Thursday 13 March 2014

Al Quran

Al Quran



Al Quran adalah kitab suci yang diwahyukan Allah swt menerusi malaikat Jibril as kepada junjungan besar Nabi Muhammad saw untuk panduan kesihatan hidup manusia.
Al Quran kitab diwahyu tuhan
menerusi Jibril alaihissalam
kepada Muhammad nabi pilihan
sebagai panduan kehidupan

Maksud al Quran itu bacaan
yang mengandungi peringatan
mengandungi segala perintah tuhan
berserta pula dengan larangan

Al Quran itu mengandungi hikmah
diwahyu kepada Rasulullah
dari tuhan yang Maha Gagah
kepada manusia bersifat lemah

Al Quran adalah semulia kitab
diterima nabi sebagai mukjizat
yang mengandungi hukum syariat
kekal hingga ke hari kiamat

Al Fatihah itu surah pembukaan
mengandungi intipati al Quran
ummul al Quran menjadi sebutan
bacaan wajib dalam sembahyang

No comments:

Post a Comment