Assalamulaikum Warahmatullah
Disini banyak contoh yg
kita boleh pelajari dari negara sumber segala
maksiat ini iaitu Amerika Syarikat. Kerana telah
hampir 15 tahun disini ingin saya berkongsi
pengalaman dan muga kita dapat belajar
darimasalah yg mereka hadapi. Point yg perlu saya
kira ketika baik berhujah atau berbincang atau
berdemo bukan saja (seperti kain rentang
"respect Ramadan" ..SYABAS kepada
mereka pejuang kebenaran) setakat mahukan pihak
lain menghormati Islam dan semangat ketuanan org
Melayu.
Apa hujah kita jika mereka
kata, "Respect our needs to..to party and
have a good time". Walaupun semangat
ketuanan Melayu itu penting 'Allah tidak akan
mengangkat martabat kita jika apa yg kita mahukan
tidak selari dgn apa yg Allah mahukan buat kita'.
Allah tidak menyuruh kita bermegah dgn bangsa
kita. Dalam kutbah terakhir Rasulullah (saw)
baginda telah tekankan akan tiadanya perbezaan
antara Arab dan bukan Arab. Hanya ketaqwaan yg
menjadi kayu penyukat martabat seseorang itu
disisi Allah. Kita punya kebenaran yg mutlak
iaitu Islam dan segala ajarannya diberi oleh
Allah Taala inilah sepatutnya jadi kemegahan
kita.
Point yg saya kira perlu
diketengahkan antara lain hasil kajian saintifik
dalam bidang psikologi, sociology , perubatan dll
yg berkait akibat dari masalah-masalah ini. Ini
sangat-sangatlah penting supaya kaum bukan Islam
boleh menghargai dan faham kenapa Allah turunkan
segala bentuk larangan kepada org Islam. Berbalik
kepada permasalahan dibarat. Di sini saya sedar
masalah-masalah ini telah pun bermula diMalaysia
tapi masih diperingkat permulaan dan masih boleh
diubati. Masyarakat mereka walaupun maju
ekonominya masalah social dan kehidupan
masyarakat mereka umumnya sedang mengalami
masalah yg kronik. Setengah negara Eropah
mentertawakan US....diUS semuanya boleh.
Masyarakat US tidak mempunyai sebarang cultural
roots yg mantap. Mereka seolah-olah sedang
mengalami masalah jiwa yg kronik. Mereka begitu
mementingkan 'instant gratification'. Apa saja yg
mereka inginkan ketika itu ianya mahu dipenuhi
secepat mungkin. Ini termasuklah kekayaan(duit
dan harta benda - mereka berkerja amat keras) ,
rupa paras (cosmetic surgery antara cabang
business yg paling maju), 'having good time'
(mereka suka sangat berparty-lengkap dgn arak
mengalir macam sungai, wanita, sex dan dadah),
kasih sayang (malangnya ramai dari mereka 'are
looking at the wrong places'. Ibu bapa ,
saudaramara tidak dikasihi tapi dimasa yg sama
mereka kerap bertukar pasangan baik suami/isteri
maupun boyfriend/girlfriend dalam mencari cinta
sejati), makanan dan minuman (makanan mereka
mewah) dan banyak pembaziran dan apasaja yg
diingini oleh manusia biasa.
Apakah kita mahu menjadi
seperti mereka. Bukan saja Islam memandangkeji
akan segala maksiat ini, orang bukan Islam yg
sensitif kepada masalah akhlak turut menentang
culture sebegini. Saya percaya peminum arak
walaupun tidak sampai ketagih membawa bermacam ke
mudaratan bukan saja mudarat kepada kesihatan
tapi juga membawa imej buruk kepada sipeminum
lambat laun masyarakat akan 'pay the price' dgn
bertambahnya kadar jenayah dan pertambahan jumlah
individu bermasalah .
Begitu juga merokok yg
boleh menyebabkan kanser paru-paru dan
bermacamlagi penyakit yg bersangkutan. Saya rasa
tentu ramai DR yg boleh menulis dgn lebih
terperinci mengenai masalah kesihatan penagihan
arak, penagihanrokok dan dadah. Begitu juga
masalah ke sihatan hasil perhubungan sex bebas.
Mendidik masyarakat tentang bahaya dan akibat
masalah social bukan saja kpd individu tetapi
juga masyarakat umumnya adalah sangat penting.
Islam menghalang segala maksiat bukan saja kerana
perbuatan itu buruk tetapi juga akibat dari
perbuatan itu yg merosakkan individu dan juga
masyarakat sekeliling. Isu masalah ketagihan arak
boleh kita lihat amat serious di Amerika Syarikat
. Tahap umur mula ketagihan arak makin menurun
setiap tahun. Makin ramai yg mula minum arak
sejak umur belasan tahun. Mereka terpaksa
menubuhkan 'Alcoholic Anonymous' kalau saya tak
silap utk membantu mereka yg terlalu kronik
ketagihan arak.
Mahukah kita terpaksa
menasihati anak-anak kita dari darjah tiga dan
empat akan bahaya ketagihan arak?. Mahukah kita
lihat arak dijual dikedai-kedai runcit?. Ini
tidak mustahil terjadi dalam 10 tahun kehadapan
kalau sudah ramai yg menerima arak sebagai
minuman biasa seperti di turki. Percampuran
bebas/ hilangnya maruah/ anak luar nikah. Kalau
sudah terlalu ramai anak luar nikah tidakkah kita
risau apabila tiba masa kita hendak mencari jodoh
utk anak-anak kita kelak. Bagaimana pula dgn
rakan sedarjah mereka hendakkah kita anak-anak
kita yg masih bersih berkawan dgn anak luar nikah
yg ibu atau bapanya tak keruan peribadi dan
matlamat hidup mereka?. Hendakkah kita sipenjual
karipap disiang hari malamnya ada kerja maksiat
lain. Mahukah kita terpaksa mengajar anak-anak
kita yg masih setahun jagung tentang bahaya aids,
dan segala macam 'sexually transmitted diseases'.
Mahukah kita menjadi tidak bebas lagi utk makan
diluar kerana takutkan penyakit si Penyedia
makanan!
Masalah maksiat ini adalah
masalah KITA SEMUA. Kita perlu bersuara lebih
keras dan lantang. Jika kita tidak berbuat
sesuatu sekecil mana pun kearah membenteras dan
menutup segala punca maksiat ini dimasa depan
mungkin bukan masa kita tapi masa depan masa
anak-anak kita.
No comments:
Post a Comment