Thursday, 13 March 2014

Kenapa solat boleh merawati mati pucuk

Kenapa solat boleh merawati mati pucuk


Solat adalah amalan hidup seharian untuk membina kesihatan rohani dan jasmani. Pergerakan anggota badan semasa melakukan solat adalah untuk melembutkan urat saraf dan melancarkan pergerakan darah untuk membina kesihatan.
Selain dari itu amalan mengurut tubuh badan semasa berwuduk sebelum melakukan solat juga adalah melembutkan urat saraf serta melancarkan pergerakan darah.
Jika kita yakin amalan solat itu boleh membina kesihatan rohani dan jasmani maka sudah tentu amalan solat itu juga boleh membina tenaga zahir dan batin.
Hasil kajian tiga pensyarah Jabatan Kejuruteraan BioPerubatan Universiti Malaya (UM) mendapati solat yang diamalkan secara teratur boleh merawat masalah penyakit mati pucuk dan beberapa penyakit lain.
Prof Madya Dr Fatimah Ibrahim berkata kajian terhadap 10 pesakit mati pucuk yang mengamalkan solat sebagai terapi dan mengikut postur yang sempurna selama sebulan, membuahkan hasil apabila mereka berjaya mencapai ereksi seperti lelaki normal.
“ Lelaki yang normal sepatutnya akan mendapat ereksi sekurang-kurangnya tiga kali sewaktu tidur dan perubahan isipadunya mestilah melebihi 200 peratus. Jika kurang daripada jumlah itu dia dianggap mati pucuk,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Turut hadir pada sidang akhbar sempena Persidangan Antarabangsa Kejuruteraan Biomedical itu adalah dua lagi penyelidik iaitu Prof Wan Abu Bakar Wan Abas dan Ng Siew Cheok serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Pemangku Naib Canselor Prof Mohd Amin Jalaludin.
Dr Fatimah berkata selain solat lima waktu, pesakit juga diminta bersolat sunat selama setengah jam, sekurang-kurangnya tiga kali seminggu dan selepas itu mereka dibekalkan peralatan yang dapat mengukur isipadu ereksi. Alat itu dipasang sebelum tidur.

No comments:

Post a Comment