Sunday, 3 November 2013

AIR TANGAN TUKANG MASAK


BERHATI HATI DENGAN AIR TANGAN TUKANG MASAK YANG MENYEDIAKAN MAKANAN ANDA

 

  Gambar-gambar ini hanya menunjukkan dia sedang membantu anak perempuannya iaitu Malia, bagi projek perkhidmatan di Central Kitchen, Washington DC.Obama dan keluarganya menawarkan perkhidmatan mereka di dapur untuk memperingati ulang tahun 9/11 yang kesepuluh.

Setitik sahaja air dari tangan orang yang tidak bersolat masuk ke dalam makanan yang anda makan (yang dimasaknya) akan menyebabkan gelapnya hati anda.

  Hati manusia ini bagaikan seperti CERMIN kerana ianya mudah tercalar walaupun masuk makanan yang HALAL tetapi disediakan oleh orang yang TIDAK SUCI diri mereka samaada yang sedang menanggung hadas besar atau tidak bersolat. Maka kesannya akan MEROSAKKAN dan MENGGELAPKAN hati anda.


APAKAH KESAN PADA DIRI APABILA HATI SUDAH MENJADI GELAP

 

 

* Malas mendirikan solat dan melakukan ibadah

* Tertutup hati untuk mendekatkan diri dengan rumah Allah (Masjid) dan majlis ilmu

* Lebih cenderung kearah maksiat

* Terlalu taksub dan penting hal dunia,harta dan pangkat sehingga lupa tentang Akhirat

* Mempunyai sifat SOMBONG, ANGKUH, BONGKAK, TAKBUR, dan TAMAK HALOBA

  "Sesungguhnya Syaitan Laknatullah gembira tepuk tangan kerana telah berjaya memperdayakan manusia dengan lakonan dunia yang sementara ini."

 

No comments:

Post a Comment