Ayat Suci Al-Quran dan Hadis berkaitan Kelebihan Bersedekah
Surah Ali Imran, ayat :92.
Kamu
sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu
menafkahkan sehahagian harta yang kamu cintai. dan apa saja yang kamu
nafkahkan Maka Sesungguhnya Allah mengetahuinya.
Dan
jika orang yang berhutang itu sedang mengalami kesempitan hidup, maka
berilah tempoh sehingga ia lapang hidupnya dan (sebaliknya) bahawa kamu
sedekahkan hutang itu (kepadanya) adalah lebih baik untuk kamu, kalau
kamu mengetahui (pahalanya yang besar yang kamu akan dapati kelak).
Surah Al-Baqarah.
(At-Taubah 9:75) |
AL-inFitar, ayat : 13
(Gunanya
catitan malaikat-malaikat itu ialah: untuk menyatakan siapa yang
berbakti dan siapa yang bersalah) – kerana sesungguhnya: orang-orang
yang berbakti (dengan taat dan amal kebajikan), tetap berada dalam
Syurga yang penuh nikmat;
Surah Al-Mutaffifiin
(Terpelihara) di tangan malaikat-malaikat yang menyalinnya dari Lauh Mahfuz;
(Malaikat-malaikat) yang mulia, lagi yang berbakti.
Surah ‘Abasa
Wahai
orang-orang yang beriman! Apabila kamu berbisik-bisik sesama sendiri,
maka janganlah kamu berbisik-bisik untuk melakukan dosa dan pencerobohan
serta perbuatan derhaka kepada Rasulullah; dan (sebaliknya) berbisiklah
untuk berbuat kebajikan dan bertaqwa. Dan hendaklah kamu tetap bertaqwa
kepada Allah yang kepadaNya kamu semua akan dihimpunkan (pada hari
kiamat untuk dihitung amal kamu dan menerima balasan).
Surah Al-Mujaadalah
(Susunan: Ibnu Umar Asseluluni)
Berikut adalah diantara hadis-hadis Rasulullah s.a.w. tentang kelebihan
bersedekah, mudah-mudahan dengan menghayatinya memberikan galakan
kepada kita semua untuk rajin bersedekah.
Hadis-1
[Mafhumnya] Orang yang mengusahakan bantuan (pertolongan) bagi janda dan
orang miskin ibarat berjihad dijalan Allah dan ibarat orang solat malam. Ia tidak
merasa lelah dan ia juga ibarat orang berpuasa yang tidak pernah berbuka.
(Hadis Riwayat: Imam Bukhari)
Hadis-2
[Mafhumnya] Barangsiapa ingin doanya terkabul dan dibebaskan dari
kesulitannya hendaklah dia mengatasi (menyelesaikan) kesulitan orang lain.
(Hadis Riwayat: Imam Ahmad)
Hadis-3
[Mafhumnya] Bentengilah hartamu dengan zakat, ubati orang-orang sakit (dari
kalanganmu) dengan Bersedekah dan persiapkan doa untuk menghadapi
datangnya bencana.
(Hadis Riwayat: Imam Ath-Thabrani)
Hadis-4
Hadis-hadis Kelebihan Bersedekah
[Mafhumnya] Tiap muslim wajib Bersedekah. Para sahabat bertanya,
“Bagaimana kalau dia tidak memiliki sesuatu?” Nabi S.a.w. menjawab, “Bekerja
dengan keterampilan tangannya untuk kemanfaatan bagi dirinya lalu
Bersedekah.” Mereka bertanya lagi. Bagaimana kalau dia tidak mampu?” Nabi
menjawab: “Menolong orang yang memerlukankan yang sedang teraniaya”
Mereka bertanya: “Bagaimana kalau dia tidak melakukannya?” Nabi menjawab:
“Menyuruh berbuat ma’ruf.” Mereka bertanya: “Bagaimana kalau dia tidak
melakukannya?” Nabi S.a.w. menjawab, “Mencegah diri dari berbuat kejahatan
itulah sedekah.”
(Hadis Riwayat: Imam Bukhari dan Imam Muslim)
Hadis-5
[Mafhumnya] Orang yang membatalkan pemberian (atau meminta kembali)
sedekahnya adalah seperti anjing yang makan kembali muntahannya.
(Hadis Riwayat: Imam Bukhari)
Hadis-6
[Mafhumnya] Barangsiapa diberi Allah harta dan tidak menunaikan zakatnya
kelak pada hari kiamat dia akan dibayang-bayangi dengan seekor ular bermata 2
Hadis-hadis Kelebihan Bersedekah
satu di tengah dan punya dua lidah yang melilitnya. Ular itu mencengkam kedua
rahangnya seraya berkata, “Aku hartamu, aku pusaka simpananmu.” Kemudian
nabi s.a.w. membaca firman Allah surat Ali Imran ayat 180: “Dan janganlah
orang-orang yang bakhil dengan harta yang Allah berikan kepada mereka dari
karunia-Nya menyangka bahawa kebakhilan itu baik bagi mereka. Sebenarnya
kebakhilan itu buruk bagi mereka. Harta yang mereka bakhilkan itu akan
dikalungkan kelak di lehernya di hari kiamat. Dan kepunyaan Allah lah segala
warisan (yang ada) di langit dan di bumi.”
(Hadis Riwayat: Imam Bukhari)
Hadis-7
[Mafhumnya] Abu Dzarr R.a. berkata bahawa beberapa sahabat Rasulullah
s.a.w. berkata, “Ya Rasulullah, orang-orang yang banyak hartanya memperoleh
lebih banyak pahala. Mereka solat sebagaimana kami solat dan berpuasa
sebagaimana kami berpuasa dan mereka boleh bersedekah dengan kelebihan
harta mereka.” Nabi s.a.w. lalu berkata, “Bukankah Allah telah memberimu apa
yang dapat kamu sedekahkan? Tiap-tiap ucapan Tasbih adalah sedekah, Takbir
sedekah, Tahmid sedekah, Tahlil sedekah, Amar Makruf sedekah, Nahi Mungkar
sedekah, Berjimak dengan isteri pun sedekah.” Para sahabat lalu bertanya,
“Apakah memuaskan nafsu syahwat mendapat pahala?” Nabi menjawab,
“Tidakkah kamu mengerti bahawa kalau dipuaskan nafsu syahwat di tempat
yang haram bukankah itu berdosa? Begitu pula kalau syahwat diletakkan di
tempat halal, maka dia memperoleh pahala.
(Hadis Riwayat: Imam Muslim)
8-Hadis
[Mafhumnya] Tiap-tiap amalan makruf (kebajikan) adalah sedekah.
Sesungguhnya di antara amalan makruf ialah berjumpa kawan dengan wajah
ceria (senyum) dan mengurangi isi baldi mu untuk diisikan ke mangkuk kawan
mu.
(Hadis Riwayat: Imam Ahmad)
Dengan segala peralatan dan keperluan yang tidak
mencukupi, kebanyakkan rakyat Syria di kem pelarian terpaksa tidur
bertilamkan salji dan berselimutkan angin sejuk.
Alhamdulillah.. Walaupun kempen kutipan untuk musim sejuk Syria masih belum bermula, tetapi sudah ada yang datang ke pejabat Syria Care memberi sumbangan sebanyak 12 selimut tebal (toto).Pihak kami di Syria Care HANYA menghulurkan bantuan ke Syria seperti bantuan KEWANGAN dan KEPERLUAN ASAS SAHAJA (spt makanan ,pakaian & ubatan).
Bagi menghulurkan bantuan , anda boleh hubungi kami di :
Alamat: (SYRIA CARE OFFICE) No.38B, Jalan Bola Tampar 13/14, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
No comments:
Post a Comment