Adakah Kad Kredit Haram Dalam Islam?
Disediakan Oleh :
Ust. Zaharuddin Abd Rahman
Universiti Al-Yarmouk, Jordan
zaharuddin@yahoo.com
Ust. Zaharuddin Abd Rahman
Universiti Al-Yarmouk, Jordan
zaharuddin@yahoo.com
بسم الله الرحمن
الرحيم
Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam,
selawat dan salam buat Rasul junjugan Nabi Muhammad SAW, pemimpin para
du’at dan Mujahidin yang telah sempurna menyampaikan amanah dan risalah
serta memberika ingatan dan berita baik kepada seluruh manusia. Juga
salam ke atas para ahli keluarga Baginda SAW, para sahabatnya yang
terpilih serta mujahidin/at dan muslimin/at yang menurut jalan kebenaran
Islam.
Penulisan ringkas dan padat ini akan
menyentuh aspek berikut :-
- Pengenalan ringkas jenis Kad Kredit utama yang terpakai di dunia sekarang.
- Hukum setiap urusniaga dan yg berkaitan dgn Kad Kredit.
Penulisan ini ditujukan khas bagi setiap
pengguna kad kredit yg mengambil berat di atas hal ehwal halal dan haram
dalam urusannya dan kepada setiap insan yang ingin menambah maklumat,
bagaimana pun penulisan ini dibuat dlm bentuk ringkas, tanpa menuruti kaedah
penulisan tesis ilmiah. Ia sekadar suatu bentuk artikel separa ilmiah
dituju pada umum dan diharap dpt menjelaskan ‘mawqif’ (pendirian)
Islam terhdap kontrak yang kian polpular di kalangan masyarakat hari ini.
RINGKASAN MAKLUMAT DAN LATAR BELAKANG KAD KREDIT
1. Takrif Kad Kredit
Menurut Kamus Oxford : “
Ia adalah satu
kad yang dikeluarkan oleh Bank atau mana-mana pihak lain, yang mana ia
memberi kemudahan kpd pemegangnya utk memperolehi barang-barang
keperluannya secara tangguh bayaran (Hutang)”
‘Hutang’ dari sudut syarak menurut
takrifan Al-Qadhi Ibn ‘Arabi “Iaitu urusan pemindahan (pertukaran)
hak milik (secara jual beli atau seumpama dgnnya), yang mana salah satu
pihak secara tunai manakala pihak kedua secara tangguh di atas
tanggungannya (dgn masa yg ditetapkan atau tidak)”
Manakala Takrifan yang dikeluarkan oleh Ketetapan Majlis Kesatuan Fiqh
Islam Sedunia (Majma’ Fiqh Islami) bagi Kad Kredit adalah :
“Satu bentuk penyata sandaran (penyata keterangan) yang diiktiraf,
diberikan oleh pengeluar kepada mana-mana individu atau pihak yg
diiktiraf melalui kontrak diantara kedua-dua belah pihak, ia membolehkan
pemegangnya membuat pembelian barangan atau khidmat2 dari semua pihak
yang mengiktiraf penyata sandaran (kad Kredit) tadi, tanpa perlu
membuat pembayaran tunai (segera), kerana ia mengandungi jaminan
pembayaran dari pihak pengeluar.”
2. Jenis Kad Kredit
Pembahagian jenis Kad Kredit berdasarakan
cara-cara pelangsaian bilnya adalah seperti berikut :
a)
Kad Kredit Jenis (Charge Card)
Ia adalah kad kredit yang mewajibkan
pemegangnya membayar bil penggunaannya setiap bulan.
·
Antaranya jenisnya :
American Express (Hijau), Diners Club.
·
Antara cirinya yang
terpenting :-
1)
Tidak disyaratkan pemegangnya membuka Akaun Simpanan di Bank
Pengeluar @ Pihak Pengeluar Kad. Juga tidak disyaratkan pemegang
mengemukakan apa jua Jaminan Tunai kpd Bank Pengeluar bagi melangsaikan
seluruh hutang2nya hasil penggunaan kad.
2)
Pemegang kad diberi had tertentu (Credit Line), lalu ia
boleh menikmati seluruh hak hutang piutang (bayaran tangguh) dalam satu
had ‘tempoh izin tangguh jangka pendek’ yg telah ditentukan, iaitu
tempoh antara waktu belian dan waktu wajib langsaian bil. Biasanya dalam
55-60 hari, ketika itu, pemegang akan dibekalkan dgn penyata bulanan
yang menyebut transaksi urusniaga yang telah digunakan.
3)
Jika pemegang lewat melangsaikan kos penggunaannya dari waktu yg
ditetapkan, maka pengeluar akan mengenakan penalty akibat lewat yang
telah ditetapkan di dalam kontrak perjanjian. Mungkin juga akan ditarik
balik kad dan dibuang dari keahlian dan sebginya.
4)
Mungkin juga pemegang kad jenis ini perlu membayar yuran
permohonan sekali sahaja, dan juga yuran pembaharuan kad tahunan.
b) Kad Kredit Yang Menerima Pembaharuan Bil (Revolving Credit Card)
* Jenis ini adalah yang paling banyak tersebar di seluruh dunia. Antaranya Visa Card, Master Card, Diners Card, American Express Card.
·
Ia juga mempunyai banyak ciri
yang sama dgn yg pertama tadi cuma terdpt beberapa perbezaan utama.
·
Pemegang Kad tidak wajib
melangsaikan ‘kos guna’ nya secara keseluruhannya setelah mendapat
penyata bil dari pengeluar dalam tempoh izin yg diberikan, TETAPI
DIBENARKAN UTK MEMBAYAR HANYA NISBAH KECIL DARI BIL . Manakala bakinya,
pemegang diberi pilihan samada ingin melangsaikannya dalam tempoh izin
yg diberi tersebut ataupun dibiarkan bakinya lalu pihak pengeluar akan
mengenakan faedah daripada jumlah bil yg tertangguh ini.
·
Kad ini tidak mempunyai had
tertinggi penggunaan. Ini bermakna pemegang boleh berbelanja sbyk mana
yg disukainya dan hanya perlu membayar nisbah kecil dari bil, manakala
bakinya boleh dibayar secara bertangguh dgn dikenakan peratusan faedah.
·
Pemegang Kad boleh
menggunakannya samada di dalam ataupun di luar negara di mana2 shj
asalkan pihak peniaga mengiktirafnya.
·
Ia mempunyai 3 jenis
kebiasaannya : Kad emas, Kad Perak dan Kad Biasa.
HUKUM
BERKAITAN DGN PENGGUNAAN KAD KREDIT
1. Kontrak dan Hubungan Antara Pengeluar,
Pemegang dan Peniaga.
Secara amnya, jenis kontrak yang dibuat
antara pemegang kad, Pengeluar dan pihak ketiga adalah diktiraf di dalam
Islam. Pandangan yang terkuat di dalam hal ini adalah hubungan Al-Kafalah
(Jaminan). Dimana ‘Kafil’ (adalah Penjamin-Pengeluar Kad),
‘Makful’ (Yang dijamin- Pemegang Kad) dan ‘Makful lahu’ (Penjual).
Semua ini adalah diiktiraf dan kontrak adalah sah di sisi Islam.
Kesannya, semua pembelian dibuat dgn kad ini, tiada lagi hak tuntutan
pembayaran dari peniaga kepada pemegang kad, kerana ia telah terpindah
kpd Pengeluar.
Maka tidak harus peniaga menuntutnya drpd
Pemegang Kad. Demikian pandangan Hasan Al-Basri, Ibn Sirin, Ibn Hazm dan
Majoriti Fuqaha. Pndangan mereka adalah berdasarkan kefahaman terhadap
tiga buah hadith Nabi yang diriwayatakn oleh Abu Daud, Tirmizi, Ahmad,
Al-Baihaqi, Ad-Dar Qutni dll. Justeru tulisan ini tidaklah ingin
memanjangkan bicara tentangya.
2. Yuran Penyertaan, Pembaharuan dan
Penukaran Kad
Hukumnya : HARUS, tiada masalah dari sudut
syarak, ia dianggap sebagai upah yang telah ditetapkan oleh pihak
pengeluar terhdp khidmat yg disediakannya. Juga HARUS jika terdpt
perbezaan jumlah yuran khidmat bergantng kpd perbezaan jenis khidmat.
Tetapi dgn syarat jumlah kos tersebut mestilah setara dgn khidmat
sebenar yg diberikan..jika ia melebihi kos khidmat sebenar, maka ia
adalah Riba yang diharamkan.
Demikian keputusan dalam Qarar (ketetapan)
dari Majma’ Fiqh Islami (Kesatuan Ulama Fiqh Islam Sedunia) pada
persidangnnya ke-3 , Okt 1986
3. Kos Tertentu Dari Peniaga kepada Bank
Pengeluar
Adakalanya pihak Bank pengeluar Kad
meletakkan syarat dlm kontraknya dgn para peniaga sejumlah ‘kos tertentu’
dalam bentuk peratusan yang dipotong dari Bil Penjual (Peniaga), yang
mana biasanya berlegar sekitar 2-5% atau 8 % dari jumlah Bil. (Lihat
Jones , Sally A, The Law Relating to Credit Cards, London, 1989 ,ms 14)
Hasilnya, apabila Peniaga membuat tuntutan
kpd Bank Pengeluar, maka Bank akan segera menunaikan bil (Pemegang
Kad) iaitu setelah dipotong jumlah kos yg disebut tadi. Kemudian pihak
Bank akan menuntut kos asal (tanpa potongan) hasil penggunaan kad
daripada pemegang kad.
Hukumnya : Harus . Berdasarkan
pendapat mazhab Hanafi yang sah. Jumlah kos ini dikira hadiah kpd . (Rujuk
Fatawa Hindiyyah, juga Fatawa Al-Bazaziyah, Al-Mabsut dll ),
Terdapat ramai para Fuqaha (Ulama Fiqh) mengganggap ia adalah upah wakil
(Ujrah wakalah) kpd Bank krn menjadi ‘wakil’ bagi Peniaga dlm
mempromosikan barangannya serta jaminan wujudnya pelanggan. Ia juga
boleh dianggap sbg Diskaun Khas dari peniaga kpd pengeluar. Ada juga yg
mengatakan ia sbg upah Broker (Ia adalah pandangan Prof. Dr Rafiq Al-Misri).
3. Syarat Mewajibkan Pemegang Kad Membuka
Akaun di Bank Pengeluar.
Bagi mereka yg ingin mendptkan kad, mereka
disyaratkan menyimpan sejumlah tertentu di dalam akaun bank pengeluar.
Ia sbg bukti pengiktirafan hak-haknya.
Hukumnya : Harus. Dalam Fiqh Islam, ia
mengambil hukum ‘Ar-Rahn’ (Barang Gadaian).
4. Hadiah dan Jaminan Khas Bagi Pemegang
Kad Emas (Gold Card)
Ia bertujuan utk menarik golongan menengah
dan atasan bg menyertai skim mereka. Maka utk tujuan itu, mrk menawarkan
beberapa bentuk hadiah dan skim Insuran Percuma dan Insuran Kemalangan
Perjalanan.
Dalam program Hadiah Ahli (Membership
Rewards), setiap US dolar hasil penggunaan Kad Emas, pengguna akan
mendapat satu mata. Dan mata ini akan bertambah dan jumlah mata
terkumpul tertentu akan membolehkan pengguna menikmati program melancong
percuma atau penginapan di hotel percuma, atau diskaun di restoran2 dll.
(Lihat : American Express Cards, an exclusive opportunity for a
select few)
Hukumnya :
- Hadiah Insuran percuma : Hukum Insuran Konvensional telah diputuskan oleh Sidang Majma Fiqh Islami yang pertama pd 1397 H, sebagai Haram krn mengandungi unsur Riba,Gharar, Jahalah, Judi dll. Bgmnpun dalam konteks ini, hukumnya berlainan kerana pemegang tidak membayar apa2 kpd syarikat Insuran, oleh itu ia tidak terjebak di dalam hukum haram yg diputuskan, malah ia dianggap sbg hadiah galakan shj dan hukumnya adalah Harus. Ini adalah krn ia bukannya maksud kontrak tetapi hanya tabi’ (perkara sampingan yang terhasil dr perjanjian). Telah diiktiraf dalam Kaedah Fiqh bhw (Dimaafkan yg berlaku pd tawabi’ dan tidak pd lainnya- Rujuk Majalah al-Ahkam Al-‘Adliyah).
2. Hadiah2 lain : HARUS atas dasar
sumbangan dan derma dan galakan. Asalkan ia tidak terjebak dlm muamalat
Bank Konvensional Ribawi. Juga dgn syarat hadiah ini terdiri drpd
perkara yg halal syarak. Bgmnpun dlm hal seumpama ini ,ulama Mazhab
Syafie tidak mengharuskannya atas dasar
‘Sadd az-Zarai’ (Menutup
jalan haram dari berlaku).
5. Syarat Menamatkan Kontrak
Menurut Kehendak Pengeluar Shj
Iaitu pihak pengeluar mempunyai hak utk
menamatkan kontrak wp tanpa persetujuan Pemegang kad.
Hukumnya : Syarat ini diterima dan HARUS
di sisi Syara’, kerana kontrak yg diikat adalah termasuk dalam bab
Kafalah. Ia telahpun dinaskan sbg kontrak ‘Ghair Lazim’ (Boleh
ditamatkan kontrak tanpa persetujuan kedua-dua belah pihak). Terutamanya
apabila pemegang kad melanggar perjanjian kontrak.
6. Membeli Emas & Perak dgn Kad Krdit
Majoriti Fuqaha’ (Ulama Fiqh) telah
menegaskan bhw antara syarat sah pembelian emas dan perak dgn wang
kertas mestilah transaksi pertukaran berlaku ketika itu juga tanpa
sebarang penangguhan, ia disebut at-taqabud fil hal dlm istilah
Fiqh. Ia adalah berdasarkan Hadith Nabi SAW yg jelas menyatakan perihal
tersebut. Wang kertas dianggap dari kalangan harta ribawi (usurious
items) dan demikian juga Kad Kredit.
Persoalannya : Adakah peniaga emas dan
perak menerima harga bayaran di tempat transaksi jual beli dilakukan?.
Dalam hal ini, Fuqaha Semasa menyatakan bhw At-Taqabud sebenarnya
telah terlaksana, iaitu dgn cara melalukan kad kredit tersebut di
alat bacaan kad kredit ketika pembayaran dibuat. Dgn tindakan ini,
semua maklumat telah dihantar ke Bank Pengeluar yang akan menguruskan
pembayaran selepas itu.
Maka hukumnya : HARUS dan at-Taqabud telah
berlaku secara al-Hukmi (secara hukumnya) dan telah tercapai,
sbgmnnya pembelian dgn cek..Demikian Qarar dan Fatwa dari Majma’
Fiqh Islami dalam sidangnya yang ke 9 pada April 1995 .
7. Pertukaran Matawang (Money Exchange
atau ‘As-Sarf’) Dgn Kad Kredit.
Biasanya, pemegang kad boleh menggunakan
kad ini di kebanyakan negara di dunia bg membeli apa jua barang yang
dikehendakinya, dgn penggunaan kad ini, maka pihak Bank Pengeluar akan
membayar Bil kegunaan di luar negara tadi secara segera dgn matawang
negara yg terbabit. Kemudian menuntut dari Pemegang kad dgn Matawang
tempatan (dgn menggunakan harga pertukaran hari tersebut - sbgmn
termaktub di dlm perjanjian) bagi membayar bil dalam tempoh izin sekitar
2-3 minggu.
Jelas, terdapat transaksi pertukaran
matawang (As-Sarf) dalam hal ini. Sbgmn maklum syarat dalam Islam
bg pertukaran wang adalah At-Taqabud fil hal.
Hukumnya : HARAM. Ini adalah krn kelewatan
Bank menerima timbal balik dari pemegang kad, bg pertukaran matawang yg
telah dilakukannya. Bank hanya mendapat timbal tukaran itu selepas 2-3
minggu, ini kerana Bank menuntut Bil dari pemegang kad hanya selepas
dikeluarkan bil penyata selain memberinya had tempoh izin. Justeru tiada
taqabud haqiqi ataupun hukmi berlaku disini. Lalu Hukumnya
adalah HARAM kerana berlaku Riba Buyu’ .
BGMNPUN dikecualikan dr haram dalam
keadaan dharurat dan keperluan yg amat sgt.
8. Denda Kerana Lewat Langsaian Bil bg
‘Charge Card’.
Terkandung di dalam syarat kontrak bg
‘Charge Card’, bhw pemegang kad akan menanggung denda akibat kelewatan
melangsaikan bilnya dalam tempoh izin. Sudah tentu ia berbentuk wang.
Hukumnya : HARAM, terdapat unsur Riba
An-Nasiah (Riba Hutang) yang sgt dilarang di dalam Islam kerana
terdpt unsur menzalimi manusia lain serta memakan harta manusia tanpa
haq. Telah Ijma’ seluruh ulama muslim pengharaman riba ini.
Demikian Keputusan hasil persidangan Fiqh
bagi Kad Kredit di Bahrain pada Nov 1998. BGMNPUN terdpt keputusan
berbeza dari persidangan AL-BARAKAH ke 12, yang memutuskan HARUS, ia
berdasarakan sebab kelemahan kefahaman agama dan kesengajaan dalam
melewatkan dlm melangsaikan Bil walaupun mampu. Demikian juga pandangan
Syeikh Prof. Mustafa Ahmad Az-Zarqa. Pandangan yang lebih kuat adalah
HARAM.
9. Bunga @ Faedah Dikenakan bg
Memperbaharui Bil Bg Credit Card
Terkandung dlm syarat kontrak ‘Credit
Card’ syarat , bg pemegang yg tidak ingin melangsaikan bil secara
sepenuhnya, maka bil yg berbaki tersebut akan dikenakan faedah.
Hukumnya : HARAM, ia adalah Syarat Riba
yang dilarang di dalam Islam tanpa sebarang ragu2. Demikian keputusan
persidangan Fiqh bagi Kad Kredit di Bahrain pada Nov 1998.
Soalan : Adakah harus seorg muslim memohon
Kad ini, yg jelas mensyaratkan faedah bg bil berbaki?
JAWAPAN : Asalnya adalah HARAM dan batal
syarat tersebut. Bgmpun terdpt pengecualian apabila ada keperluan
mendesak dan tiada pilihan lain, ketika itu hukumnya HARUS, dgn syarat
membayar penuh bil tanpa meninggalkan sebrg baki yg boleh dikenakan
Faedah.
10. Mengeluarkan Wang dgn Kad Kredit
Ia dianggap pemegang kad membuat pinjaman
kpd Bank Pengeluar Kad secara langsung melalui ‘Auto Teller Machine’
bank pengeluar atau cawangannya atau melalui ATM Bank Lain (di kira
sbg wakil).
Hukumnya :
1. HARUS, jika pemegang mempunyai wang
yang mencukupi dalam akaunnya. Ketika itu pemegang kad seolah2
mengeluarkan wangnya shj. Jika diambil dr bank lain juga demikian. Dan
Harus pihak bank mengambil kos upah dgn kadar khidmat mereka yg
sebenar.
2. HARAM JIKA Bank Pengeluar
mensyaratkan Faedah@bunga hasil pinjaman yang diberikan. Kerana ia
adalah Riba al-Qurudh. KECUALI JIKA PIHAK BANK PEMBERI PINJAMAN
HANYA MENGAMBIL KOS KECIL YG TETAP, HASIL KHIDMAT PEMPROSESAN YANG
DIBUATNYA SHJ. KETIKA ITU HARUS
, Demikian qarar Majma’ Fiqh
Islam Sedunia pada sidangnya ketiga pada 1986 M.
3. Jika Pemegang tiada jumlah yg mencukupi
di dalam akaunnya (berlaku overdraft) atau langsung tiada sbrg
akaun. Maka dianggap pengeluarannya itu adalah PINJAMANnya terhadap
bank..dan semua hukum pinjaman (al-Qardh) di dalam Islam adalah
terpakai ketika itu. Sbgmn Hadith Mawquf : ‘Kullu Qardhi Jarra Naf’an
Fahuwa Riba’ Setiap pinjaman yang mensyaratkan sebarang manfaat bg
pihak pemberi pinjaman adalah RIBA.
PENUTUP
Demikian beberapa bentuk urusniaga
yang terhasil dari penggunaan kad kredit, diharap ianya dpt memberikan
gambaran yang jelas terhadap seluruh hukum-hakam yg berkaitan dgnnya,
dan diberikan kita kekuatan utk menjauhi mana yang haram sedaya mungkin.
Sekian,
Irbid, Jordan
17 Jun 2003
Rujukan :
- Al-Bidaqah al-Bankiyah, Prof. Dr Abd Wahab Abu Sulaiman, Dar al-Qalam, Dimasqh , cet 1, 1998 m .
- Qadhaya Fiqhiyyah Mu’asiroh Fil Mal wal iqtisod, Prof. Dr Nazih Kamal Hammad, Dar al-Qalam, Dimasqh, cet 1, 2001 M.
- Bidaqah al-I’timan min Manzur Islami, Prof. Dr Abd Fatah Idris, Cet 1, 2001 M
- The Law Relating to Credit Cards, Jones , Sally A , London, 1989
- Majalah Majma Fiqh Islami , Bil 3 dan 8 , Sidang 1, 3 dan 9
- Al-Fatawa al-Hindiyyah, cet al-amiriyyah , Bulaq, 1310 H
- Al-Fatawa al-Bazaziyyah , cet al-amiriyyah , Bulaq, 1310 H
- Bitoqah al-I’timan, Al-Syeikh Dr Abd Satar Abu Ghuddah
- Al-Mabsut , Imam As-Sarakhasi, cet as-sa’adah, Mesir, 1324 H
- Hawl Jawaz Ilzam al-Mumatil bita’wid lid Dain, Majalah Dirasat Iqtisodiyaah Islamiyah, jil 3 , Bil 2, 1996 m
No comments:
Post a Comment