Thursday, 13 March 2014

meragai sukma

Getaran jiwa yang meragai sukma


Getaran jiwa yang meragai sukma.
Gambarfoto Profesor Sifuli sedang menghayati getaran jiwa yang meraga sukma Profesor Dr Sir Mugeni Samerin di seminar Quantum Spritual Terapi bertarikh 1hb Mei 2013 di Pusat Aura Reiki Seccess Teluk Intan Perak.
Jika tenaga atom lebih hebat daripada tenaga letrik. Kini tiori quatum telah menemukan tenaga nukliar yang lebih halus tetapi mempunyai daya tenaga yang jauh lebih hebat berbanding dengan tenaga atom dan kimia.
Setiap benda yang boleh dilihat dengan mata adalah terbina dari atom yang tidak boleh dilihat dengan mata kepala, maka apatah lagi jirim yang membina atom yang berasal dari daya tenaga getaran gelombang quantum. Quatum adalah getaran denyutan tenaga yang membina atom setiap benda yang menghayati kehidupan alam semesta.
Tenaga jiwa manusia juga adalah merupakan quantum kepada alam semesta. Di alam jiwa manusialah terletaknya pancaindera yang ke enam yang terdiri daripada perasaan, kesedaran, pemikiran dan kefahaman yang melingkupi segala ruang dan waktu. Kerana segala yang ingin diwujudkan dalam ruang dan waktu boleh dirancang oleh fikiran Manusia.
Para sainstis juga telah membuktikan dengan ujikaji mereka bahawa tenaga kesedaran jiwa manusia boleh menimbul dan memusnahkan zat atau benda. Tenaga jiwa manusia adalah merupakan janakuasa tenaga alam semesta (mikro kosmos)yang tidak di manafaatkan oleh kebanyakan manusia.
Dengan menggunakan tenaga jiwa berserta doa yang jelas dan terarah bermakna kita telah melepaskan tenaga ke alam semesta (makro cosmos). Ketika inilah alam fikiran bawah sedar manusia telah berada dalam mekanisma quantum tenaga alam kerohanian yang menghayati kudrat, iradat. Ilmu dan hayat tuhan semesta alam. Orang yang dalam keadaan tenang Ketegangan gelombang otaknnya mengendur dan menimbulkan rasa nyaman. Otaknya menghasilkan hormon serotonin dan endorphin yang mengimbangi denyut jantung, melebarkan pembuluh darah serta meningkatkan imunasi tubuh badan.
Hanya mereka yang merasa badannya selesa, matanya tertutup, nafasnya panjang, fikirannya memusat tidak merewang, terasa berat dari kepala hingga ke kaki, bebas dari keadaan kelilingnya yang berhasil memperolehi tenaga mikrikosmik dengan makrokosmik ia itu menghayati alam semesta.

No comments:

Post a Comment