Maksudnya ialah :
“Barangsiapa
bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan
keluar. Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka. Dan
barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan
mencukupkannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang
dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi
tiap-tiap sesuatu.”
Ayat
1000 dinar ini adalah sebahagian dari ayat kedua dan sebahagian dari
ayat ketiga Surah At-Talaq. Ramai orang menganjurkan supaya mengamalkan
ayat ini untuk memperolehi kejayaan atau keuntungan. Ramai peniaga
menampalkan pelekat ayat 1000 dinar ini di premis perniagaan mereka,
dengan harapan supaya perniagaan bertambah maju. Ramai pula yang
menghafal ayat ini untuk dibaca dimasa-masa yang sesuai, seperti selepas
solat.
Memang
kita tidak boleh menafikan kelebihan ayat 1000 dinar. Malangnya,
pendekatan sebahagian orang mengenai ayat ini, adalah sesat dan tidak
betul. Jika kita lihat terjemahan ayat ini, ia mengandungi dua
pengajaran iaitu supaya kita bertaqwa dan bertawakkal. Oleh itu,
pendekatan yang betul untuk mengamalkan ayat 1000 dinar ini ialah dengan
bertaqwa dan bertawakkal. Kenalah kita pelajari bab bertaqwa dan
bertawakkal.
Kalau
menampalkan pelekat ayat 1000 dinar ini di premis perniagaan, tapi
solat tidak dikerjakan, amalan tidak jujur dalam perniagaan terus dibuat
atau sebagainya, ini tidak bermakna kita mengamalkan ayat 1000 dinar.
Tujuan menampalkan pelekat itu hanyalah sebagai cara supaya kita selalu
beringat untuk bertaqwa dan bertawakkal. Begitu juga kalau kita baca
ayat ini beribu-ribu kali dalam sehari, sedangkan kita tidak bertaqwa
dan bertawakkal, itu juga bukan cara yang betul mengamalkan ayat 1000
Klik: HIKMAT AYAT SERIBU DINAR
No comments:
Post a Comment