Thursday 13 March 2014

Rahsia urutan perut

Rahsia urutan perut Terapi Sifuli


Jika rahsia urutan kaki terkenal sebagai warisan tradisinal Cina dan Firaun untuk meransang tenaga tubuh badan, urutan perut pula adalah terkenal sebagai warisan tradisinal Jepun. Gambarfoto diatas adalah rajah pemetaan tenaga organ tubuh badan di bahagian perut menurut urutan tradisional Jepun yang lebih dikenali dengan sebutan hara.
Dalam masyarakat Melayu tradisional pula selain daripada amalan berpuasa untuk membersihkan perut, mengurut perut juga adalah amalan tradisional untuk meransang tenaga tubuh badan membina kesihatan menyembuhkan penyakit. Masyarakat Melayu tradisional sangat yakin perut bahawa perut sebagai punca penyakit berdasarkan hadis Nani Muhammad saw di bawah ini.
Al-Imam At-Tirmidzi rahimahullah meriwayatkan hadits :
مَا مَلَأَ آدَمِيٌّ وِعَاءً شَرًّا مِنْ بَطْنٍ بِحَسْبِ ابْنِ آدَمَ أُكُلَاتٌ يُقِمْنَ صُلْبَهُ فَإِنْ كَانَ لَا مَحَالَةَ فَثُلُثٌ لِطَعَامِهِ وَثُلُثٌ لِشَرَابِهِ وَثُلُثٌ لِنَفَسِهِ
“ Tidaklah Bani Adam memenuhi kantung yang lebih buruk dari perutnya, hendaknya Bani Adam makan sekadar menegakkan punggungnya, jika tidak dapat tidak (terpaksa) maka makanlah sepertiga makanan sepertiga untuk minuman dan sepertiga untuk nafasnya.” (Hadith Riwayat Imam Tirmidzi)
Al-Imam Muslim juga meriwayatkan hadits dari Rasulullah bahawa baginda bersabda :
خَيْرٌ القُرُوْنِ قَرْنِي ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ ثُمَّ يَأْتِيْ قَوْمٌ يَشْهَدُوْنَ وَلاَيَسْتَشْهَدُوْنَ وَيَنْذُرُوْنَ وَلاَ يُوْقُوْنَ وَيَظْهَرُوْنَ فِيْهِمُ السِّمَنُ
“Sebaik-baik generasi adalah generasiku, kemudian generasi berikutnya kemudian berikutnya. Kemudian akan datang suatu kaum mereka memberikan persaksian padahal tidak diminta persaksiannya. Mereka banyak bernadzar tetapi tidak menunaikannya. Dan banyak di kalangan mereka orang-orang gemuk/ gendut.”
‘Sesungguhnya orang mukmin makan dengan satu perut dan orang kafir makan dengan tujuh perut” (riwayat Muslim, Shahih Muslim, Jld.2, m/s 226)
‘Tiada tempat yang lebih buruk yang diisi oleh anak Adam dari perutnya. Cukuplah baginya beberapa suap untuk menguatkan tulang belakangnya. Jika ia tidak mampu, maka satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk minuman dan satu pertiga untuk pernafasan’. (Riwayat Ibn Majah, Sunan Ibn Majah, Jld.2, m/s 249)
Rahsia bagaimana masyarakat Melayu tradisional mengurut perut berdasarkan hadis di atas akan di jelaskan pada intri yang akan datang.

No comments:

Post a Comment