Sunday 9 March 2014

Segitiga Bermuda

Rahsia Di Sebalik Segitiga Bermuda





Anda pernah dengar tentang tempat tersebut , segitiga bermuda atau BERMUDA TRIANGLE. Tempat misteri yang sehingga sekarang tidak ada seorang manusia yang selamat kembali selepas masuk ke kawasan tersebut.

Misteri Segitiga bermuda ini sejak tahun 1900 lagi dan pakar-pakar sains yang menggunakan teknologi canggih juga tidak tahu jawapan bagaimana setiap objek termasuk kapal terbang, kapal yang lalu ke kawasan tersebut hilang tanpa sebarang maklumat.
Anda boleh lihat di link video yang saya sertakan di bawah tentang kajian segitiga bermuda ini. Jika anda berminat untuk mengetahui tentang kajian mereka.
Posting hari ini saya ingin kongsikan energi yang dihasilkan daripada objek piramid. Ramai yang percaya unsur piramid menjana satu tenaga yang Allah SWT wujudkan untuk menunjukkan kebesaran dan kerahsiaan Nya. Contohnya jika letak tudung saji di atas makanan, makanan lambat basi selain daripada dibiarkan terdedah hinggap lalat.
Pernah lihat bentuk tudung saji berbentuk bulat atau kotak ? Seorang penagamal perubatan alternatif menggunakan kaedah piramid merawat orang lumpuh dan dengan izin Allah orang lumpuh itu sembuh.
Ada setengah orang berpendapat, piramid adalah lambang dajjal, syaitan dan jin. Wallahualam. Kemungkinan juga makhluk -makhluk itu mengetahui dahulu akan rahsia kebesaran Allah yang jadikan unsur piramid berenergi. Dan kita manusia lambat tahu.
Kalau anda lihat bangunan yang ada unsur piramid , dari segi kepesatan dan ramai orang anda boleh lihat pasaraya Sunway Piramid. Di Malaysia, shopping kompleks Sunway Piramid yang mempunyai gelanggang Ice. Atau itu secara kebetulan sebab belum ada tempat lain yang nak buka gelanggang ice tersebut.
Anda juga perasan ramai yang menggunakan konsep piramid termasuk di duit dollar amerika. Lambang energi jika itu kefahaman mereka.
Sebenarnya ada satu cerita rahsia yang terdapat dalam satu kitab lama tentang kemisterian segitiga bermuda ini. Asalnya tempat ini adalah tempat perhubungan (tangga ) untuk bangsa jin naik ke langit. Makhluk makhluk itu bebas naik ke langit dan bumi sehinggalah seorang sahabat Nabi Muhammad SAW yang dikenali sebagai Singa Allah iaitu Saidina Hamzah menghancurkan tangga tersebut dan dengan izin Allah tangga itu musnah.
Jin yang berada di dunia terputus hubungan dengan yang ada di langit. Jika anda perasan ia seperti ada kaitan dengan kisah wayang orang putih seperti Thor yang ada tangga untuk menghubungkan kerajaan langit dan bumi. Seakan-akan itulah yang orang barat membayangkan melalui kisah mitos mereka THOR.
Kedudukan tangga yang dimusnahkan itulah di kawasan segitiga bermuda. Rahsia itu disimpan rapi dan tidak ada sesiapa pun yang tahu apa yang ada didalam kawasan segitiga. Mungkin kerajaan jin dan iblis berkumpul seperti yang ada diterangkan oleh Nabi Muhammad SAW ketika menceritakan kisah bagaimana Dajjal dilahirkan yang berlayar ke kawasan segitiga bermuda dan berjumpa dengan iblis di situ.

No comments:

Post a Comment