Thursday, 13 March 2014

Sakit tuan

Sakit tuan

Sakit tuan
Sakit tuan adalah kesan daripada kelemahan tenaga zahir dan batin yang membina kesihatan tubuh badan untuk mencegah penyakit. Sakit tuan adalah genjala awal sebelum mereka yang telah mendirikan rumahtangga diserang berbagai jenis penyakit seperti kencing manis, lemah jantung, darah tinggi dan sebagainya. Sakit tuan adalah diakhiri dengan penyakit mati pucuk.
Punca penyakit tuan dan puan adalah bermula kelalaian membina kesihatan diri sejak akhir baligh. Jika sebelum usia akil baligh makan minum serta tidur baring perlu teratur untuk membina keseimbangan tubuh badan, setelah akil baligh kesempurnaan membina kesihatan diri untuk beranak pinak dan menurut adat resam manusia pula perlulah di patuhi.
Kelalaian membina kesihatan diri terutama amalan bersuci seperti menguruti tubuh badan ketika berwuduk dan mandi adalah membina kotoran tubuh badan yang melemahkan tenaga batin seperti tidak mengalami mimpi basah, kelembutan tubuh badan lelaki seperti wanita dan dan pertumbuhan alat kelamin yang tidak sempurna adalah melemahkan tenaga batin dan kematangan pemikiran.
Pemikiran yang tidak matang mendorong perlakuan perhubungan seks liar diantara lelaki dan perempuan seperti haiwan yang tidak menurut adat resam manusia sebelum berumahtangga pula mencemari diri dengan kekotoran penyakit kelamin yang mengundang sakit tuan.
Kedangkalan pengetahuan melakukan urutan batin setelah berumahtangga untuk membina kesihatan tubuh badan juga adalah punca kepada sakit tuan. Urut batin diantara pasangan suami isteri perlu menurut tertib yang bermula dengan mengawan, dituruti dengan bersetubuh, kemudian bersenyawa dan diakhiri dengan bersatu. Banyak dikalangan mereka yang cuma beradu tenaga diantara suami isteri ketika melakukan urutan batin sehingga melemahkan tenaga tubuh badan yang menjadi punca sakit tuan.
Kelalaian sang isteri mengurut tubuh badan selepas bersalin untuk membersihkan darah kotor dari badan dengan sempurna akibatnya menganggu kitaran darah haid yang teratur setiap bulan dan mengalami penyakit keputihan. Keputihan mendinginkan faraj wanita dan melemahkan kehangatan zakar suami yang mengurutinya.
Pertumbuhan rumah urut yang menawarkan perkhidmatan wanita untuk menguruti batin lelaki bagaikan cendawan adalah untuk memenuhi permintaan lelaki yang tidak mampu lagi menguruti batin isterinya yang kedinginan.
Amalan suami menggunakan pelacur untuk menguruti batinnya bukan sahaja menerbitkan berbagai penyakit tubuh badan, malahan menerbitkan penyakit jiwa dan sosial.
Oleh itu kesedaran masyarakat terhadap kewajipan mempelajari urutan untuk membina kesihatan dan mencegah penyakit perlulah diberi perhatian oleh semua pihak sepanjang hayatnya.

No comments:

Post a Comment