diperlihatkan keadaan Neraka. Di dalamnya terdapat
ghadaballah (kemarahan ALLAH) terhadap musuh-NYA dan yang ingkar akan
perintah-NYA. Jikalau dijatuhkan batu atau besi ke dalam Neraka tersebut
nescaya hancur leburlah ia di dalamnya.
Tiba-tiba
Rasulullah s.a.w ternampak beberapa kaum memakan bangkai. Bertanya
baginda kepada Jibrail, “Siapa ini, wahai Jibrail?”
Jawab
Jibrail, “Inilah mereka yang makan daging saudaranya dengan mengumpat”.
Baginda
juga dapat melihat Malaikat Malik penjaga pintu Neraka lalu ia memberi salam
kepada Rasulullah s.a.w dan Rasulullah s.a.w menjawab salam Malik. Ia
Malaikat yang boleh diketahui akan kemarahannya melalui mukanya yang sangat
masam. Sesungguhnya Neraka itu terletak di bawah 7 petala bumi. Ia
mempunyai 7 jenis iaitu:
·
Neraka Jahannam
·
Neraka Lazha
·
Neraka Khutamah
·
Neraka Saeir
·
Neraka Saqar
·
Neraka Jahim
·
Neraka Hawiyah
BERPISAH
DENGAN JIBRAIL
Kemudian
Rasulullah s.a.w diangkat ke Sidaratul Muntaha dan ditutupi awan. Jibrail
tertinggal lalu Rasulullah s.a.w berhenti menunggu. Di sini Jibrail pun
memasukkan baginda ke dalam nur sambil berkata, “Engkau dan TUHAN engkau
sahaja”.
Dalam satu
riwayat, Rasulullah s.a.w bersabda kepada Jibrail, “Adakah di sini sahabat
hendak meninggalkan sahabatnya?”.
Berkata
Jibrail, “Inilah sahaja tempatku, jikalau aku melintasi kawasan ini nescaya
terbakarlah aku dengan nur”.
PERJALANAN
UNTUK BERTEMU ALLAH
Rasulullah
s.a.w pun melalui 70,000 hijab daripada nur hingga sampai ke Mustawa, tempat
Kalam menulis yakni Kalam catatan di Luh Mahfuz. Di situ Rasulullah s.a.w
melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam Nur Arasy.
Bertanya
Rasulullah s.a.w, “Siapa ini? Adakah Malaikat?”.
“Tidak,”
jawab lelaki tersebut.
”Adakah
Nabi?” soal Rasulullah s.a.w lagi.
“Tidak.
Sesungguhnya aku seorang lelaki yang hidup di dunia, basah dengan menyebut nama
ALLAH yakni berzikir dan hatiku sentiasa terpaut kepada masjid dan aku juga
tidak memaki kedua ibubapaku”.
Pada satu
riwayat, tatkala Rasulullah s.a.w sampai ke sini, hatinya gundah gulana.
Selepas itu baginda terdengar seperti suara Saidina Abu Bakar memanggilnya,
katanya, “Berhenti wahai Muhammad, sesungguhnya TUHAN berselawat kepadamu”.
Rasulullah
s.a.w berasa hairan bagaimana Abu Bakar mendahuluinya. Lalu Rasulullah
s.a.w pun bertanya tatkala munajat kepada ALLAH.
Maka
firman ALLAH, “Adalah Abu Bakar itu teladanmu dan rapat kepadamu dan aku
jadikan suara Malaikat yang menyerupai suara Abu Bakar supaya hilang rasa
gundah gulana di hatimu dan adapun selawat-KU ialah seperti firman-KU :
“Sesungguhnya
AKU dan Malaikat berselawat kepada Nabi, oleh itu wahai orang yang beriman
berselawatlah kepadanya dan sejahterakan ianya”.
MENEMUI
ALLAH RABUL JALIL
Kemudian
Rasulullah s.a.w diangkatkan ke hadrat Al-Qudsi. Di sini Rasulullah s.a.w
dapat melihat ALLAH dengan tiada apa-apa perantaraan pun, iaitu dengan matanya
sendiri. Tiada seorang pun dari para Nabi ataupun Mursalin melihat ALLAH
sebelum ini. Sebaik sahaja Rasulullah s.a.w melihat ALLAH, baginda terus
sujud menyembah-NYA.
Berfirman
ALLAH, “Wahai Muhammad”.
Jawab
Rasulullah s.a.w, “Labbaika”.
Firman
ALLAH lagi, “Angkat kepalamu, mohonlah apa yang engkau hendak AKU berikan
kepadamu”.
Rasulullah
s.a.w pun mengangkatkan kepalanya dengan berkata, “Wahai TUHAN, bahawasanya
ENGKAU telah melantik Ibrahim sebagai Khalil dan ENGKAU berinya kerajaan yang
amat besar dan ENGKAU berkata-kata terus dengan Musa dan ENGKAU berikan Daud
kerajaan yang amat besar dan ENGKAU permudahkannya untuk melembutkan besi dan
ENGKAU mudahkan baginya kuasai bukit. ENGKAU berikan Sulaiman kerajaan
yang amat besar dan ENGKAU permudahkan baginya jin dan manusia dan syaitan
bekerja dengannya ketika dia kehendaki, dan ENGKAU mudahkan baginya angin dan
ENGKAU berikannya kerajaan yang tiada seorang pun boleh memiliki
selepasnya. ENGKAU ajarkan Isa dengan Taurat dan Injil dan ENGKAU
berikannya boleh merawat orang yang buta, sopak dan menghidupkan orang yang
telah mati dengan izin ENGKAU dan ENGKAU peliharanya serta ibunya dari syaitan
yang direjam. Maka syaitan tidak mampu menyesatkan mereka berdua”.
ALLAH
berfirman, “Sesungguhnya AKU angkatkan engkau sebagai Habib (kekasih) dan AKU
utuskan engkau untuk menusia seluruhnya supaya mengkhabarkan berita gembira dan
memberi peringatan. AKU telah luaskan dadamu dan AKU buangkan daripadamu
dosamu dan AKU angkatkan untukmu zikirmu. AKU jadikan umatmu sebaik-baik
umat yang dikeluarkan untuk manusia dan AKU jadikan umatmu itu sederhana.
Dan AKU jadikan umatmu orang yang pertama dan orang yang terakhir dan AKU
jadikan umatmu itu tiada sah khutbah dan solat sehingga mereka itu berikrar
bahawasanya engkau hamba-KU dan pesuruh-KU. Dan AKU jadikan daripada
umatmu beberapa kaum yang mana hati mereka berpaut di dalam hati mereka.
AKU telah
jadikan engkau Nabi yang mula-mula dibicarakan pada hari Kiamat. Dan AKU
berikan engkau 7 ayat yang diulang-ulang bacaannya di dalam solat iaitu Surah
Al-Fatihah yang ianya AKU beri kepada para Nabi sebelum engkau. AKU
berikan engkau penutup Surat Al-Baqarah harta yang bernilai di bawah Arasy
ianya tiada AKU beri kepada para Nabi sebelummu dan AKU berikan engkau dengan 8
saham berharga iaitu Islam, Hijrah, sedekah, menyuruh yang makruf dan menegah
yang mungkar, dijadikan engkau pembuka dan penutup, diberikan engkau
panji-panji kepujian maka Adam dan lainnya berada di bawah panji-panji
engkau. Dan sesungguhnya pada hari AKU menjadikan 7 petala langit dan
bumi, AKU telah fardukan ke atasmu dan umatmu 50 waktu solat maka dirikanlah ia”.
Selesai
bermunajat kepada ALLAH, Rasulullah s.a.w pun kembali mendapatkan
Jibrail. Lalu Jibrail pun memimpin tangan Rasulullah s.a.w untuk
turun. Kemudian mereka berdua bertemu Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ibrahim
tidak berkata apa-apa.
BERDIALOG
DENGAN NABI MUSA
Apabila
sampai kepada Nabi Musa, bertanyalah beliau kepada Rasulullah s.a.w, “Apakah
yang diperlakukan terhadapmu wahai Muhammad dan apa yang difardukan ke atas
kamu dan umatmu?”.
Jawab
Rasulullah s.a.w, “Sesungguhnya ALLAH telah memfardukan ke atasku serta umatku
dengan 50 waktu solat sehari semalam”.
Berkata
Nabi Musa, “Kembalilah engkau wahai Muhammad kepada TUHAN-mu dan pohonkan
keringanan untuk kamu dan umatmu, bahawasanya umat kamu tidak mampu untuk
menunaikannya. Sesungguhnya Bani Israel yang gagah tidak mampu melakukan
amalan yang lebih sedikit dari itu, sedangkan umatmu lemah tubuh badan, lemah
hatinya, mana mungkin mereka mampu melaksanakan tugas seberat itu”.
Setelah
mendengar kata-kata Nabi Musa itu, Rasulullah s.a.w pun memandang
Jibrail. Jibrail mengisyaratkan supaya Rasulullah s.a.w pergi kembali ke
Sidratul Muntaha untuk menemui ALLAH untuk diringankan apa yang telah
difardukan.
Awan yang
telah tertutup dahulu kembali terbuka. Tatkala Rasulullah s.a.w sampai ke
hadrat Al-Quds, baginda sujud kepada ALLAH dengan katanya, “Wahai TUHAN-ku,
ringankan terhadap umatku apa yang diperintahkan-MU. Sesungguhnya umatku
adalah terlalu daif”.
Firman
ALLAH, “Sesungguhnya telah KU-kurangkan untuk umatmu itu 5 waktu solat”.
BERULANG-ALIK
ANTARA NABI MUSA DENGAN ALLAH
Rasulullah
s.a.w pun turun dan terbukalah awan. Beliau kembali menemui Nabu Musa dan
mengkhabarkan dengan katanya, “Sesungguhnya ALLAH telah mengurangkan untukku 5
waktu solat”.
Berkata
Nabi Musa lagi, “Wahai Muhammad, kembalilah engkau kepada TUHAN-mu dan mohonlah
keringanan lagi. Bahawasanya umatmu tidak berkuasa untuk menunaikannya”.
Kembalilah
Rasulullah s.a.w kepada ALLAH. Lalu dikurangkan lagi 5 waktu solat, dan
begitulah Rasulullah s.a.w berulang-alik antara Nabi Musa dan ALLAH. Setiap
kali baginda bermunajat dengan ALLAH, ALLAH kurangkan 5 waktu solat sehinggalah
tinggal 5 kali sahaja sehari semalam.
Firman
ALLAH, “Telah AKU jadikan solat 5 waktu itu pahalanya sama dengan 50 solat itu,
tiap-tiap satu solat dinilai dengan 10 dan tiada lagi pertukaran arahan-KU dan
tiada juga berubah suratan-KU. Sesiapa yang bercita-cita untuk membuat
kebajikan kemudian dia melaksanakannya akan dituliskan 10 kebajikan. Dan
sesiapa bercita-cita untuk melakukan kejahatan tetapi tiada mengerjakannya maka
tiada dituliskan kejahatannya dan jika dia melakukannya maka dituliskan
untuknya satu kejahatan sahaja”.
ALLAH
MEMFARDUKAN 5 WAKTU SOLAT
Setelah
itu turunlah Rasulullah s.a.w dan mengkhabarkan tentang pengurangan 5 waktu
solat kepada Nabi Musa. Berkatalah Nabi Musa, “Kembalilah kamu kepada
TUHAN-mu wahai Muhammad, mohonlah keringanan sekali lagi dan sesungguhnya
umatmu tiada kuasa untuk melaksanakannya”.
Jawab
Rasulullah s.a.w, “Sesungguhnya aku telah berulang-alik kepada TUHAN-ku
beberapa kali hingga aku terasa malu terhadap TUHAN-ku dan tetap aku
laksanakanperintah-NYA ini”.
Tatkala
itu terdengarlah seruan, “Telah AKU laksanakan yang KU-fardukan dan AKU
ringankan untuk hamba-KU”.
TURUN
SEMULA KE BUMI
Berkata
Nabi Musa a.s, “Turunlah engkau wahai Muhammad dengan nama ALLAH”.
Rasulullah
s.a.w pun turun bersama Jibrail lalu melintasi beberapa jemaah Malaikat dan
mereka tiada berkata apa-apa melainkan satu pesanan, “Biasakan olehmu wahai
Muhammad dengan berbekam dan suruhlah umatmu berbekam”.
Apabila
melalui Langit Dunia berkata Rasulullah s.a.w kepada Jibrail, “Telah aku lalui
isi langit dan tatkala aku memberi salam, semua mereka menjawab salam,
memuliakan dan tertawa gembira melainkan seorang tiada aku lihat ia ketawa”.
Kata
Jibrail, “Wahai Muhammad, itulah Malik yang menunggu Neraka, dia sejak
dijadikan ALLAH tidak tertawa. Jikalau engkau tertawa terhadap seseorang
nescaya dia akan tertawa terhadap engkau”.
Apabila
sampai di Langit Dunia, tiba-tiba Rasulullah s.a.w terlihat debu dan asap serta
terdengar suara mersik. Bertanyalah baginda kepada Jibrail apakah
gerangannya. Menurut Jibrail, itulah syaitan yang menutup mata manusia
(anak adam) sehingga mereka itu tidak mampu berfikir apa yang ada dalam alam
malakut langit dan bumi. Dan jika tidak dilakukan begitu nescaya manusia
dapat melihat keajaiban-keajaibannya.
MENINGGALKAN
BAITUL-MAQDIS
Sesampainya
mereka berdua ke Baitul-Maqdis, Rasulullah s.a.w pun menunggang Buraq yang
tertambat itu menuju ke arah Makkah. Dalam perjalanan itu, baginda
melintasi beberapa ekor unta kepunyaan orang Quraisy yang datang dari
Syam. Di antara unta-unta itu terdapat seekor mempunyai 2 karung di atas
badannya, karung-karung itu berwarna putih dan hitam. Apabila Rasulullah
s.a.w kebetulan menuju ke arahnya, terkejutlah unta-unta tersebut dan lari
berkeliling-keliling hingga salah seekor daripadanya patah kaki jatuh lalu
ditinggalkan di situ oleh pemiliknya.
Dalam
perjalanan itu juga Rasulullah s.a.w terlihat sekumpulan unta dan salah seekor
daripadanya tersesat. Rasulullah s.a.w menontonnya hingga terhimpun
kembali dalam kumpulannya. Rasulullah s.a.w pun memberi salam kepada
mereka dan mereka mengenali suara baginda tapi ada juga yang tak percaya.
Kemudian baginda mengambil semangkuk yang berisi air, maka baginda minum air
itu.
SAMPAI KE
MAKKAH
Apabila
sampai ke Makkah berkata Rasulullah s.a.w, “Sesungguhnya kaumku tiada
mempercayaiku tentang peristiwa ini apabila aku ceritakan kepada mereka nanti”.
Jawab
Jibrail, “Sesungguhnya sahabatmu Abu Bakar akan membenarkan”.
Rasulullah
s.a.w sampai di Makkah sebelum waktu Subuh. Setelah baginda turun maka
terangkatlah Buraq ke langit dan terus ke Syurga. Dan setelah waktu
Subuh, baginda pun keluar dari rumah sambil berfikir sendiri terhadap apa yang
dialaminya dan berasa bimbang tentang penerimaan kaumnya kerana peristiwa itu
amat luar biasa dan menyalahi adat pada fikiran manusia.
Dalam
waktu itu, datanglah Abu Jahal, lantas bertanya, “Apakah kamu ada apa-apa
berita?”.
“Ya”,
jawab Rasulullah s.a.w.
“Apakah
ia?” tanya Abu Jahal lagi.
“Aku telah
diperjalankan pada malam tadi ke Baitul-Maqdis”.
“Apa? Kamu
diperjalankan ke Baitul-Maqdis dalam tempoh satu malam? Apakah engkau
mahu aku khabarkan berita ini kepada kaummu?”
“Bahkan
aku akan khabarkan apa yang aku khabarkan kepadamu ini” jawab Rasulullah s.a.w.
Abu Jahal
pun menyeru dengan suara yang lantang, “Wahai Bani Kaab dan Bani Lua,
berhimpunlah kamu semua kepadaku”.
Apabila
telah berkumpul semua orang, berkatalah Abu Jahal kepada Rasulullah s.a.w,
“Khabarkanlah kepada kaummu seperti yang engkau khabarkan kepadaku, wahai
Muhammad”.
Berkatalah
Rasulullah s.a.w, “Bahawasanya aku telah diperjalankan pada malam tadi”.
“Ke mana?”
tanya kaumnya.
“Ke
Baitul-Maqdis” jawab Rasulullah s.a.w.
“Apa! Kamu
diperjalankan dalam masa yang singkat itu?”
“Ya” jawab
Rasulullah s.a.w.
Gemparlah
mereka dan saling bertanya-tanya sesama sendiri. Ada setengah-setengahnya
menepuk dahi.
ABU BAKAR
MEMBENARKAN RASULULLAH S.A.W
Dalam
suasana riuh rendah kerana orang ramai mempertikaikan pengakuan Rasulullah
s.a.w itu, beberapa orang daripada kaum musyrikin Quraisy pergi berjumpa Abu
Bakar.
“Wahai Abu
Bakar, bahawa sahabatnu Muhammad telah mengatakan dia telah datang dari
Baitul-Maqdis dalam satu malam”.
“Adakah
dia berkata demikian?” tanya Abu Bakar.
“Ya benar”
sahut mereka.
Pantas Abu
Bakar mengatakan dia mempercayai tanpa ragu-ragu. Dia segera pergi untuk
menemui Rasulullah s.a.w.
Sementara
itu, di tempat orang ramai tadi, ada seorang yang bernama Mata’am Ibn Ad’y yang
mendustakan pengkhabaran Rasulullah s.a.w dengan katanya, “Wahai Muhammad,
setiap pekerjaan kamu dahulu mudah difahami, lain pula sekarang (tidak masuk
akal). Sesungguhnya aku bersaksi bahawa perkataan engkau adalah dusta
kerana berlari unta untuk pergi ke Baitul-Maqdis mengambil masa sebulan lamanya.
Tetapi engkau mendakwa pergi ke Baitul-Maqdis dalam masa satu malam sahaja”.
Mendengar
kata-kata itu Abu Bakar dengan marah berkata, “Hei Mata’am, mengapa engkau
memperkatakan sejahat-jahat perkataan terhadap anak saudara engkau dengan
perkataan dusta. Demi ALLAH, aku bersaksi dialah yang sebenarnya”.
Peristiwa
itulah Abu Bakar digelar as-Siddiq yang bermaksud orang yang membenarkan,
sedangkan namanya yang sebenarnya ialah Abdullah bin Abi Qahafah dan gelarannya
Atiq.
Mereka
yang pernah ke Baitul-Maqdis cuba menguji Rasulullah s.a.w berkata “Wahai
Rasulullah s.a.w, ceritakanlah kepada kami tentang rupa Baitul-Maqdis, apakah
binaannya daripada batu-batan atau lainnya, berapa pula panjang serta tingginya
dan berapa pula hampirnya dengan bukit”.
Rasulullah
s.a.w cuba hendak menceritakan keadaan Baitul-Maqdis. Tetapi Rasulullah
s.a.w tidak ingat secara jelas. Kerana itu, Rasulullah s.a.w didatangi
Jibrail a.s lalu Jibrail a.s pun mendatangkan gambaran Baitul-Maqdis di hadapan
mata baginda. Sesungguhnya Jibrail telah menyingkap hijab seolah-olah
Baitul-Maqdis di hadapan Rasulullah s.a.w.
Berdasarkan
itu Rasulullah menceritakan apa yang ditanya itu dengan tepat. Namun
mereka masih ingkar. Kemudian Rasulullah s.a.w diminta menceritakan
berapa ekor unta yang mambawa dagangan dari Syam dan dari manakah khalifah
mereka. Lalu Rasulullah s.a.w pun menyatakan yang dia bertemu dengan
seekor unta yang sesat. Kehilangan seekor unta itu akhirnya dijumpai
semula. Kemudian Rasulullah s.a.w menyatakan lagi kepada mereka memiliki
berwarna merah badannya dan kakinya patah. Setelah mendengar dengan penuh
minat mereka membenarkan berita tersebut.
Rasulullah
s.a.w seterusnya menceritakan lagi bahawa di antara mereka ada satu qadah
(bekas) yang berisi air tetapi airnya telah diminumnya. Mendengar cerita
itu, salah seorang dari mereka mencelah dengan katanya, “Demi ALLAH
sesungguhnya bekas itu memang berisi air, ianya tidak tumpah tetapi tiba-tiba
sahaja tiada lagi didapati air di dalamnya”.
Setelah
Rasulullah s.a.w menjelaskan semuanya maka tiadalah ruang untuk mereka
mendustakan baginda. Tapi mereka masih berdegil, malah mereka menuduh
pula Rasulullah s.a.w melakukan sihir. Walaupun di antara mereka ada yang
mempercayai kata-kat Rasulullah s.a.w, tetapi tidak kurang pula yang murtad
dari Islam kerana sikap munafik mereka. Dan ada juga sesetengah dari
mereka bersikap tunggu dan lihat dan sesetengahnya bersikap taraddud (berbolak
balik) di dalam hati. Dengan ini turunlah firman ALLAH :
“Dan tiada
KAMI jadikan apa yang engkau lihat, yang KAMI memperlihatkan kepada kamu wahai
Muhammad melainkan ianya fitnah bagi segala manusia”
Kata Ibn
Abbas a.s, adalah nyata daripada ayat ini bahawasanya Israk dan Mikraj itu
berlaku terhadap Rasulullah s.a.w secara jasad dan roh.
No comments:
Post a Comment