Thursday 13 March 2014

Mengesan penyakit menerusi ruas tulang belakang

Mengesan penyakit menerusi ruas tulang belakang


Di dalam tulang belakang (spine), terdapat saraf tunjang (spinal nerves) yang menghubungkan antara otak dengan sesuatu organ di dalam badan. Segala aktiviti organ dikawal oleh otak akan di hubungkan ke organ melalui tulang belakang.
Maklumat daripada organ juga dihantar ke otak melalui tulang belakang. Setiap organ akan dihubungkan ke bahagiaan tulang belakang melalui sesuatu ruas (verterbral) dan terbatas dalam ruasnya sahaja.
Tulang belakang bukanlah organ, tetapi berperanan sebagai amplifier yang menguat dan menimbal balik isyarat antara organ dan otak. Sistem ini dipanggil sympathetic dan parasympathetic. Sympathetic ialah kawalan tanpa sedar oleh minda, parasympathetic ialah kawalan separa sedar oleh minda.
Apabila sesuatu organ menjadi lemah, tidak dapat berfungsi dengan baik atau berpenyakit, maklumat kesakitan tersebut akan dihantar ke bahagian tulang belakang.
Tulang belakang akan memendam isyarat sakit untuk memastikan sistem sympathetic dan parasympathetic terus berjalan seperti biasa. Isyarat sakit adalah gelombang bertekanan rendah dan akan turut memberkan tekanan rendah kawasan yang dilaluinya. Proses memendam isyarat sakit ini akan menyebabkan gangguan tenaga getaran di ruas atau kawasan yang terlibat dengan bahagian saraf yang berhubung dengan organ yang lemah tersebut.
Gangguan tenaga getaran menjadikan sel dan unsur binaan kawasan tersebut lemah serta mempengaruhi ikatan molekul ruas tulang. Jika terdapat lebih daripada satu ruas tulang, maka disk di antara ruas juga akan terjejas ikatan molekulnya. Maka ini adalah punca penyakit tulang belakang kerana selain berfungsi melindungi saraf tunjang, ruas tulang mempunyai saraf sakitnya sendiri.
Menerusi ruas tulang belakang yang sakit inilah penyakit pada organ yang bersangkutan dengannya dapat di kesan dan penyakit yang dialami oleh tubuh badan. Urut urat saraf sifuli adalah meransang anggota tubuh badan yang sakit menerusi ruas tulang belakang.
Berikut adalah hubungan ruas tulang belakang dan penyakit.
C1-sakit kepala, amnesia Keletihan, mabuk, ketegangan otot
C2-resdung, alergi, penyakit mata dan telinga, pengsan
C3-neuritis, akne, ekzema
C4-demam, selesema, katarak, tiub Eustachia tersumbat
C5-serak, sakit tekak, sakit jantung
C6-ketegangan leher, lengan atas, tonsil, sakit jantung, krup
C7-bursitis, sakit tiroid, selesema, sakit jantung
T1-asma, batuk, masalah pernafasan, lenguh tangan
T2-sakit dada dan jantung
T3-pleurisi, pneumonia, bronkitis, jantung
T4-jaundis, karang hempedu, sakit jantung
T5-tekanan darah tinggi/ rendah, anemia
T6-senak, gastrik
T7-ulser, kencing manis, gastrik
T8-anemia, pernafasan
T9-alergi, penyakit berkaitan kencing
T1O-penyakit buah pinggang, sembab
T11-penyakit buah pinggang dan kencing
T12-penyakit intestin, masalah peranakan
L1-penyakit kolon (usus besar), sembelit, hernia, cirit
L2-apendiks, kejang kaki
L3-haid dan senggugut, masalah kencing, sakit lutut
L4-sakit pinggang, lenguh kaki, lemah syahwat
L5-kaki: sejuk, lemah, sembab, kejang
S1-sakit punggung
K1-pendarahan/buasir, sakit tongking

No comments:

Post a Comment