Sunday, 9 March 2014

Renungan

Renungan


Sila kongsikan kisah ini agar dapat membantu rakan rakan kita yang ditimpa kesusahan.
Suatu hari….para sahabat NABI SAW bertanyakan kepada Saidina Ali RA. mengapa beliau kelihatan seperti kerisauan dan resah.
Jelas kelihatan wajahnya pucat dan tidak bermaya sedang memikirkan banyak masalah.
Semua orang maklum saidina Ali RA seorang yang miskin dan dapurnya jarang ada makanan.
Kemurungan wajahnya kelihatan seperti memikirkan satu masalah yang besar.
Lalu para sahabat bertanya kepada Saidina Ali, apa yang dia risaukan sangat sampai wajahnya murung dan panik.

Adakah kerana tiada makanan di dapurnya atau keluarganya tidak ada apa apa yang boleh diisi perut.
Lalu saidina Ali menjawab, dia risau dan takut mengapa hidupnya sekarang mudah sekali dan rezekinya bertambah baik dan berlimpah ruah. segala urusannya dimudahkan Allah SWT.
Adakah disebabkan kemudahan dan nikmat itu Allah SWT sudah tidak memandang padanya.
Adakah kesenangan yang dicapainya disebabkan Allah sudah tidak suka padanya.
Saidina Ali faham…orang yang selalu diuji Allah kasih padanya. Orang yang sentiasa ditimpa masalah adalah orang yang sentiasa mendapat perhatian daripada Allah SWT.

Mendengar jawapan itu…para sahabat yang lain juga mula merasa risau tentang diri masing masing.
Pernah suatu ketika para sahabat bertanyakan kepada Rasulullah SAW. Mengapa kehidupan mereka tidak seperti orang lain yang senang dan kaya raya.
Mengapa kehidupan mereka yang sentiasa dekat dengan baginda Rasulullah dan sentiasa beramal kepada Allah tidak diberi kesenangan dan kaya seperti orang lain yang melakukan maksiat.
Mengapa sahabat sahabat yang ikut Rasulullah dan beriman kepada Allah tidak diberi kekayaan dan kesenangan.
Lalu Rasulullah SAW menjawab ; Sesungguhnya orang orang yang kafir dan melakukan maksiat dan tidak beriman kepada Allah, Allah berikan rezeki berlimpah ruah dan tidak diuji kesusahan dan diberi kesenangan kerana Allah BENCI kepada mereka.
Sekarang ini saudara saudara kita ditimpa ujian banjir dan kehilangan harta. semoga ujian bagi mereka menjadi keinsafan buat kita yang diberi pengecualian dari ujian Allah. Alfatihah…

No comments:

Post a Comment