Thursday 13 March 2014

Urut terapi meransang urat saraf

Urut terapi meransang urat saraf

urut terapi meransang urat saraf
Langkah pertama urut terapi sifuli adalah meransang urat saraf. Tujuan meransang urat saraf tubuh badan manusia adalah:ran
1. Melancarkan pergerakan darah
2. Mengimbangi parasrupa
3. Melancar pergerakan tubuh badan
4. Membina tenaga raga
5. Mereda kesakitan
6. dan menenahgkan jiwa

Melancarkan pergerakan darah

Urat saraf yang membina tubuh badan menjadi keras kesan daripada pencemaran bahan kimia yang terdapat dalam makanan, minuman, udara dan peralatan kelengkapan kehidupan. Pengerasan urat saraf tubuh badan kesan dari pencemaran bahan kimia adalah seperti yang berlaku pada tanah taneh yang dibajai dengan bahan kimia. Tanah yang di bajai dengan bahan kimia mudah menjadi keras sehinggakan berkematu sehinggakan air sukar mengalir menerusinya untuk membekal nutrin, oksijin dan sebagainya kepada tumbuh tumbuhan di atas tanah tersebut. Jika cara mengatasi untuk melembuti tanah tanah yang keras dan berkematu dengan membajak atau mencangkulinya, cara untuk meransang urat saraf tubuh badan manusia yang keras dan berkematu adalah dengan urutan.

Mengimbangi parasrupa

Urutan meransang urat saraf adalah untuk mengimbangi kelainan parasrupa kesan daripada ketegangan urat saraf. Kebanyakan kita adalah tidak menyedari ketegangan urat saraf yang dialami tubuh badan sehinggalah mereka mengalami berbagai jenis penyakit kronik, kerana kesakitan kesan dari ketegangan urat saraf sering diatasi dengan ubat pelali yang mudah diperolehi. Ketegangan urat saraf yang mereka alami mungkin hanya disedari bila perut mereka buncit seperti wanita hamil, kerana sebelum ini mereka tidak perasan bagaimana parasrupa bentuk perut yang seimbang apa tah lagi di bahagian angota tubuh badan yang lain.

Melancar pergerakan tubuh badan

Banyak dikalangan mereka yang hanya menyedari mengalami ketegangan urat saraf setelah mengalami kesukaran mengerakan anggota tubuh badan seperti anggota kaki, tangan dan zakar.

Membina tenaga raga
Urutan meransang urat saraf adalah untuk membina tenaga raga ia itu untuk memudahkan terapi melancarkan pergerakan darah, melegakan pernafasan dan melembutkan tubuh badan.

Mereda kesakitan

Urutan meransang urat saraf membantu meredakan kesakitan yang dialami kesan daripada ketegangan urat saraf.

Menenahgkan jiwa
Banyak dikalangan mereka hari ini yang terpaksa bergantung kepada ubat penenang jiwa kesan daripada ketegangan urat saraf. Oleh itu urutan meransang urat saraf untuk menjadi lembut boleh menenangkan jiwa yang kian parah.

No comments:

Post a Comment