Sunday 16 June 2013

AMAL PALING KURANG 100X SEHARI

1) ISTIGFAR  100X



 




14 Istigfar

Istighfar 14 (Empat Belas)
Tempat. Di dalam ajaran tharikat kita akan mengenal istilah Istighfar 14 (empat belas)
Tempat iaitu istighfar yang dikhususkan pada empat belas tempat lahir dan batin pada diri manusia yang terdiri dari 7 (tujuh) tempat lahir yaitu : Mata, telinga, hidung, mulut, tangan, kaki, syahwat dan perut dan 7 (tujuh) tempat batin yaitu :
 14 Istighfar

Istighfar 14 (Empat Belas)
Tempat. Di dalam ajaran tharikat kita akan mengenal istilah Istighfar 14 (empat belas)
Tempat iaitu istighfar yang dikhususkan pada empat belas tempat lahir dan batin pada diri manusia yang terdiri dari 7 (tujuh) tempat lahir iaitu : Mata, telinga, hidung, mulut, tangan, kaki, syahwat dan perut dan 7 (tujuh) tempat batin iaitu :

Penjelasan Ilustrasi
1) Latifatul Qalby letaknya berada dua jari di bawah susu kiri, di sinilah letak sifat-sifat kemusyrikan, kekafiran, ketahyulan, dan sifat-sifat iblis. Jika latifah ini selalu disucikan dengan memperbanyak istighfar maka akan terisi Iman, Islam, Ihsan, dan Ma’rifat.
2) Latifatur-Roh letaknya berada dua jari di bawah susu kanan, disinilah letak sifat binatang jinak (bahimiyah) iaitu sifat-sifat menuruti hawa nafsu. Jika latifah ini selalu disucikan dengan memperbanyak istighfar maka akan membuang sifat-sifat tersebut di atas sehingga hidupnya tidak menuruti kehendak hawa nafsu yang selalu mengajak kepada kejahatan namun selalu berada di dalam ketaatan kepada Allah SWT.
3) Latifatus-Sirri letaknya berada dua jari di atas susu kiri, disinilah letak sifat binatang buas (syabiyah) iaitu sifat dhalim, pemarah, pendendam. Jika latifah ini selalu disucikan
dengan memperbanyak istighfar maka akan terisi sifat kasih sayang dan ramah tamah.

4) Latifatul-Khafi letaknya berada dua jari di atas susu kanan, disinilah letak sifat-sifat pendengki, khianat (sifat syaithaniah). Jika latifah ini selalu disucikan dengan memperbanyakkan istighfar maka akan terisi sifat syukur dan sabar.

5) Latifatul-Akhfa letaknya berada di tengah-tengah dada, disinilah letak sifat-sifat rabbaniyah, iaitu sifat-sifat riya’, sombong, membanggakan diri, memamerkan kebaikan diri (takabur, ujub, sum-a). Jika latifah ini selalu disucikan dengan memperbanyak
istighfar maka akan terisi sifat-sifat ikhlas, khusyu’, dan tawadhu’.

6) Latifatun-Nafsu Natiqo letaknya berada antara dua kening, disinilah letak “nafsu amarah” iaitu nafsu yang selalu mendorong kepada kejahatan. Jika latifah ini selalu disucikan dengan memperbanyak istighfar maka akan terisi sifat tenteram dan fikiran
tenang.

7) Latifatul-Kullu Jasad yang mengendarai seluruh tubuh jasmani, disinilah letaknya sifat jahil (bodoh) dan ghaflah (malas beribadah). Jika latifah ini selalu disucikan dengan
memperbanyak istighfar maka akan terisi ilmu dan amal. Adapun cara beristighfar
untuk ke-14 (empat belas) tempat sebagaimana tersebut diatas iaitu dengan cara membaca “Astaghfirullah al’adhiim min kulli dzan bin wa-atuubu ilaih” kepada masing-masing tempat baik lahir maupun bathin sambil menghayati keluarnya kotoran-kotoran dosa yang berada pada tempat tersebut. Kalau di dalam bimbingan dzikir yang dilaksanakan di Majlis Ta’lim dan Zikir Nur Al-Mu’min setelah membaca 14 istighfar
tersebut di atas selanjutnya ditutup dengan membaca “Sayyidul Istighfar” atau
Penghulu Istighfar sebagai berikut :
“Allahumma anta Rabbi Laa ilaaha illa anta khalaqtanii wa ana abduka wa ana ‘aala ahdika wa wa’dika – Mastatho’tu A-‘uudzubika minsyarrimaa shona’tu abuu-ulaka
bini’ma tika ‘alayya wa abuu-‘u bidzambii faghfirlii fainnahu Laa yaghfirudz-dzun uu-ba illa anta”)
Artinya : “Yaa Allah, Engkaulah Tuhanku, tiada Tuhan yang berhak kusembah kecuali hanya Engkau sendiri. Telah Engkau jadikan aku dan aku ini adalah hamba-Mu,
dan berusaha sekuat tenaga untuk setia memegangang janji (‘ahad)-Mu.Aku berlindung
kepada-Mu daripada kejahatan yang terlanjur yang telah aku lakukan. Aku menyedari akan segala nikmat yang telah Engkau berikan kepadaku dan aku tahu pula akan dosaku, maka ampunilah kiranya aku, karana sesungguhnya tiadalah yang mengampuni dosaku itu hanya Engkau.. Semoga bermanfaat.


 2) SELAWAT 100X






BANYAK SEBUT LAHILAHA HILALLAH 100X


No comments:

Post a Comment