Thursday 13 March 2014

Praktis Seni Urut Terapi

Praktis Seni Urut Terapi Sifuli

Buku 25
Membersih kekotoran darah daging

Kaedah UTeS menyembuh Penyakit yang dialami manusia bermula dengan membersih kekotoran darah daging yang menyumbati liang roma dipermukaan kulit tubuh badan. Minyak urut terapi sifuli digunakan untuk melarut kekotoran tersebut dan membasuh kekotoran kulit yang berkarat. Kemudian kekotoran dengan mudah boleh dibersih menggunakan sikat.

Melembut urat saraf
Urat saraf hanya mudah dilembutkan setelah tubuh badan dibersihkan terlebih dahulu. Urat saraf di ransang dengan urutan menerusi hujung saraf yang terdapat pada permukaan kulit tubuh badan. Bahagian hujung saraf yang perlu diransang terlebih dahulu adalah sepanjang saraf tunjang (tulang belakang). Tukul urut sifuli diperlukan untuk melembuti urat saraf yang terlalu tegang dengan mudah dan supaya tidak berlaku kecederaan.

Meransang tenaga
Tenaga tubuh badan hanya mudah diransang setelah urat sarafnya dilembutkan. Umat Islam tentu pernah mendengar sabda Rasulullah saw yang bermaksud rumah penyakit itu perut. Perut yang sihat itu adalah satu pertiga ruang air, satu pertiga ruang makanan dan satu pertiga lagi ruang
untuk bernafas. Ruang yang dI maksudkan adalah seperti dalam gambarajah di bawah.

Ruang bahagian makan dan minum di sebelah kanan dan kiri perut perlulah diransang dengan urutan terlebih dahulu sebelum ruang atas dan bawah.Bahagian atas perut pula perlu diransang terlebih dahulu sebelum di bahagian bawah. Meransang di bahagian atas perut dengan urutan melegakan pernafasan dan kelancaran aliran darah serta kecergasan urat saraf. Meransang di bahagian bawah perut adalah untuk menguatkan saraf alat kelamin dan tenaga batin.

No comments:

Post a Comment