KISAH 3 SOALAN
Pada suatu masa ada seorang yang
memusuhi Allah. Ia suka menanyakan tiga soalan dan tiada siapa yang boleh
menjawabnya. Bahkan
ulama-ulama diBaghdad pun tidak dapat menjawabnya. Ini menyebabkan
ia semakin menjadi-jadi memperleceh Islam.
Pada suatu hari seorang anak lelaki berumur lebih kurang 10 tahun datang dan mendengar
cabaran yang dibuat
oleh lelaki tersebut. Lelaki ini mencabar siapa sahaja untuk
menjawab soalannya. Anak lelaki itu diam dan memerhatikan sahaja.
Kemudian ia nekat untuk menyahut seruan lelaki itu.
Ia kemudiannnya berjalan ke arah lelaki
itu dan berkata, "Aku sahut cabaranmu" Lelaki itu ketawa dan tambah memperleceh lagi orang-orang
Islam sambil berkata,
"Anak berumur 10 tahun menyahut seruanku? Ini sajakah yang mampu kamu adakan?"
Anak lelaki itu dengan tenang
mengulangi sekali lagi hasratnya. Ia akan menyahut cabaran lelaki ini dan dengan pertolongan dan
petunjuk Allah ia akan
menundukkan lelaki ini. Lelaki itu akhirnya bersetuju.
Maka ramailah orang berkumpul di
sekeliling bukit kecil di mana selalunya rapat-rapat umum diadakan.
Maka lelaki yang bongkak itu pun naik ke atas bukit dan dengan suara yang kuat ia
menanyakan soalan
pertama, "Apa yang sedang dilakukan oleh Tuhanmu sekarang?"
Anak lelaki itu berfikir sejenak dan
tak lama kemudian ia meminta lelaki itu turun dari atas bukit supaya ia boleh naik dan
menjawab soalan itu. Lelaki itu dengan nada yang agak marah berkata,"Apa?
Kau mahu aku turun?" "Ya!" jawab anak lelaki itu. "Kau hendak aku
jawab,bukan?"
Akhirnya lelaki itu turun dan itu
dengan kakinya yang kecil naiklah ke atas bukit. Lalu ia berkata, "Ya
Allah yang Maha Gagah. Engkaulah menjadi saksi di hadapan orang ramai ini. Kau baru
sahaja mentakdirkan
orang kafir ini turun ke aras yang rendah dan orang yang beriman ke atas yang tinggi". Mendengar jawaban anak ini orang
ramaipun bersorak sambil bertakbir, "Allah-hu-akbar!!!"
Lelaki itu pun rasa terpukul tetapi
masih tidak jera lalu menanyakan soalan kedua. Soalnya, "Apa yang wujud
sebelum Tuhan?" Anak lelaku itupun bertafakkur. Lalu ia meminta lelaki itu
mengira dari 10 ke
belakang. Lelaki
itu pun mengira, "10, 9 ,8 , 7 , 6, 5, 4, 3,2, 1,0"
Lalu anak lelaki itupun bertanya, " Apa yang wujud sebelum 0 ?" Jawab lelaki itu, "Tak tahu ....... tiada" Anak lelaki itupun berkata, "Tepat sekali. Tiada sebelum Allah, Dia kekal abadi".
Orang ramai bersorak lagi sambil bertakbir,"Allah-hu-akbar!!!!"
Lalu anak lelaki itupun bertanya, " Apa yang wujud sebelum 0 ?" Jawab lelaki itu, "Tak tahu ....... tiada" Anak lelaki itupun berkata, "Tepat sekali. Tiada sebelum Allah, Dia kekal abadi".
Orang ramai bersorak lagi sambil bertakbir,"Allah-hu-akbar!!!!"
Lelaki itu mula putus asa tetapi
meneruskan dengan soalan ketiga, " Ke arah mana Allah menghadap? "
Seperti tadi anak lelak itu pun
berfikir sejenak.Lalu ia meminta sebatang lilin. Sebatang lilin dibawakan kepadanya lalu ia
memberikannya kepada lelaki tadi. Ia
meminta lelaki itu menyalakan lilin berkenaan. Lelaki itu menyalakan lilin itu sambil berkata, "Apa
yang kau ingin buktikan?"
Anak lelaki itupun bertanya, "Ke
arah manakah cahaya lilin itu memancar?" Lelaki itu menjawab, "Tentulan ke
semua arah". Anak
lelaki itupun berkata, "Kau telah menjawab soalanmu sendiri. Cahaya
Allah memancar ke semua arah. Dia ada
di mana-mana. Tiada
tempat pun Dia tiada. Orang ramaipun bersorak lagi sambil
bertakbir,""Allah-hu-akbar!!!"
Lelaki
itu kagum dan hatinya tersentuh dengan kepandaian anak itu lalu ia menjadi penganut Islam dan belakar dengan anak itu.
Tahukah anda siapa anak lelaki itu? Ia
adalah salah seorang imam mazhab besar dalam ahli sunnah wal jamaah. Imam Abu Hanifah.
No comments:
Post a Comment