KESILAPAN GOLONGAN
ANTI-HADITH
Oleh: Rozi bin Muda, ISIS.
Oleh: Rozi bin Muda, ISIS.
Assalamu'alaikum wrt wbt!
Alhamdulillah!
Nampaknya bebanan kerja mulai reda dan dengan
keizinanNya saya berharap dapat memanfaatkan ruang masa ini untuk menulis sesuatu. Saya
memerhatikan bahawa serangan golongan anti-hadis ini masih
sengit, dengan pergerakan mereka yang lebih terancang, menghantar
e-mail secara peribadi dengan menggunakan alamat e-mail yang
tidak dapat dijejaki (untraceable)! Saya sendiri adalah termasuk
dalam kalangan yang sering menerima e-mail anutan mereka dan
sengaja saya membiarkan ia berlanjutan supaya saya dapat
memerhati gelagat dan mengkaji penyelewengan mereka secara lebih
mendalam.
Sayugia juga diberitahu bahawa mereka juga
memerhatikan dalam setiap perbincangan dalam msm-net, hizbinet,
MISG dan beberapa kumpulan diskusi lain dan mengambil peluang
apabila ada ruang untuk mereka menyalurkan tohmahan mereka.
Buktinya, apabila timbul isu syi'ah, mereka menulis tentang
syi'ah dan perpecahan ummah kerana bergantung kepada ulamak,
apabila timbul isu 'airkencing unta' mereka pun turut menyibuk
untuk beri komentar mengikut perspektif mereka. Di samping
itu,mereka mencerca dan memperli beberapa ikhwan yang terlibat
dalam perbincangan tersebut misalnya terdapat e-mail khusus untuk
memperli akh Dr. Tanpa Nama, THTL dan memutarbelit hujjah-hujjah
yang mereka bawakan untuk kepentingan anutan mereka.
Semakin lama saya mengikuti tohmahan mereka, rasa
benci kepada mereka semakin menebal kerana tindak-tanduk mereka
yang amat jahat ini.Saya terus mengawal rasa kebencian itu supaya
ia dapat dipergunakan sebaiknya, bukan melulu. Maka, setelah
memohon pertolongan Allah, saya memutuskan untuk menghuraikan
beberapa kesilapan mereka yang menyebabkan mereka sesat, semoga
dengan ini dapat menjernihkan sedikit perasaan beberapa ikhwan
yang sudah bercelaru dengan tohmahan mereka di samping dapat
menyalurkan serba sedikit rasa marah saya terhadap mereka ini
kepada suatu tindakan yang bermanfaat. Memanglah mereka ini telah
SESAT, bahkan berusaha menyebarkan kesesatan mereka dengan
menjadi soldadu kepada Iblis. Mereka adalah syaitan di kalangan
manusia dan amat layak dihapuskan, bila saja kita berpeluang.
InsyaAllah, saya akan menggariskan beberapa faktor yang
menyebabkan mereka sesat dengan membawakan beberapa nas dan
memberikan contoh-contoh yang berkaitan dengan faktor tersebut.
Doakanlah semoga Allah membantu saya dalam usaha ini...
BismiLlah.....!
Faktor Penyebab Kesesatan Golongan Anti-Hadith
Setelah memerhatikan hujjah-hujjah, tohmahan dan
gelagat golongan anti-hadith ini melalui kiriman e-mail mereka
serta merujuk serba sedikit kepada maklumat semasa, saya rasakan
ada beberapa faktor yang menyumbang kepada kesesatan mereka. Di
antaranya:
1) Meninggalkan petunjuk Sunnah.
Bertolak daripada doktrin mereka bahawa
"al-Qur'an telah lengkap" (kenyataan ini memang benar
tetapi mereka silap dari segi praktisnya), mereka beranggapan
boleh belajar sendiri, ambil saja mana-mana terjemahan (rata-rata
mereka tak faham pun bahasa Arab), lalu mentafsirkan sendiri
mengikut kefahaman mereka. Tindakan mereka ini secara terus
menolak fungsi keRasulan, i.e "mengajar/menerangkan"
maksud isi kandungan kitab/al-Qur'an tersebut seperti firmanNya
yang bermaksud: "(Kami utus mereka itu) dengan (membawa)
keterangan dan kitab-kitab. Kami turunkan kepada engkau
(Muhammad) peringatan (i.e al-Qur'an), supaya engkau TERANGKAN
kepada manusia apa yang diturunkan kepada mereka, mudah-mudahan
mereka memikirkannya" [an-Nahl, 16:44].
Sudah tentu para Rasul yang merupakan manusia
terpilih bukan hanya berfungsi seperti 'robot', menyampaikan saja
apa-apa yang diwahyukan tanpa ada penjelasan. Kalau demikian,
mengapa pula perlunya Rasul sedangkan Allah berkuasa menurunkan
terus kitab-kitab tersebut ? Mengapa Rasul mesti dipilih dari
kalangan manusia sendiri, sedangkan jika malaikat yang diutuskan
misalnya, tentu saja manusia lebih takut dan hormat?
Alasannya, seperti yang diterangkan oleh ayat di
atas dan beberapa ayat lagi, untuk menerangkan maksud ayat-ayat
yang diturunkan pula secara beransur-ansur itu kepada manusia
dalam konteks PRAKTIKALnya, tunjuk-ajar daripada manusia contoh(i.e.Rasul itu sebagai MODEL, rujuk misalnya QS 33:21,
47:33) kepada manusia umum. Inilah konsep pendidikan yang benar
di mana guru mestilah mengamalkan dulu apa yang diajarkannya
sebelum ajaran mereka diikuti, bukannya konsep pendidikan sekular
sekarang yang memisahkan antara apa yang diajar dengan apa yang
ditunjukkan dengan perilaku pengajar (i.e "You follow what I
taught you, do not do what I did !") yang nyata sekali
mengelirukan dan gagal terutamanya dalam membentuk akhlak
terpuji.
Konsep pendidikan ini telah diamalkan oleh Islam
semenjak dari awal lagi, dan diperturunkan dari generasi ke
generasi di mana as-sunnah diambilkira sebagai "alat"
dan petunjuk utama dalam mempelajari dan memahami al-Qur'an
seperti mafhum hadith: "Sebaik-baik hadis ialah
Kitabullah(i.e al-Qur'an) dan sebaik-baik PETUNJUK adalah
daripada Rasulullah. Setiap perkara baru (bida'ah) itu adalah
sesat dan setiap kesesatan itu (sudahnya) dalam neraka"
[Sahih Bukhari].
Maka dalam konteks ini, golongan anti-hadis telah
melakukan BIDA'AH yang haqiqi, yang sudah pasti membawa kesesatan
apabila mereka membelakangkan as-sunnah. Perbuatan mereka adalah
contoh penting untuk isu bida'ah kerana amalan mereka ini memang
amalan baru, yang tidak pernah diamalkan oleh golongan sebelumnya
dan ia jelas bertentangan dengan maksud hadis di atas.Ia
bertepatan dengan takrif bida'ah sendiri iaitu: "Suatu
amalan baru yang TIADA berpandukan petunjuk nas (sama ada secara
terus atau tersirat)". Maka kesan dari perbuatan ini, mereka
telah sesat jauh daripada kebenaran. Sehubungan dengan faktor
ini, antara contoh kesilapan mereka dalam memahami al-Qur'an,
ialah mereka menganggap:
i) Tidak boleh menulis apa-apa lagi berkenaan agama
kecuali yang termaktub dalam al-Qur'an:
Antara hujjah mereka ialah ayat 2:79 yang
bermaksud: "Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang menulis
al-Kitab dengan tangan-tangan mereka, kemudian mereka berkata:
'Ini dari sisi Allah!', ...". Begitu juga ayat 3:78, 9:31.
Oleh kerana mereka tidak berpandukan as-sunnah, mereka gagal
menanggapi KONTEKS ayat-ayat ini yang merujuk kepada
tindak-tanduk para rahib dari kalangan ahli kitab yang telah
meminda kitab Taurat, Zabur dan Injil dan mengatakan ia termasuk
dalam ajaran kitab tersebut. Akibatnya, rosaklah kandungan
sebenar kitab-kitab tersebut dengan isinya bercampur-baurantara
isi asal dengan 'sumbangan' para rahib yang menjadikan kitab
tersebut bukan lagi asli contohnya Bible sekarang yang tidak
boleh dipakai lagi.
Manakala para ulamak Islam, tidak pernah berusaha
untuk meminda al-Qur'an, apa yang mereka tulis adalah kitab-kitab
yang mengandungi maksud dan faham yang diambil daripada al-Qur'an
untuk memudahkan orang awam memahami isi al-Qur'an. Ia seumpama
"memberi ulasan" kepada kitab Allah, berdasarkan
pengkajian dan fahaman mereka yang bertahun-tahun mengkaji kitab
tersebut,supaya masyarakat lebih mengerti terhadap maksud
al-Qur'an. Mereka tidak pernah mendakwa kitab-kitab mereka sebagai
alternatif atau saingan kepadaal-Qur'an. Isi kandungan al-Qur'an
tetap kekal tanpa dicampuri atau ditokok-tambah, tidak seperti
yang dibuat oleh para rahib ahli kitab. Konteks ayat-ayat
tersebut menyentuh tentang usaha para rahib untuk memindadan
menokok-tambah kitab Allah, sedangkan tiada seorangpun ulama yang
dikaitkan oleh mereka berbuat demikian.
Maka kefahaman mereka terhadap ayat-ayat di atas
adalah silap dan kesilapan begini mendorong mereka kepada
salah-laku dan tanggapan yang salah terhadap para ulama, lantas
mendorong mereka kepada kesesatan.
ii) Ayat 5:77, mereka faham larangan berlebihan
dalam agama dalam konteks yang melampaui maksud ayat ini.
Bagi mereka segala apa perbuatan ibadat, kalau
tidak ada suruhan khusus dalam al-Qur'an maka ia haram
termasuklah amalan-amalan sunat wudhuk (e.g. berkumur-kumur,
basuh hidung dll) yang tidak terkandung dalam arahan berwudhuk
pada ayat 5:6. Maka jika kita perhatikan faham ini, banyak sekali
amalan sunnah ditafsirkan sebagai HARAM oleh mereka padahal semua
amalan itu adalah baik sekali untuk menyempurnakan lagi arahan
al-Qur'an itu (tanpa memberatinya), alangkah sempitnya fahaman
mereka. Padahal, kalau kita lihat terus ayat inipun kita boleh
tahu konteksnya. Perhatikan maksudnya: "Katakanlah: Hai AHLI
KITAB, janganlah kamu berlebih-lebihan dalam agamamu SELAIN DARI
KEBENARAN dan janganlah kamu turut hawa nafsu kaum yang sesat
sebelum itu dan menyesatkan kebanyakan (manusia) dan mereka telah
sesat dari jalan yang lurus" [al-Maaidah; 5:77].
Ayat ini bermula dengan arahan kepada Rasulullah
('Qul') supaya menyeru golongan ahli kitab supaya mereka tidak
bersikap melampau dalam agama mereka dan tersesat seperti
golongan TERDAHULU, dan mengajak mereka kembali kepada kebenaran.
Golongan terdahulu di sini termasuklah para pengikut Nabi Musa
yang berlebihan bertanya Nabi Musa (AS) dalam banyak hal sehingga
menyusahkan [rujuk kisahnya pada ayat 67-71 tentang penyembelihan
sapi dan ayat 108 sebagai teguran dari Allah, bersikap melampau
sehingga melanggar perjanjian dengan Allah(5:13), dan sikap
kecintaan dan pemujaan yang berlebihan kepada Nabi Isa(AS)
sehingga sanggup meletakkan baginda sebagai 'anak Tuhan'(5:72)].
Inilah yang dimaksudkan sebagai sikap melampau di sini, iaitu
keterlaluan dalam melakukan sesuatu sehingga melanggar batasan
yang dibenarkan oleh syarak.
iii) Ayat 2:187, yang menyebutkan 'berpuasa sampai
waktu malam'.
Mereka menganggap amalan sekarang yang berbuka pada
waktu maghrib/senja telah mengingkari maksud ayat ini. Reaksi
spontan saya apabila membaca komentar mereka ialah "Aik!
Bila agaknya mereka ni berbuka?". Di sinilah antara contoh
peranan sunnah menjelaskan bahawa batasan antara malam dan siang
itu adalah pada ketika jatuhnya matahari, iaitu pada waktu
magrib. Pada ketika ini berakhirlah siang dan bermulalah waktu
malam, maka bolehlah berbuka.
Kenyataan sunnah ternyata benar akhirnya apabila
dipersetujui oleh kajian ilmu falak/astronomi kerana pada waktu
sianghari, sumbangan cahaya dimainkan oleh matahari, maka apabila
matahari terbenam, tamatlah siang dan bermulalah waktu malam.
Dengan ini juga, sunnah telah mengaitkan hakikat
"malam" disini dengan menunjukkannya 'batas antara
malam dan siang' dan mengaitkannya dengan banyak ayat lain misal
ayat berikut yang bermaksud: "Dia memasukkan malam ke dalam
siang dan memasukkan siang ke dalam malam, Dia menundukkan
matahari dan bulan, masing-masing beredar, hingga waktu yang
ditetapkan ..." [al-Faathir, 35:13].
Pendek kata memang peranan Rasul (i.e, as-sunnah)
untuk menjelaskan banyak kenyataan di dalam al-Qur'an, bukan pula
bermaksud al-Qur'an itu tidak lengkap tetapi manusia dengan
kelemahannya mudah keliru seperti yang ditunjukkan oleh fahaman
golongan anti-hadith ini. Sebab itulah juga banyak ayat-ayat
al-Qur'an menyuruh kita "mentaati Rasul" dan mengambil
Baginda sebagai model ikutan. Kenyataan-kenyataan ini merupaka
'clue'/petanda jelas supaya merujuk sunnah.
Dengan menolak kepentingan sunnah ini bukan sahaja
menunjukkan keengkaran terhadap perintah Allah, bahkan menolak
'perkaitan'antara al-Qur'an dengan as-sunnah yang menyebabkan
al-Qur'an itu lengkap. Menolak ayat-ayat ini bererti menolak
sebahagian daripada maksud al-Qur'an itu sendiri, maka tentu
sekali fahaman mereka tidak lengkap, bukannya al-Qur'an !
Nyata sekali di sini, oleh kerana golongan
anti-hadith menolak as-sunnah, mereka dalam banyak ketika akan
keliru dan meletakkan maksud ayat-ayat al-Qur'an bukan pada
konteksnya, memahami ayat dalam kefahaman yang salah, meletakkan
hukum tidak kena tempatnya, maka inilah punca utama mengapa
golongan anti-hadis telah sesat.
Oleh kerana sudah terlalu panjang, elok juga saya
berhenti setakat ini dahulu. InsyaAllah, saya akan sambung lagi
kupasan ini bila berkesempatan dengan membawakan beberapa lagi
faktor sampingan yang mendorong mereka kelembah kesesatan; dengan
membawakan lagi beberapa contoh yang saya kumpulkan daripada
kiriman e-mail mereka. Semoga Allah membantu saya dan antum semua
untuk menggempur fahaman mereka yang SESAT ini. Semoga Allah
meredhai usaha saya ini dan membantu saya dan ikhwan semua dalam
mencari keredhaanNya.
Ameen! Wassalamu'alaikum wrt wbt!
(sambungan)
Assalamu'alaikum
wrt wbt!
Alhamdulillah!
Dengan limpah
kurniaNya dapat saya kembali bersama ikhwan semua dalam medan
siber ini. Setelah meneliti kumpulan e-mail yang saya terima,
seperti yang dijangka, kali ini saya mula menjadi mangsa celaan
dan cercaan daripada golongan anti-hadith (GAH) apabila mesej
yang saya tulis didapati 'telah melukai' mereka. Sekali baca,
memang hangat juga rasa hati, apatah lagi apabila banyak sekali
kata-kata kesat, penghinaan dan label kafir yang dilemparkan
sewenang-wenangnya oleh mereka. Tapi menyedari bahawa itulah
antara tanda-tanda orang yang sesat (mudah mengutuk dan mencerca
orang lain), maka hati saya menjadi tenang kembali. Pada kali
ini, insyaAllah saya akan sambung lagi,...
Faktor
Penyebab Kesesatan Golongan Anti-Hadith (sambungan)
Pertamanya saya
memohon maaf kerana tidak sempat merumuskan hujjah saya tempoh
hari berkenaan dengan faktor kedua i.e. membaca al-Qur'an hanya
melalui terjemahan. Apa yang saya maksudkan di sini ialah
golongan yang CUMA membaca terjemahan al-Qur'an sahaja tetapi
telah beranggapan bahawa mereka telahpun membaca al-Qur'an.
Sehubungan dengan ini, saya tidak menyukai terjemahan al-Qur'an
semata-mata tanpa disertai teks asal kerana ia boleh mengelirukan
kita (oleh itu, buku "Bacaan" karya Othman Ali tidak
dapat saya akui malahan patut dikeji pula kerana penterjemahnya
sendiri pernah menyatakan bahawa beliau "tidak arif tentang
bahasa Arab!"), seolah-olah terjemahan itu adalah
"alternatif" kepada teks asal al-Qur'an padahal tiada
satupun terjemahan yang boleh dianggap setaraf dengan al-Qur'an.
Ayat-ayat
al-Qur'an adalah sangat unik, setiap hurufnya mempunyai makna
tersendiri, unik dan susunan ayatnya tidak akan mampu ditandingi
oleh manusia (rujuk misalnya cabaran Allah melalui ayat 23-24,
surah al-Baqarah). Saya bawakan satu lagi contoh bagaimana
siratan maksud terselit di dalam bahasa asal al-Qur'an. Kali ini,
berkenaan dengan kekuasaan Allah iaitu keupayaan "kun
fayakun' sepertimana maksud ayat kedua terakhir surah Yaasin:
"Hanya
urusanNya, bila Ia menghendaki (mengadakan) sesuatu, Ia berkata
kepadanya : 'Jadilah (engkau)!', lalu jadilah ia" [Yaasin;
36:82].
Bila kita
merujuk teks asal, perkataan yang digunakan ialah 'kun' iaitu
simpulan huruf 'kaf' dengan 'nun'. Apabila kita sebut sahaja
huruf 'kaf' disini, dengan serentak, huruf 'nun' akan
menurutinya (sebagaimana urutan abjad alif, ba,ta ) yang mengikut
sesetengah tafsir menjadi petunjuk bahawa antara keistimewaan
kekuasaan Allah ialah apabila Dia berkehendakkan (iradat) sesuatu
berlaku, maka sesuatu itu akan berlaku tanpa ada sedikitpun
selang masa! Itulah antara kelebihan Allah diatas makhlukNya, Dia
bukan sahaja tidak memerlukan sesuatu untuk mencipta (lain halnya
dengan manusia mencipta sesuatu daripada benda-benda yang
sudahpun ada) malahan Allah juga tidak beruntukkan masa, bila
berlaku iradat Allah terhadap sesuatu maka pada saat itu juga
sesuatu itu berlaku.
Inilah antara
maksud yang ditunjukkan secara tersirat di dalam perkataan 'kun'
tersebut. Banyak lagi contoh lain yang menunjukkan bahawa
terjemahan oleh manusia walaupun setinggi manapun ilmunya tidak
akan dapat mencakupi kesemua maksud yang tersirat di dalam
al-Qur'an. Maka tidak ada satupun terjemahan yang sempurna.
Adapun terjemahan biasa yang terdapat di pasaran adalah
dialu-alukan kerana ia disertakan dengan teks asal, demi untuk
memudahkan sesiapa sahaja mengambil serba sedikit pengertian
daripada ayat-ayat yang dibaca.
Walau
bagaimanapun, hujjah saya kekal iaitu, untuk mendalami isi
al-Qur'an seseorang itu perlulah mempelajari bahasa al-Qur'an itu
sendiri iaitu bahasa Arab. Manakala buku-buku tafsir pula adalah
patut dirujuk kerana ia adalah PANDUAN yang diberikan oleh para
pentafsir yang sudah bertahun-tahun mengkaji al-Qur'an dan amat
mahir dalam ilmu pengkajian al-Qur'an ini. Mereka menghabiskan
usia dan tenaga mereka untuk mengkaji al-Qur'an demi untuk
membantu ummat memahaminya sebaik mungkin. Maka, inilah yang
dimaksudkan dengan rantaian murni ahli sunnah;
"Sebaik-baik
hadis adalah al-Qur'an, sebaik-baik pembimbing (guru utama yang
mengajarkan al-Qur'an)
adalah RasuluLlah (SAW), kemudian tugas Rasul ini diwarisi oleh para
ulama" [di sini dalil saya berdasarkan penggabungan
sekurang-kurangnya 2 maksud hadis iaitu hadis sahih Bukhari yang
dibawakan pada siri 1, dengan hadis "Ulama pewaris para
nabi"].
Pada siri ini,
mari kita lihat faktor seterusnya...
3) Suka
berdebat dan enggan mengalah.
Sengaja saya
dahulukan faktor ini pada kesempatan ini kerana saya dapati
mereka masih lagi membawakan hujjah-hujjah lama (cthnya seperti
tatacara salam, tidak membezakan (la nufarriqu) para nabi, etc)
walaupun idea-idea mereka ini telahpun dipatahkan secara jelas
dan tiada hujjah diterima daripada mereka untuk menolak kembali
hujjah yang telah saya kemukakan. Cara mereka tidak lebih kepada
memomokkan hujjah saya seperti budak-budak degil yang membebel
sendirian apabila disuruh oleh ayah/ibu. Ini juga adalah tanda
mereka sebenarnya bukanlah mengajak kita berhujjah untuk mencari
kebenaran, tetapi hanya untuk "membuat onar". Mereka
masih cuba "menegakkan benang yang basah", walaupun
hakikatnya usaha mereka itu hanyalah akan menambahkan kesesatan
mereka sendiri. Cara mereka ini, jika diteruskan, tidak akan
membawa mereka kepada kebenaran malahan lebih jauh tersesat.
Marilah kita
perhatikan beberapa dalil berkenaan dengan sifat berdebat dan
berhujjah secara tidak keruan begini:
1.
"Barangsiapa meninggalkan perdebatan dalam keadaan keliru
(mungkin kalah) dibuat untuknya rumah di pinggir syurga. Dan
barangsiapa yang meninggalkan perdebatan sebagai pihak yang benar
dibuatkan rumah untuknya di tengah syurga. Sedangkan bagi yang
baik budi pekertinya, dibuatkan rumah untuknya di bahagian atas
syurga" [HR Abu Daud]
2.
"Sesuatu kaum yang memperolehi hidayah tidak akan sesat
kecuali setelah terlibat dalam perdebatan" [HR Timidzi]
Apa yang
dimaksudkan oleh kedua-dua hadis di atas adalah perdebatan
berlarutan yang sudah tidak perlu/patut lagi diteruskan, misalnya
apabila satu pihak telah membawakan dalil yang kuat dan tidak
disangkal, tetapi satu pihak lagi masih terus berkeras dengan
hujjahnya walaupun sudah nyata kedudukan
perkara
tersebut. Padahal pada ketika ini, mengikut adabnya, pihak yang
kalah perlulah menerima hujjah yang lebih kuat ataupun jika masih
kurang puashati, mereka hendaklah menerima perbezaan secara hati
yang terbuka. Dengan demikian, perdebatan tidak akan berpanjangan
sehingga menyesatkan dengan berlakunya ulangan fakta dan hujjah
secara tidak perlu tetapi dengan intonasi yang lebih keras,
memungkinkan berlakunya persengketaan walaupun jika isu yang
diperdebatkan adalah isu remeh-temeh.
Ingatlah,
perdebatan bertujuan mencari kebenaran, bukannya mencari
sengketa. Lain pula halnya dengan GAH, mereka bukan sahaja gagal
dalam membawakan hujjah secara teratur untuk melawan
hujjah-hujjah yang diajukan, tetapi seringkali hujjah balas
mereka dibawakan secara tidak keruan (semacam 'machine gun'),
dengan menghamburkan ayat-ayat al-Qur'an tanpa penelitian tentang
kaitan dan konteks ayat-ayat tersebut dengan hujjah mereka,
disertai pula dengan kata-kata kesat, penghinaan dan label yang
tidak sepatutnya yang secara jelas menunjukkan betapa busuknya
hati mereka dan betapa jauh mereka sesat, bukan sahaja daripada
konsep perdebatan yang dibenarkan (i.emuzakarah), malahan cara
mereka lebih kepada menghamburkan fitnah jua.
Sikap
menghamburkan ayat-ayat al-Qur'an tanpa penelitian dan tidak kena
pada tempatnya ini bukan sahaja melanggari etika perdebatan
bahkan mencemarkan kesucian ayat-ayat al-Qur'an itu sendiri. Oleh
yang demikian, dakwaan bahawa mereka 'membela al-Qur'an' telah
dibuktikan sebaliknya oleh cara dan tindak-tanduk mereka sendiri!
Misalnya, isu
adab memberi salam. Walaupun sudah berulangkali diterangkan
bahawa arahan memberi salam dalam ayat 6:54 itu adalah dalam
arahan umum dengan disertakan beberapa dalil yang qati'e, mereka
masih tetap dengan pegangan mereka melabelkan 'kafir' kepada
sesiapa sahaja yang memberi salam selain yang demikian (i.e
"salamum 'alaikum').
Dengan
pertolongan Allah, saya menjumpai 2 lagi cara penyampaian salam
di dalam al-Qur'an sendiri yang berlainan daripada yang
dimaksudkan iaitu:
i)
"salamun 'ala manittaba'al huda " – keselamatan
untuk orang yang mengikut petunjuk (Taa Ha; 20:47).
Cara salam ini
kalau tak silap saya juga terdapat di dalam kandungan surat Rasulullah(SAW) kepada Hercules sebagaimana tertulis di dalam
sahih Bukhari sebagai satu cara memberi tawaran/dakwah/pembuka
kata ditujukan kepada mad'u yang belum Muslim.
ii) Malaikat
mengucapkan "salaaman", dijawab oleh Nabi Ibrahim
(AS),"Salaamun", sebagaimana tertulis pada ayat 25,
surah az-Zariyat.
Kenyataan GAH
bahawa sesiapa yang mengucapkan selain dari "salamun
'alaikum"sebagai kafir seolah-olah menganggap bahawa Allah
sekali lagi bersikap 'double-standard', juga membawa implikasi
melabelkan malaikat dan Nabi Ibrahim (AS) sebagai 'kafir'.
Alangkah buruk fahaman mereka ini! Sikap DEGIL dan tidak mahu
menerima kebenaran hujjah lawan sebaliknya berusaha terus untuk
menegakkan fahaman mereka pada saya menjadi pemangkin (catalyst)
kepada kesesatan mereka.
Sikap inilah
yang ditunjukkan oleh para kafir Quraish apabila cabaran mereka
disambut oleh Rasulullah (SAW), untuk membelah bulan dengan
tangan/jari Baginda. Apabila Baginda berjaya melakukan sebagaimana
yang dipinta, mereka masih tetap engkar walaupun sebelumnya
mereka berjanji akan akur jika Baginda berjaya melakukan
sedemikian. Kisah inilah yang menjadi antara intisari
latar belakang turunnya beberapa ayat awal surah al-Qamar (lihat
rakaman sikap mereka di dalam surah al-Qamar, ayat 1-7 - untuk
keterangan lanjut, rujuk kitab-kitab tafsir).
Sikap degil dan
tetap kepada kefahaman sendiri walaupun telah dibuktikan salah
inilah yang menandakan seseorang itu telah betul-betul sesat.
Iblis laknatuLlah sendiri tahu bahawa dia telah sesat dan salah,
tetapi tetapberdegil dengan sikap egonya, malahan berusaha
menyesatkan manusia pula untuk mengikut jejak langkahnya. Mereka
yang bersikap begini, bagi saya memang patut sangat dihapuskan
kerana mereka sebenarnya sudah tenggelam di dalam kesesatan
bahkan boleh menyesatkan orang lain pula. Tidak guna berdakwah
kepada kumpulan sebegini kerana ia tidak akan membawa mereka ke
mana malahan membazirkan masa kita sahaja. Sebagaimana arahan
Allah kepada NabiNya (SAW) selepas peristiwa al-Qamar itu, yang
antaranya bermaksud:
"Maka
berpalinglah engkau daripada mereka. (Pergilah) pada hari menyeru
yang menyeru (malaikat) kepada sesuatu yang munkar (i.e.
huru-hara Hari Kiamat)";[al-Qamar, 55:6].
Itulah sebabnya
saya dan beberapa ikhwan telah menjauhkan diri daripada berhujjah
dengan mereka walaupun diminta oleh beberapa netters. Ajakan
mereka untuk berhujjah itu hanyalah mencari publisiti murahan
untuk promosi ajaran anutan mereka, bukannya untuk mencari
kebenaran. Maka tidak perlu lagi dilayan kerenah mereka, malahan
kalau ada kesempatan dan peluang, hapuskan mereka sebagaimana
maksud hadis sahih Bukhari yang pernah saya bawakan dahulu. Puak
GAH tetap degil dengan kefahaman mereka walaupun ditunjukkan
dalil yang kuat dan qat'i diambil daripada al-Qur'an yang
kononnya mereka junjung. Sikap beginilah yang membawa mereka
terus jauh daripada kebenaran, bahkan cuba menyesatkan orang lain
pula. Maka sikap suka berdebat beginilah yang perlu dijauhi
kerana ia merupakan sifat yang menyesatkan. Teringat saya kisah
Syeikh Siti Jenar yang masih tetap mahu berdebat walaupun hampir
dipancung oleh Sunan Kali Jaga dalam kisah Wali Songo yang
popular (akh Hafidzi, tolong betulkan jika ana tersilap fakta).
Mungkin tanpa disedari M. Nasir sendiri (kerana beliau
mendedahkan dalam majalah "Tamaddun"
keluaran Februari, 1998, tujuan beliau hanya untuk duit!), kisah
ini terakam dalam lirik lagu "Tanya
sama itu Hud-hud" :
"Oh! Sang
algojo..( Siti Jenar berkata kepada Tukang pancung, i.e., Sunan
Kali Jaga)
Oh! Nanti
dulu..
Berikanku
kesempatan akhir ini
Untuk
menyatakan kalimah sebenar (masih nak berdebat w/pun dah hampir
ajal)
Berikanku
kesempatan akhir ini Lai! Lai! Lai! Lai! (perkataan yang
mengarut/syirik)"
Maka
sepertimana yang telah dilakukan oleh sunan Kali Jaga, jika
ditemui lagi golongan sebegini, tak usah layan lagi kerenah mereka. Kalau ada peluang, bunuh
saja! Semoga tulisan ini bermanfaat untuk saya dan antum semua.
Segala kesilapan adalah disebabkan oleh kejahilan saya jua, harap
ditegur. Semoga kita terselamat daripada fitnah GAH dan bermacam
lagi fitnah akhir zaman ini. Insya Allah bersambung dengan faktor
yang lain pula...
Wassalamu'alaikum
...!
Saudaramu dalam
Islam: Rozi Bin Muda
No comments:
Post a Comment