Kehidupan didunia ibarat sebuah madrasah pengajian, segala ilmu
diajar untuk memberi peluang kepada manusia bagi melengkapkan
perbendaharaan ilmu masing-masing. Allah SWT menyediakan tenaga
pengajar yg cukup mahir terdiri daripada para anbiya dan juga rasul
a.s dan kemudiannya disambung pula tugas mulia itu oleh para ulama
sehingga kiamat.
Justeru Tuhan telah melengkapkan segala keperluan untuk manusia
melepaskan diri dari kejahilan, sehingga tidak seorang pun didataran
Mashyar kelak boleh berdalih untuk menyatakan bahawa tidak ada
kemudahan untuk menimba ilmu, dan tidak mungkin dapat menafikan
bahawa para rasul telah melaksanakan tugasnya dengan sempurna,
kerana setiap rasul itu memiliki sifat tabligh yakni menyampaikan
setiap wahyu yang dikurniakan oleh Allah SWT .
Para rasul sudah menyediakan garis panduan yg selengkapnya, dan
menunjukkan jalan-jalan lurus dan selamat yg mesti dilalui oleh
manusia. Setelah dibentangkan dihadapan mereka jalan yg lurus, para
rasul juga memberikan beberapa amaran adanya bahaya jalan yg berliku
dan bersimpang-siur itu agar manusia waspada kerana jalan yg
bersimpang-siur itu boleh menyebabkan manusia tersesat jalan.
Firman Allah SWT didalam surah al-An’aam ayat 153 yang bermaksud;
“Dan bahawa inilah jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah dia dan
janganlah kamu tempuhi jalan yang lain, kerana jalan yang
bersimpang-siur itu akan mencerai-beraikan (menyesatkan)kamu dari
jalan –Nya . Yang demikian itu diperintahkan Allah kepadamu agar
kamu bertaqwa.”
Setelah dibentangkan dihadapan mereka jalan yg lurus andainya
masih ada juga yg menyimpang ke jalan yg membawa mereka ke arah
kesesatan, tiada siapa yang patut dipersalahkan , kecuali mereka
patut menyalahkan diri sendiri serta mengakui bahawa mereka tidak
mematuhi setiap petunjuk arah yang telah disediakan di sepanjang
jalan itu.
Ketika manusia terdampar didataran Mashyar jutaan tahun (menurut
ukuran masa dunia), dikala mengharungi kesengsaraan yg amat dashyat,
ramai dikalangan penghuni Mashyar yg terkenangkan kampung halaman.
Mereka menyesali diri kerana memandang sepi seruan para Rasul
dahulu. dan bersikap dingin keraan seruan dakwah oleh para ulama
terhadap para penyeru ke jalan Allah.
Setelah mereka menyaksikan setiap perkara di Mashyar teringatlah
dia kebenaran hari Qiamat yg diberitahu oleh para Rasul dahulu.Dalam
ratapan ahli Mashyar, merintih merayu kepada tuhan agar memberi
peluang mereka kembali ke dunia walau sejenak untuk memperbaiki
keimanan dan melakukan amal soleh, seperti yang digambarkan didalam
Al-Quran surah As-Sajadah ayat 12;yang bermaksud…….
“Dan (alangkah ngerinya ) jika sekiranya kamu melihat
orang-oranng yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan
Tuhannya, mereka berkata:Ya Tuhan kami, kami telah melihat dan
mendengar , maka kembalikanlah kami (ke dunia),kami akan mengerjakan
amal soleh , sesungguhnya kami adalah orang-orang yang yakin”.
Kesedaran yg terlewat hanyalah penyesalan yang tidak berfaedah,
kerana planet bumi untuk tempat kembali seperti yg dirayu oleh ahli
Mashyar itu sudah hancur. Manusia ingin pulang ke dunia, tetapi
tidakkah mereka datang dari dunia? Apakah yang menyebabkan mereka
abai terhadap kesempatan yang tuhan berikan untuk hidup didunia
dahulu?
Rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud : Dihari akhirat Tuhan
akan bertanya kepada setiap manusia :Hai manusia, bukankah Aku telah
kurniakan kepada engkau kemeriahan masa remaja? Untuk apakah kamu
habiskan masa remajamu? Tidakkah Aku telah kurniakan umur yang
panjang? Untuk apa umurmu itu kamu pergunakan? Bukankah telah Aku
kurniakan rezeki yang melimpah? Tetapi untuk apa kamu habiskan harta
itu? Bukankah Aku telah berikan kamu ilmu? Tetapi untuk apa ilmu itu
kamu gunakan.
Empat soalan penting yg di kemukakan oleh Allah SWT diakhirat
ialah yg pertamanya mengenai alam remaja, suatu lembaran hidup
selepas bermulanya taflik syarak. Tuhan tidak menanyakan seseorang
tentang alam kanak-kanak kerana usia kanak-kanak belum diberi beban
atau tanggungjawab memikul suruhan dan larangan yg terkandung
didalam syariat.
Alam remaja merupakan zaman kejutan kepada suatu perubahan emosi,
saat remaja mulai terdedah dengan persoalan kejantinaan. Suatu
cabaran baru mengenai panduan ,kawalan dan kejayaan dalam menghadapi
masa remaja bergantung kepada sejauh mana kefahaman supaya mampu
mengendalikan kehidupan yang lurus.
Runtunan masa remaja akan menjadi asas yang kukuh untuk
menghadapi cabaran usia yang berikutnya, tetapi kegagalannya akan
menjadi titik hitam yang merumitkan, terutama ketika menyediakan
jawapan terhadap soalan yang bakal dikemukakan oleh Allah SWT dihari
Mashyar kelak.
Apabila menempuh usia dewasa dan hari tua , bererti Tuhan telah
mengurniakan umur yg panjang. Mengharungi kehidupan yg panjang
bererti lebih banyak peranan yang harus di pikul. Sebagai individu
insan, berbagai kelengkapan perlu disediakan, iaitu iman yg
berasaskan ilmu wahyu, amal soleh merupakan buah kepada ilmu.
Sebagai ketua keluarga dia adalah ‘murabbi’, yang memikul peranan
dan tanggungjawab memimpin rumahtangga , mengasuh keluarga dengan
didikan berasas ketaqwaan. Sebagai anggota masyarakat, dia mempunyai
peranan sebagai pemimpin yang mengajak manusia ke arah mematuhi
ajaran Islam, atau menjadi manusia yang sedia dipimpin dalam suatu
wadah perjuangan Islam. Terlaksanakah semua beban kewajipan itu?
Selain itu, Tuhan menjanjikan rezeki kepada setiap hamba-Nya yang
diciptakan dimuka bumi ini. Manusia yg mempunyai peranan sebagai
khalifah, adalah makhluk istimewa yg dikurniakan berbagai kekayaan
dunia, samada kekayaan yg terpendam diperut bumi, kekayaan dilautan,
kekayaan didaratan dan juga kekayaan di udara.
Tetapi semua itu hanyalah merupakan alat-alat yg mesti
dipergunakan untuk melakukan ketaatan kepada Allah SWT. Bagaimana
cara mendapatkan kekayaan harta tersebut,samada dgn cara betul dan
halal atau cara yg terlarang.Untuk apa pula dipergunakan harta yg
melimpah ruah, adakah utk menjadi penghimpun kekayaan dan lupa
daratan seperti Qarun, samada Qarun klasik atau Qarun moden.
Segala yg bersangkutan dengan harta kekayaan Allah kurniakan itu,
adalah diantara soalan yg mesti dijawab didataran Mashyar kelak.
Harta halal yang terhimpun banyak, akan melambatkan seseorang masuk
syurga sebaliknya harta yang diperoleh dengan cara haram, akan
menjadi api pembakar untuk dirinya sendiri didalam neraka (wal iyazu
billah)
Persoalan ke empat didalam hadith Nabi s.a.w itu ialah mengenai
ilmu.Tuhan bertanya `Bukankah Aku telah kurniakan engkau ilmu?
Bagaimanakah ilmu itu dimanfaatkan'?
Sesungguhnya Allah SWT menjadikan manusia sebagai makhluk
istimewa mengatasi makhluk yang lain hatta malaikat sekalipun, tidak
lain kerana manusia dikurniakan ilmu pengetahuan. Justeru itu
manusia adalah makhluk sejak dari manusia pertama iaitu Adam a.s.
Firman Allah didalam surah al-Baqarah ayat 31;……..”Dan Dia
mengajarkan kepada Adam (ilmu) nama-nama (benda)seluruhnya, kemudian
mengemukakan kepada Malaikat lalu berfirman “Sebutkanlah kepada –Ku
nama benda –benda itu jika kamu memang dari golongan yang benar”.
Ternyata cabaran Allah SWT terhadap para Malaikat tentang
kelebihan ilmu pengetahuan yang dikurniakan kepada Nabi Adam a.s itu
tidak dapat disahut oleh Malaikat, sebagaimana pengakuan Malaikat
yang dinyatakan oleh Al-Quran surah al-Baqarah ayat 32; yang
bermaksud……
“Mereka menjawab :Maha Suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui
selain dari apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami sesungguhnya
Engkaulah Yang Maha Mengetahui lagi Bijaksana”.
Allah SWT mengiktiraf orang-orang yang berilmu kerana dengan ilmu
itu Allah telah mengangkatnya ke satu martabat yang tinggi,
sebagaimana firman Allah didalam surah Al-Mujaadilah ayat 11; yang
bermaksud….
‘Nescaya Allah akan meninggikan darjat orang-orang yang beriman
diantaramu dan orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat”.
Di samping itu,Allah SWT juga menyifatkan orang yang jahil itu
sebagai seteru-Nya seperti yang di perjelaskan oleh sebuah hadith
Rasulullah s.a.w; yang bermaksud…….
“Orang alim itu adalah kekasih Allah sekalipun dia fasiq,
sementara orang yang jahil itu adalah seteru Allah meskipun dia
seorang ‘abid’.
Meskipun demikian Tuhan akan persoalkan juga tentang ilmu yg di
kurniakan oleh Allah SWT terhadap hamba-Nya, kerana ilmu juga boleh
digunakan untuk kebaikan yang memberi manfaat dan mengangkat darjat
manusia . Sebaliknya ilmu juga boleh disalah gunakan, hingga
mendatangkan malapetaka dan kebinasaan terhadap manusia sendiri.
Terlalu banyak contoh manusia binasa oleh ilmu.
Demikianlah diantara beberapa perkara yang akan ditanya oleh
Allah SWT di hari Mashyar kelak, malah perilaku dan amalan baik atau
sebaliknya tidak akan terkecuali walau sedikitpun.
Firman Allah SWT didalam surah AL-Hijr ayat 92-93 yang
bermaksud;………`Maka demi Tuhanmu Kami pasti akan menyoal mereka
semuanya tentang apa yang telah mereka kerjakan dulu'.
Soalan dihari Mashyar bukanlah soalan bertaraf ijazah yang
bagaimana sulit pun pasti akan dijawab oleh mereka yang menguasai
ilmu.
Sesungguhnya soalan di dataran Mashyar tidak akan terjawab oleh
lidah, lantaran itu lidah yang petah tidak mendatangkan manfaat
lagi. Sebaliknya yang bakal menjawab adalah setiap indera , iaitu
tangan-tangan mereka , sementara kaki pula akan menjadi saksi bagi
mengesahkan pengakuan yang telah mereka lakukan.
Firman Allah SWT didalam surah Yasin ayat 65; yang bermaksud
……`Pada hari Kami tutup mulut mereka, dan berkatalah kepada Kami
tangan mereka dan memberi kesaksian kaki-kaki mereka terhadap apa
yang dahulu mereka usahakan'.
Sesungguhnya tergamamlah lidah apabila tangan dan anggota lain
saling membuat pengakuan terhadap berbagai dosa yang telah dilakukan
semasa di dunia dahulu………………………….
No comments:
Post a Comment