KISAH NABI YAHYA A.S DAN IBLIS LAKNATULLAH.
KISAH NABI YAHYA A.S DAN IBLIS LAKNATULLAH.
Telah diriwayatkan bahawa Yahya a.s. telah
melihat iblis membawa pengait dari segala macam bahan. Maka Yahya a.s. pun
bertanya: "Wahai iblis, pengait apakah yang kamu bawa itu?".
Mendengar pertanyaan dari Yahya a.s. maka iblis pun berkata: "Semua yang
aku bawa ini adalah untuk kesenangan nafsu, aku akan mendapatkan anak Adam
dengannya".
Lalu
Yahya a.s. bertanya: "Adakah bahagian aku didalamnya?". Berkata
iblis: "Ya ada, kadang-kadang kamu kenyang, lalu aku membuat kamu merasa
berat untuk bersolat dan berzikir". Bertanya Yahya a.s. lagi: "Ada
apa-apakah selain dari itu bagiku?". Berkata iblis: "Tidak".
Yahya a.s. berkata: "Bagi Allah wajib atasku, aku tidak akan memenuhi
perutku dengan makanan-makanan untuk selama-lamanya". Mendengar kata-kata
dari Yahya a.s., maka iblis pun berkata: "Dan bagi Allah atasku, aku tidak
akan menasihati lagi walaupun seorang muslim untuk selama-lamanya".
Nabi
s.a.w. bersabda,"Seutama utama perjuangan seseorang terhadap dirinya
sendiri dan hawa nafsunya".
No comments:
Post a Comment