kuala kangsar bandar di raja laksa & cendol
Kuala Kangsar adalah merupakan Bandar DiRaja dan bersejarah bagi negeri Perak Darul Ridzuan. Kuala Kangsar juga merupakan kawasan pelancongan yang mempunyai pelbagai produk-produk tempatan dan IKS (Industri Kecil dan Sederhana)yang menarik. Terletak kira-kira 48 kilometer ke utara dari Ipoh. Kuala Kangsar dapat dihubungi melalui Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) melalui EXIT 143 Persimpangan Kuala Kangsar, jalan persekutuan dan melalui kemudahan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).
Kuala kangsar juga amat sesuai di diami kerana peluang jana pendapatan yang mudah di sini, terdapat banyak kilang & perusahaan juga perniagaan di sni, juga dengan lokasinya yang tidak berapa jauh dari bandaraya ipoh juga dengan Bandar taiping juga manjung. Ia juga adalah Bandar yang menyatukan pantai timur & barat, utara & selatan kerana lokasinya yg terletak betul betul di tengah tengah simpang 4 utara selatan timur barat. Ia merupakan laluan utama ke pintu masuk ke negri Kelantan sebelum melalui gerik & jeli.
Banyak perkara menarik yang boleh anda rasai di kuala kangsar. Kuala kangsar sekarang sdang pesat membangun dengan taman-taman perumahan baru yang sedang pesat dibina tak kurang juga dengan premis dan pusat beli belah jimat & murah yang wujud mcm cendawan tumbuh. Antara psaraya –pasaraya murah jimat yg terkenal bermula dr kuala kangsar & sekarang sdh mempunyai cawangan di beberapa negeri d luar perak ialah pasaraya sakan ( ingat murah… ingat sakan), perniagaan wah seah maju, pasarayaku, Ini menjadikan kuala kangsar sebagai bandar yg mempunyai daya penarik untuk masyarakat setempat dan dari luar untuk membeli belah & shopping sakan sebab semua barangnya murah murah seperti d pasaraya maiden
Kuala kangsar juga adalah syurga makanan bagi sesiapa saja yg gila jln jln cari makan. Di sini ada ikan bakar d tepi sungai perak, gulai tempoyak asli juga asam pedas kualer yang menyelerakan. Kuala kangsar juga tak jauh dari tasik raban sauk iaitu tempat penternakan ikan sungai dalam sangkar seperti ikan talipia merah, patin, keli, jelawat & lain lain lagi. dI Tasik Raban ini terdapat byk kedai makan yg menyediakan sajian ikan bakar fresh terbaik dari sungai!!
Di Bandar kuala kangsar juga banyak terdapat restoren sea food & masakan thai yang sedap sedap & terkenal di sini seperti A&Z, Jimboi, Restoren Benteng, F&N, Che AM Corner , restoren kak bitah & tak lupa juga kedai makan kak bedah di labu kubong yg menyediakan masakan paling murah di dunia !!
Paling menarik di Kuala Kangsar adalah Laksa & Cendol. Laksa Kuala Kangsar adalah antara yang paling terkenal & terenak di Malaysia. Antara laksa yang terkenal di kuala kangsar dengan keenakkannya ialah laksa Pak Ngah, laksa Pak Su, Laksa Lubok, laksa karim, laksa Din & lain –lain tokeh laksa lagi yg tak sempat saya tulis di sini.
Rata –rata penduduk di kuala kangsar semuanya menggilai laksa kualer.. Ini di akui dgn wujudnya berates ratus gerai & premis serta kenderaan bergerak yang menjual laksa. Anda pasti akan berjumpa dengan penjual laksa di setiap 1 kilometer perjalanan anda di pekan kuala kangsar !! Di setiap tempat anda pasti akan melihat orang makan laksa dan cendol dan kebanyakkan kedai laksa di kuala kangsar pasti penuh dgn orang !!
Memang sedap makan laksa, memang tak akan pernah jemu makan laksa, hari hari boleh makan laksa, sebab laksa dah jadi makanan ruji no 2 selepas nasik di kuala kangsar. Kalau nak tau kuala kangsar adalah Bandar laksa paling pesat & meriah sekali di dunia !! di mana mana pun anda akan lihat orang makan & berniaga laksa !! Ingat kualer.. ingat laksa… ingat cendol !!
Kuala Kangsar Mempunyai sumber dari bumi yang banyak seperti hasil dari hutan, ladang, pertanian & perternakan menjadikan kuala kangsar ini kaya dengan bahan mentah bagi kegunaan perniagaan lain. Dengan bentuk muka bumi nya yg dikelilingi gunung, hutan & bukit bukau menjadikan bumi kuala kangar subur, sejuk & selesa untuk di duduki.
Kuala Kangsar sangat terkenal di Malaysia sebgai antara pusat pengeluaran buah durian kampong terpesat d Malaysia. Banyak buah durian kampong boleh di dapati di manong, padang rengas & kampong laneh. ada juga buah durian yang di ambil dari kawasan berdekatan seperti dari changkat jering & bukit gantang. Buah buah durian kuala kangsar ini rasanya sangat manis & enak dan buah buah ini sering d tebuk tupai & serangga kecil kerana ianya dari durian kampong yang asli bebas dari sebarang baja dan bahan kimia (original organic fruit) berbeza dgn durian kacukan yang lain di mana serangga pun tak berani makan !!
Selain dari durian di sini juga kaya dengan rambutan, manggis, langsat, dan berbagai buah buahan tempatan lagi di samping hasil bumi yg lain seperti petai , jering & rotan.
Penduduk kuala kangsar juga tidak jauh dari laut & pantai kerana dekat dengan lumut (teluk batik, pulau pangkor) juga kuala sepetang di taiping. Pusat rekreasi taman tema seperti sunway wet world juga bukit merah lake town resort juga tak jauh dari kuala kangsar. Terdapat juga tempat-tempat rekreasi yang lain seperti sungai-sungai, lata & batu hampar (taman rekreasi ulu kenas, ulu kongsor, batu hampar kg paya lintah), juga kolam air panas di ara panjang juga di changkat jering / trong
Bagi yang suka tempat bersejarah, anda juga boleh melawat berapa tempat yg menarik d kuala kangsar seperti muzium di raja (tempat tersimpannya keris taming sari milik hang tuah), masjid iskandariah, istana sultan perak, terdapat juga galeri bersejarah di bukit chandan yang anda boleh lawati juga jam besar antik di tgh tgh bulatan antara pejabat pos dgn pasar besar kuala kangsar. Terdapat juga jambatan termahal serta paling canggih di perak yg menyambungkan antara kampung sayong dgn Bandar kuala kangsar. Jambatan itu sangat cantik, banyak lampu di dan menjadi tempat bercanda dan bermadu kasih pasangan pasangan muda pada waktu malam.
Jika tidak melalui jambatan anda boleh menaiki bot tumpang ke kampong sayong. Memang seronok jika anda mahukan kedamaian jika berkunjung ke kuala kangsar. Terdapat perusahaan membuat labu air d kampong sayong dan ia lebih dikenali sebagai labu sayong. Labu sayong sangat terkenal di Malaysia juga di seantero dunia. Anda boleh membeli bermacam macam jenis labu sayong baik utk perhiasan atau pun untuk di buat bekas air minuman (bekas air masak).Air masak atau air tapisan atau air r.o kalau di rendam dalam bekas air labu sayong kan menjadi lebih berkhasiat ,lebih manis dan boleh membuang penyakit serta menyihatkan badan !
Jika anda berkunjung ke kuala kangsar jangan risau akan tempat bermalam. Terdapat banyak hotel, rumah rehat, & home stay di SINI.Ada yang murah,ada juga yang mahal & ada juga yg sdh lama menjadi tempat bersejarah seperti hotel & kedai roti double lion, rest house kuala kangsar juga safari resort sungai perak.
Di kuala kangsar juga byk bank, klinik, hospital, juga sekolah. Antara klinik swasta yang popular & sdh wujud sejak sekian lama ialah klinik daim (sesuai utk kanak kanak), klinik shamsudin (sesuai utk golongan lanjut usia), juga klink dr kook (pakar sakit kulit), kalau anak bersunat anak atau sakit puan anda boleh pergi ke poliklinik 24 jam dr sabariah.
SEkolah sekolah di kuala kangsar juga antara yg terkenal di Malaysia seperti Royal Malay College (Kolej Melayu Kuala Kangsar), sek men Clifford, juga universiti Islam antarabangsa di Chandan Puteri.
Jadi dengan info info yang berguna seperti dia atas anda sewajarnya datang lah melawat kuala kangsar Bandar di raja perak ini Tidak rugi anda datang ke kuala kangsar, macam macam ader… Boleh shopping murah murah & melawat tempat tempat bersejarah juga makan makan sampai perut kenyang….
Bagi yang nak berhijrah ke kuala kangsar sg sgt di alukan kerana di sini adalah tempat paling strategi utk melayari hidup. Tanpa trafik jam, sewa rumah murah, harga rumah pun ok tak melambung sangat, belanja harian pun murah dan senang beli, byk kedai, pasar mini & supermarket, makan senang, berjalan pun sennag.. nak ke utara senang nak ke selatan pun senang nak ke pantai timur pun senang.. kalau nak ke kl jem kat highway boleh shot cut ikut jln lama antara ikut sungai siput atau ikut parit..
No comments:
Post a Comment