Thursday 27 June 2013

wuduk yang sempurna

assalamualaikum...

Tahukah teman-teman, salah satu syarat sah sembahyang ialah mengambil wudhuk. berikut adalah cara-cara mengambil wuduk yang sempurna dengan wudhuk yang sempurna insyaallah kita akan mendapat kekhusyukan dalam sembahyang.

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku
   ini".
2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah mukaku di
    akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, berikanlah hisab
    hisab ku di tangan kanan ku ini".
4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, janganlah Kau berikan
    hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".
5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik
    matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".
6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku
   ini".
7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku
    melintasi titian Siratul Mustaqqim".
8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke
    masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat".

Penjelasannya:
1. Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah
2. Ahli syurga mukanya putih berseri-seri
3. Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan
4. Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri
5. Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala
6. Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dan lain-lain
7. Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali
8. Qada' dan Qadar kita di tangan Allah

Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmah nya yang tersendiri. Pernahkah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa? Pernahkah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam ?. Pernahkah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam?
Bersyukurlah dan bertaubatlah selalu. Hantar e-mail ni rakan-rakan yang lain. Insya Allah dapat pahala berdakwah.

Wasallam..

"orang yang bakal memilih 7 perkara daripada 7 lawanya iaitu
memilih fakir daripada kaya,
memilih hina daripada  mulia,
memilih rendah diri daripada takbur,
memilih lapar daripada kenyang,
memilih sedih daripada  gembira,
memilih bawah daripada atas dan
memilih mati daripada hidup!"




Wasallam..

No comments:

Post a Comment