Tanda suami nak mati pucuk
Tanda suami nak mati pucuk
suka tunda malam esuk
Suami yang nak mati pucuk tidak dapat melayari bahtera hingga kepelabuhan, akibat karam ditengah gelombang lautan yang sdang bergelora. Keadaan ini sudah tentu membuat sang isteri terkapai kapai untuk mengapai kepuasan. Untuk menutup kelemahan dan memujuk sang isteri yang kehausan bisanya sang suami meminta tunda pada malam esuk.
Tanda suami nak mati pucuk
mula suka lambat masuk
Tekanan yang dialami oleh sang suami yang nak mati pucuk amat berat. Tekanan yang mereka alami adalah seperti yang dialami mereka yang mati badan sebelah atau strok. Cuma bezanya mereka yang strok mati sebahagian anggota badan dan mereka yang mati pucuk sudah tentu mati di bahagian pucuk yang lama kelamaan jika tidak dirawati akan melarat kebatang tubuhna pula seperti mengalami penyakit kencing manis dan lemah jantung yang kini hebuh di bandar dan kampong. Mati pucuk melibatkan tenaga zahir batin ia itu jiwa raga. Tenaga tubuh badan suami yang nak mati pucuk mula lemah dan perasaannya terganggu. Lantaran itu pemusatannya terhadap tanggungjawab dan perkerjaan mula menurun.Datang lambat berkerja atau lambat masuk adalah diantara tanda suami nak mati pucuk.
Tanda suami nak mati pucuk
mula suka keluar masuk
Resah gelisah dan sesak adalah tekanan jiwa yang dialami oleh suami yang nak mati pucuk. Kematian itu bersangkutan dengan nyawa. Oleh itu mati sebelah badan atau mati pucuk adalah bermakna kehidupan yang dialami tinggal separuh nyawa. Nyawa pula melibatkan nafas. Putus nafas putuslah nyawa. Oleh itu sang suami yang nak mati pucuk nafasnya sesak atau mula semput. Kesesakan nafas mereka boleh dilihat dari kesesakan yang sering mereka lakukan ia itu kehidupannya mula kelam kabut. Sebab itulah kita sering mengalami kesesakan jalan raya kerana diantara puncanya golongan suami yang nak mati pucuk suka keluar masuk bila tak ada kerja.
Tanda suami nak mati pucuk
bau badannya mula busuk
kekotoran adalah punca utama penyakit. Mereka yang nak mati pucuk akan disetai penyakit kencing manis dan lemah jantung. Segala penyaki ini akan melemah dan membebani sistem perkumuhan seperti buah pinggang, pundi kencing, peparu dan sebagainya.
Kekotoran dalam tubuh badan akhirnya menyebabkan badan berbau busuk.
Tanda suami nak mati pucuk
Warna kulit bertompok tompok
Kelain warna kulit yang bertompok tompok pada bahagian tertentu tubuh badan adalah kesan kekotoran yang terdapat dalam tubuh badan di bahagian tersebut. Kelainan warna atau rupa ini adalah berlaku pada zon refleksi sistem pembiakan.
Tanda suami nak mati pucuk
badan berubah rupa bentuk
Tubuh badan suami yang nak mati pucuk akan mengalami perubahan rupa bentuk seperti perut menjadi bulat, ponggong dan anggota kaki yang kian menggecil.
Tanda suami nak mati pucuk
mudah sangat nak merajuk
Kegagalah suami nak mati pucuk memberi nafkah batin kepada sang isteri sering dihantui dengan rasa bersalah dan rendah diri. Oleh itu mereka sangat mudah tersinggung, perasa dan merajuk dengan sang isteri.
Tanda suami nak mati pucuk
sangat mudah patah taruk
Maksud patah taruk adalah mudah tersentap. Suami yang nak mati pucuk sangat sensitif dan tidak boleh silap sikit mulalah buat hal dan marah tak tentu pasal.
Tanda suami nak mati pucuk
setiap hari kena cucuk
Suami yang nak mati pucuk biasanya akan mengalami penyakit kencing manis. Penyakit kencing manis yang tegar perlu memperolehi insulin setiap hari dengan kaedah cucukan atau suntikan.
Tanda suami nak mati pucuk
sudah macam kain buruk.
Maksud kain buruk ialah benda yang sudah tidak boleh dipakai lagi. jika digunakan pun sekadar untuk mengelap kekotoran debu. Muka suami yang nak mati pucuk pun macam kain buruk ia itu kusut masai dan masam pula. Senyumannya tidak seindah dulu lagi kerana hatinya sudah tidak berbunga lagi.
No comments:
Post a Comment