Sunday 9 March 2014

Nyamuk

Apa Yang Cuba Nak Disampaikan Dari Penciptaan Nyamuk



Assalamualaikum WBT, Alhamdulillah bersyukur dapat berkongsi dalam post kali ini. Maaf agak lama tak mengupdate di Blog ini. Walau bagaimanapun selepas ini saya akan cuba ikhtiarkan kongsi seberapa banyak ilmu dengan anda yang sentiasa mengikuti perkembangan di Hadzrin.com
Bulan Oktober ni saya akan anjurkan banyak program di sekitar Selangor, Johor, Sabah dan Sarawak. Utara jika ada permintaan akan ke sana juga. Program yang saya nak anjurkan ini memang menjadi kegemaran dan saya tidak sabar untuk menjalankannya. Nak tahu program apa, ikuti perkembangannya nanti.
Hari ini saya ingin kongsikan dengan anda sedikit penghayatan dan penilaian terhadap apa yang ada di sekeliling kita dan apa yang cuba nak diajarkan kepada kita tentang kehidupan.
Untuk maklumat anda, sekarang ini saya sedang berkongsikan post di kalayak peminat bola di restoran. Waktu ini Johor lawan Kelantan. Tak menjadi penghalang untuk saya kongsikan sedikit ilmu yang saya tahu dan yang saya nak kongsikan dengan anda.
Mengapa Allah jadikan nyamuk ? Apa yang Allah nak tunjukkan kepada kita tentang penciptaan makhluknya iaitu nyamuk.
Sebelum itu kita iklan kejap kita masuk kejap ke topik duniawi. Anda pernah dengar tentang Manusia tak pernah rasa puas hati atau cukup dengan apa yang ada ?
Contohnya bila dah ada motorsikal, nak pakai kereta, bila dah ada kereta nak pakai kapal….dah ada rumah teres nak ada rumah banglo, dah ada apartment nak ada kondominium, dah ada seorang isteri nak ada dua isteri, dah ada 100 ribu ringgit nak ada satu juta ringgit, dah ada satu juta ringgit nak ada seratus juta ringgit.
Apa maksudnya manusia tak pernah rasa puas? Soalan yang mudah tetapi tak ada jawapan yang tepat. Jadi, kalau ada yang bertanya, sekurang-kurangnya anda boleh beritahukan kepada mereka yang manusia tak merasa puas sebab kejar benda yang tak kekal.
Contohnya anda beli kereta BMW X6 tahun 2013. Adakah BMW X6 itu akan kekal lagi 10 tahun atau 15 tahun ? Waktu anda beli harganya mungkin RM600,000. 15 tahun selepas itu dah jadi RM60,000. Sebab itu anda tak puas sebab ia tak kekal.
Duit pula sama macam contoh kereta tadi. Kalau sekarang ada RM1 juta, 15 tahun dari sekarang nilai RM1 juta dah macam RM500 ribu atau kurang lagi. Kalau anda kumpul emas mungkin nilai emas boleh meningkat naik tapi masih lagi anda tak bahagia kerana anda tak dapat memiliki emas itu secara kekal.
Isteri, anak-anak, makwe, semuanya tak kekal. Semuanya hanya pinjam sahaja. Kalau anda nak tahu, apa sebenarnya yang anda miliki ? Anda hanya miliki apa yang anda boleh masukkan ke dalam mulut dan jadikan darah daging sahaja. Yang lain semuanya pinjaman sahaja. Lebih-lebih lagi kalau beli rumah pakai loan. 6 bulan tak bayar kena halau oleh Bank juga walaupun beli nama sendiri.
Jadi apa kita kejar selama ini semuanya tak kekal. Ini saya ingatkan buat diri saya sebenarnya. Semoga Allah berikan kekuatan kepada kita semua. Untuk mendapat kebahagiaan dan kepuasan sebenarnya kita kejar atau usaha ke arah yang kekal. Kejar Syurga, kejar Allah. Itulah nikmat dan kehebatan hidup yang selalu perlu dicari.
Hari ini kita tengok semua yang kaya, yang menteri, yang baik , yang berharta, yang anak raja pada 1000 tahun dahulu semuanya dah berada di alam lain sedang menunggu kita. Kalau anda faham, anda mulai mengerti sedikit demi sedikit mengapa selalu tak bahagia dan risau.
Risau duit tak masuk, risau rezeki tak ada, risau tak ada masa depan. Itu semua gangguan syaitan supaya mengalihkan perhatian kita daripada kejar yang kekal. Sebab itu bila risau, kita akan bekerja siang malam dan buat kerja sampai meninggalkan perkara yang wajib.
Sebagai pengakhiran perkongsian saya hari ini, kita ambik masa selama 2 hingga 5 minit untuk mengkaji diri kita. Adakah kita dah kenal diri kita dan adakah kita pernah terfikir yang apa yang kita kejar semuanya bukan memberi kebahagiaan.
Baiklah, mari kita sambung semula cerita pasal nyamuk. Mengapa Allah ciptakan nyamuk dan dalam satu ayat Al Quran ada menceritakan tentang ciptaan nyamuk. Anda boleh tanya pada yang arif seperti ustad-ustad.
Sayap nyamuk lebih bernilai dari segala isi bumi jika nak dibandingkan dalam ayat tersebut. Maksudnya segala harta, kekayaan, istana, kereta tidak bernilai jika dibandingkan dengan sayap nyamuk. Punya dasyatnya apa yang selama ini kita kejarkan.
Apa yang anda tahu pasal nyamuk ?
Anda tahu sifat nyamuk ? Sifatnya setiap kali apabila nyamuk hisap darah sampai kekenyangan, ia akan mati. Jadi apa yang anda boleh beri jawapan pada soalan apa yang Allah nak sampaikan melalui penciptaan nyamuk dan apa yang kita boleh belajar daripada sifat nyamuk ?
Sebarkan agar kita tak jadi seperti nyamuk yang mati kekenyangan.

No comments:

Post a Comment