Thursday, 13 March 2014

Bahan dan alat serta kesenian urut sifuli

Bahan dan alat serta kesenian urut sifuli

Bahan dan alat serta kesenian urut sifuli Bahan dan alat serta kesenian urut sifuli 2
Kesenian adalah roh yang menjiwai setiap amalan pada benda yang digubah manusia. Oleh itu seni urutan adalah merujuk kepada bagaimana ianya dijiwai oleh setiap budaya bangsa. Sebab itulah kaedah amalan urutan setiap budaya bangsa itu berlainan. Kesenian urutan setiap budaya bangsa itu adalah menurut kesedaran, pengetahuan, pemikiran dan kefahamannya.
Keunggulan seni urutan budaya Melayu yang berteraskan agama Islam adalah berdasarkan kefahaman yang melampaui daya pemikiran, pengetahuan dan kesedaran manusia. Kefahaman agama Islam yang menjadi panduan setiap amalan kehidupan pengikutnya termasuk seni urutan adalah berdasarkan al Quran yang diwahyukan tuhan menerusi Jibrail as kepada Nabi Muhamad saw.
Oleh itu seni urut terapi budaya Melayu adalah berpandukan kepada amalan agama Islam untuk membersihkan tubuh badan, melembutkan urat saraf, melegakan pernafasan dan menjana tenaga kehidupan seperti ketika mandi wajib dan bersuci.
Kefahaman Islam terhadap setiap amalan manusia adalah meliputi aspek kesihatan hidup ia itu rohani, jasmani, jiwa dan raga yang dikenali sebagai syariat, hakikat, tauhid dan makrifat. Kesempurnaan agama Islam itu daripada agama agama yang diutus tuhan kepada manusia sebelumnya adalah kerana ianya merangkumi setiap aspek kesihatan.
Amalan urutan dalam amalan agama Islam adalah untuk membina kesihatan mencegah penyakit sepanjang hayatnya seperti ketika mandi dan bersuci. Amalan seni urut terapi sifuli pula adalah mengurut untuk menyembuh penyakit kesan kelalaian manusia mengurut tubuh badannya. Oleh itu kaedah seni urutan terapi sifuli adalah berbeza dengan amalan keperluan hidup seharian, namun ianya maseh tidak melangari batas hukum keislaman.
Jika air adalah bahan yang digunakan untuk mengurut tubuh badan ketika mandi dan bersuci, urut terapi sifuli pula menggunakan minyak untuk mencuci kekotoran yang berkarat ditubuh badan yang telah berpenyakit. Selain menggunakan anggota tubuh badan terutama tangan seni urut terapi sifuli juga menggunakan peralatan seperti kayu dan tanduk seperti yang dilakukan umat Islam ketika bersuci menggunakan benda yang keras seperti kayu dan batu. Urut terapi sifuli juga di sertai dengan niat dan dimulai dengan menyebut nama tuhan seperti setiap amalan umat Islam.
Minyak urut terapi sifuli adalah untuk melarut dan membasuh kekotoran. Tukul kayu urut sifuli untuk melembutkan ketegangan urat saraf. Sikat tanduk sifuli pula untuk membersih kekotoran di kulit tubuh badan.
Seni urut terapi sifuli membersihkan kekotoran tubuh badan untuk membina tenaga raga. Melembutkan urat saraf untuk membina tenaga jiwa. Melegakan pernafasan tubuh badan untuk membina kesihatan jasmani dan menjana tenaga kehidupan untuk membina kesihatan rohani.

No comments:

Post a Comment