Sunday, 9 March 2014

TASAWUF - BAB PENIPUAN


Pengajian kita pada kali ini adalah dari bahagian Tasawuf dan pengajian kita ini adalah berdasarkan kitab bernama Mauizatul Mukminin atau 'kerengkasan daripada kitab asal iaitu Ihya' ULumuddin karangan Imam Ghazali r.h. Taala. Dan perkara yang hendak kita perkatakan dalam pengajian tasawuf kita ialah bab penipuan.
Sebelum kita pergi kepada pokok pengajian kita, elok juga kita katakan di sini tentang betapa pentingnya kita mempelajari ilmu tasawuf, lebih lebih lagi di akhir akhir ini di mana setengah setengah orang tidak lagi menghiraukan pengajian tasawuf ini kerana bagi mereka pengajian tasawuf ini menghalang kemajuan. Padahal ilmu tasawuf ini adalah satu pengajian yang dapat menjaga amal yang kita kerjakan itu benar benar ikhlas kepada Allah SWT. Ada setengah ulama mengatakan betapa sekiranya seseorang itu tidak mempelajari ilmu tasawuf dia akan selalu membuat dosa yang dia tidak selalumembuatdoayangdia tidak sedar. Manakala kalau dia mati, dia adalah mati dalam keadaan dosa yang tidak sedar. Dalam lain lain perkataan dia dikatakan mati dalam su ul khotimah. Seseorang yang mati dalam keadaan berdosa, walaupun dia tidak sedar, matinya tetap masuk neraka.
Dan sebelum kita meneruskan pengajian kita kali ini, elok juga saya ingatkan kepada kita semua supaya dalam kita memulakan setiap pengajian fardhu ain kita, eloklah kita betulkan niat kita kerana niat ini adalah penting dalam setiap amal bakti kita ituditerima sebagai ibadah di sisi Allah SWT. Di antara niat niat yang baik yang elok kita pasang pada diri kita ialah dalam kita hendak menuntut ilmu fardhu ain ini, hendaklah kita ingatkan bahawa ia adalah menjadi satu tuntutan syariat. Ertinya, kita mengaji fardhu ain kerana ianya memang dituntut oleh Allah SWT sepertimana sabda Rasulullah SAW, yang maksudnya:"Menuntut ilmu itu adalah diwajibkan bagi setiap Muslim."
Kemudian, niat yang kedua yang elok kita pasang pada diri kita ialah kita menuntut fardhu ain ini adalah dengan tujuan membebaskan diri kita daripada kegelapan. Dengan kata kata yang lain, kita menuntut ilmu supaya kita keluar dari kegelapan kepada alam keterangan. Sebabnya, alam ilmu itu merupakan alam cahaya manakala alam kejahilan itu ialah alam kegelapan. Ertinya, ilmu itu merupakan petunjuk manakala jahil itu merupakan kesesatan. Orang yang berada dalam kejahilan bererti bahawa dia tidak dapat petunjuk untuk menyuluh kehidupannya.
Seterusnya, niat kita yang ketiga ialah, kita menuntut ilmu ini dengan tujuan agar kita dapat mengamalkan ilmu yang kita pelajari sebagai panduan hidup kita di semua aspek dan semua bidangnya agar kita tidak tersesat di dunia ini dan agar kita terlepas daripada penderitaan Tuhan di alam neraka nanti. Dan di antara niat yang baik yang elok juga ada pada diri kita ialah, kita mengaji ilmu fardhu ain ini dengan tujuan agar ilmu yang kita pelajari ini dapat kita sampaikan sekurang-kurangnya kepada anak isteri kita dan kaum keluarga kita. Menyampaikan ajaran Allah ini kepada orang lain, termasuk pada anak isteri kita, adalah sesuai dengan kehendak syariat kita sepertimana yang disabdakan oleh Rasulullah SAW, yang maksudnya:"Sampaikanlah daripada aku walaupun sepotong ayat."
Inilah di antara niat yang mesti kita pasang dalam setiap pengajian fardhu ain kita agar kerja mencari ilmu kita ini menjadi ibadah kepadaAllahSWT. Bila kerja kita ini menjadi ibadah, maka yang akan kita terima dari Allah SWT ialah pahala. Andainya kita boleh memasang lebih banyak niat yang sesuai dengan syariat, maka lebih banyaklah pahala yang akan kita perolehi dari Allah SWT. Seperti umpamanya, kalau kita pergi sendiri ke satu satu majlis pengajian, selain dari kita hendak mencari ilmu kerana tujuan tujuan di alas tadi, kita niatkan juga supaya kita dapat bersilaturrahim, supaya dapat kita bertukar tukar fikiran untuk membangunkan masyarakat Islam.
Demikianlah kita memasang niat dalam satu satu urusan yang hendak kita lakukan. Ia mestilah dengan sebanyak banyak yang boleh, agar dengan niat niat itu, kita mendapat sebanyak banyak pahala di sisi Allah SWT. Sekarang, marilah kita memperkatakan tentang pengajian kita kali ini iaitu celanya penipuan. Sepertimana yang selalu kita perkatakan atau sepertimana yang selalu tuan tuan guru kita berkata, dunia ini adalah negara bala bencana dan ujian. Manakala akhirat itu merupakan negara kemurkaan Tuhan atau pun keredhaanTuhan. Jadi,kita yang hidupdiatas muka bumi Allah ini sentiasa diuji. Dari masa ke masa, dari hari ke hari, dari minggu ke minggu, dari bulan ke bulan dan begitulah seterusnya, kita tidak putus putus diuji oleh Allah SWT. Kita pula diuji dengan bermacam-macam ujian, dengan kesakitan, dengan kemiskinan, dengan kesusahan, dengan dikata orang, dengan difitnah orang, dengan bencana alam dan sebagainya dengan tujuan agar manusia disaring atau ditapis; siapakah di antaranya yang baik dengan yang jahat, siapakah di antaranya yang sanggup beribadah kepada Allah SWT dan siapa yang tidak sanggup, siapakah di antaranya yang taat kepada Allah dan siapa yang derhaka. Sebab itulah di dalam Al Quran dikatakan, maksudnya:"Allah lah yang menjadikan mati dan hidup ini agar Allah dapat menguji kamu siapakah di antara kamu yang lebih baik amalannya."(Al Mulk: 2)
Jadi di sini Allah sendiri telah menyatakan kepada kita yang Allah menjadi mati dan hidupitu, ertinya Allah menjadikan dunia dan akhirat itu untuk menguji manusia, siapakah di antara manusia ini yang lebih baik amalannya, siapakah yang lebih bertaqwa dan sebagainya. Jadi, kita hidup di atas muka bumi Allah ini sentiasa akan diuji oleh Allah SWT. Jadi, oleh kerana kita ini sentiasa diuji oleh Allah SWT yang mana kadang kadang ujian itu kita sedar dan kadang kadang kita tidak sedar, kadang-kadang ujian itu ringan dan kadang-kadang berat, yang ujian ujian itu pula datangnya tidak menentu, maka itu kita yang hidup di atas muka bumi Allah ini tidak dapat lihat Allah datangkan itu kita tidak tahu bila masanya, berat atau ringan dan sebagainya, macam mana kita boleh hendak relek-relek.
Mengapakah demikian caranya Alalh hendak memberikan ujian kepada manusia ini? Sebabnya, apabila manusia ini diuji, barulah dia akan tahu bagaimana dia berhadapan dengan ujian ujian itu. Apakah dia sanggup memikulnya atau tidak. Apakah dia akan sabar atau tidak. Dan begitulah seterusnya. Dan setelah manusia dapat menempuh ujian ujian yang Allah datangkan, barulah ada natijahnya. Dan natijah ini adalah di akhirat nanti, sama ada kemurkaan dari Allah atau keredhaan dari Allah SWT. Barang siapa yang berjaya menerima ujian dan selamat dari tipuan dunia ini, dia berjaya mendapat keredhaan Allah SWT, dan dia adalah orang yang berjaya di akhirat. Barangsiapa yang tidak berjaya menempuh ujian dan dia sentiasa dapat ditipu oleh dunia, maka dia akan mendapat kecelakaan dari Allah SWT dan di akhirat dia akan dihumbankan ke dalam neraka, waliyazubillah.
Jadi, dunia ini adalah negara bala dan ujian dan apabila didatangkan ujian ujian yang berbagai bagai bentuk dan berbagai bagai macam itu kepada manusia, apakah manusia tertipu atau tidak. Siapa yang tertipu, maka celakalah dia di akhirat dan siapayang tidak tertipu dengannya, berbahagialah dia di akhirat dengan syurga Allah.
Adapun ujian yang Allah berikan itu adalah bermacam macam. Di antaranya, Allah beri kita dengan bermacam macam nikmat. Apakah kita boleh bersyukur atau tidak. Kalau kita boleh bersyukur, maka kita adalah orang yang tidak tertipu oleh nikmat tetapi kalau kita tidak boleh bersyukur, maka kita adalah orang yang telah dapat ditipu oleh nikmat dunia. Allah timpakan ke atas kita kesusahan dan kemiskinan. Apakah kita boleh bersabar, atau tidak. Kalau kita boleh bersabar, maka kita tidak tertipu oleh kemiskinan dan kesusahan itu. Sebaliknya, kalau kita tidak dapat bersabar, maka kita telah ditipu oleh kesusahan dan kemiskian itu.
Kemudian Allah tentukan hartanya begian begian. Dia hendak banyak harta tetapi dapat sedikit. Allah tentukan juga anaknya begian begian. Dia hendak anak banyak tetapi dapat sedikit. Jadi setiap apa yang berlaku dalam kehidupan kita, sudah ditentukan oleh Allah SWT. Apa yang kita dapat itu tidak sebanyak mana yang kita yang kita mahu. Kita hendak sesuatu itu banyak, tetapi dapat sedikit. Dalam hal ini, kenalah kita redha. Soalnya, apakah kita boleh redha atau tidak. Kalau kita tidak boleh redha dengan ketentuan dari Allah SWT itu. Seandainya kita boleh redha dengan ketentuan dari Allah SWT itu, maka kifa telah berjaya mengelakkan diri kita tertipu oleh dunia yang melindung kita untuk nampak perkara perkara yang menjadi ketentuan Allah SWT.
Begitu juga, Allah uji kita dengan perintah supaya taat beribadah kepadaNya semata-mata sepertimana yang disebut dalam Al Qur'an. Apakah kita boleh taat dengan perintah Allah itu atau tidak. Kalau kita boleh taat dengan perintah itu, bermakna kita telah dapat mengelakkan diri daripada tertipu oleh dunia tetapi kalau kita tidak boleh taat beribadah kepada Allah, ertinya, kita sudah tertipu oleh dunia.
Seterusnya, Allah uji kita dengan perkara perkara yang lain, seperti Allah uji kita dengan larangan-laranganNya, dengan tegahan-tegahanNya. Allah adakan sempadan-sempadan dan hukum-hukum yang tidak boleh kita lakukan. Apakah boleh kita taat menjauhi larangan larangan dan tegahan tegahan Allah itu. Kalau kita boleh jauhi, kita tidak tertipu dengan larangan larangan itu tetapi kalau kita tidak boleh jauhi, kita sudah tertipu dengan larangan larangan itu. Begitu juga, kalau kita boleh berbakti kepada Allah SWT dan kalau kita boleh beramal kepada Allah SWT kerana memang itu yang dituntu oleh Allah SWT kepada kita, apakah kita boleh pula menjaga amal bakti kita itu kepada Allah SWT atau disebaliknya. Barangsiapa yang tidak boleh menjaga amal ibadahnya kepada Allah SWT, maka orang itu telah tertipu dan barangsiapa yang boleh menjaga amal ibadahnya kepada Allah SWT, maka orang itu telah tertipu dan barangsiapa yang boleh menjaga amal ibadahnya kepada Allah, orang itu terlepas daripada penipuan. Mengapa dikatakan demikian? Sebab, selepas saja kita melakukan amal bakti kepada Allah SWT, amal bakti itu kena kita jaga. Kalau tidak, ia akan rosak semula. Sebab itu, dalam hidup kini, jangan kita hanya fikir amal ibadah saja, lupa kita hendak memikirkan tentang penjagaan amal ibadah kita itu.
Katakanlah selepas kita beramal, di dalam hati kita termasuk dalam hari kita rasa ujub dan rasa riak. Disini kita telah tertipu dengan amal ibadah kita. Kita tidak boleh jaga ibadah kita. Sebab itu, selepas kita beribadah, jangan sampai kita tertipu dengan ibadah kita, riak sudah masuk ke dalam amal ibadah kita itu. Satu apa pun tidak dinilai lagi oleh Allah SWT. Jadi, amal bakti kita kepada Allah SWT kena kita jaga. Nampaknya, sampai kepada peringkat amal bakti kita kepada Allah SWT pun, belum tentu kita boleh berjaya. Seorang itu sampai sudah boleh beramal ibadah kepada Allah SWT. Sebabnya, sudah boleh beramal pun, kita masih diuji oleh Allah. Dengan sebab itu, tidak ada masa bagi kita untuk berlalai-lalai kerana setiap masa dan setiap ketika kita kena berjaga jaga. Ibarat kita berkebun dan bercucuk tanam, selepas kita bercucuk tanam, kita terpaksa pula menjaga tanam tanaman kita itu supaya tidak dirosakkan oleh musuh musuh seperti serangga dan sebagainya. Ertinya, kenalah kita pagar tanam-tanaman kita itu atau sekurang-kurangnya kita buat pondok-pondok kecil di tengah tengah ladang kita itu supaya kita dapat menjaga musuh musuh yang hendak datang merosakkan tanam tanaman kita. Jadi, kalau kita hanya bertanam saja tetapi kita tidak jaga dan tidak kawal tanam tanaman kita itu daripada musuh-musuhnya, takut takut letih saja kita bercucuk tanam. Kita yang letih bertanam, babi hutan yang kenyang, siput babi yang kenyang, lembu dan kambing yang gemuk.
Jadi, sudah sampai boleh bercucuk tanam sekalipun, namun belum tentu lagi dia boleh memetik hasilnya. Sebab, musuh musuhnya adalah banyak dan kalau musuh itu tidak dikawal dan tidak dijaga, musuh musuh itulah yang akan merebut apa yang kita tanam itu. Kita tidak dapat apa apa. Begitulah dengan ajaran Islam ini. Walaupun sudah berjaya kita meninggalkan yang haram dan makruh, namun belum tentu kita berjaya mendapat pahalanya di sisi Allah SWT, kalau kita tidak kawal amal kita itu sungguh sungguh. Jadi, setiap ibadah, kena kita kawal supaya tidak masuk ujub, tidak masuk riak, tidak masuk hasad dengki, lebih lebih lagi tidak masuk syirik. Kalau amal ibadah kita sudah bercampur dengan syirik, habis segala-galanya. Habis segala pahalanya daripada mula dia membangunkan amal ibadah itu waktu dia baligh sampailah kepada waktu dia melakukan syirik itu. Sebabnya perbuatan syirik merosakkan seluruh amal ibadah seorang itu, hatta membatalkan terus imannya. Kalau riak atau ujub atau hasad dengki, is hanya membatalkan ibadahnya yang bercampur dengan riak dan ujub dan hasad dengki, ia boleh mengikis pahala amal ibadah kita sedikit demi sedikti sampai habis. Sabda Rasulullah SAW, maksudnya: "Hasad dengki itu boleh menghapuskan kebajikan sepertimana api, ia menghapuskan kayu api."
Sebab itu, kalau kita sudah boleh beramal ibadah, jangan kita berbangga lagi kerana amal ibadah kita itu boleh rosak kalau ianya tidak kita kawal dan kits jaga daripada sifat sifatmazmumah di dalam dirikita. Lebih rosak amal ibadah kita, sekiranya kita tidak berakhlak. Dengan sebab itu jugalah, ulama ulama ada berkata, beramal dan beribadah itu adalah lebih mudah daripada menjaga amal dan ibadah itu. Buktinya, ramai orang boleh mendirikan sembahyang tetapi dalam dia riak, dia masih ujub clan sebagainya. Ertinya, nak mendirikan sembahyang itu adalah mudah tetapi hendak mengawal sembahyang itu daripada riak, hasad dengki, ego, sombong clan lain lainnya itu, adalah amat susah sekali.
Di sini barulah kita faham bahawasanya seorang yang sudah berjaya membangunkan amal ibadah itupun, dia belum tentu selamat lagi. Kalau begitu, betapalah dengan orang yang tidak beramal ibadah langsung, lebih lebih lagilah tidak selamatnya. Dan barulah kita faham juga bahawasanya, setakat sudah berjaya kits membangunkan amal ibadah pun, kita patut lagi bimbang kerana untuk mendapatkan pahala dari Allah itu adalah susah sekali. Untuk mendapatkan keredhaan Allah itu adalah amat susah sekali. Manakala kalau kita dapat merasakan bahawasanya mendapatkan keredhaan Allah itu adalah amat susah sekali, tentulah terasa pada diri bagaimana kita boleh selamat. Kalaupun kita boleh bangunkan ibadah, apakah kita boleh selamat atau tidak. Maknanya, tidak sempat kita hendak fikirkan tentang diri orang lain kerana kita asyik memikirkan diri kita, apakah kita selamat di akhirat atau tidak.
Maka itu, di sini dapatlah kita faham lagi bahawa setiap manusia ini akan diuji oleh Allah SWT, yang mana ujian itupula adalah berbagai-bagai bentuk dan berbagai-bagai macam. Sedangkan dalam kita melakukan amal ibadah kepadaAllahSWT pun, kita tetap diuji. Siapa yang dapat berhadapan dengan ujian-ujian itu, maka berbahagialah dia di akhirat dan siapa yang tidak dapat berhadapan dengan ujian itu, maka sengsaralah hidupnya di akhirat nanti. Dan orang yang berjaya berhadapan dengan ujian-ujian Allah itu ialah orang yang dapat melepaskan daripada penipuan. Tetapi orang yang tidak berjaya menghadapi ujian-ujian Allah, itulah orang yang tertipu dengan ujian Allah.
Maka itu, kita mesti melepaskan diri daripada penipuan dunia ini. Dan di antara cara cara bagaimana kita boleh mengelakkan diri dariapda penipuan ini ialah menurut Imam Ghazali r.h. Taala, seseorang itu mesti ada sifat sedar dan sifat cerdik. Kata Imam Ghazah, "Anak kunci kebahagiaan di akhirat ialah kebahagiaan yang hakiki dan kebahagiaan yang kekal abadi. Orang yang banyak memikirkan kebahagian yang kekal abadi. Orang yang banyak memikirkan kebahagiaan akhirat ialah orang yang dapat mengelakkan diri dari tipuan dunia. Cuma, orang yang berjaya mendapat kebahagiaan akhirat itu ialah orang yang mempunyai sifat sedar dan sifat cerdik. Apakah yang dikatakan sedar di sini? Sedar di sini, bererti sedar bahawa akhirat itulah tempat kembali dan juga sedar bahawa Allah itu maha berkuasa yang mana kuasa Allah itu bila bila masa pun boleh berlaku. Inilah dia orang yang sedar.
Kemudian, yang dikatakan cerdik itu ialah orang yang dapat mengelakkan dirinya daripada kecelakaan akhirat dan daripada kecelakaan akhirat dan daripada azab neraka Allah. Begitu juga, yang dikatakan orang cerdik itu ialah orang yang pandai mencari panduan hidupnya di semua aspek dan di semua bidang agar dia mendapat keredhaan Allah SWT. Orang yang cerdik juga ialah orang yang pandai membuat persiapan diri untuk hari akhiratnya. Dalam hal ini, Rasulullah SAW ada bersabda, Maksudnya: "Orang yang cerdik itulah ialah orang yang dapat memelihara dirinya dan dia bekerja clan beramal untuk selepas matinya. Dan orahg yang dungu itu, ialah orang yang mengakui hawa nafsunya dan dia berangan-angan kepada Allah."
Demikian sabda Rasulullah untuk menceritakan kepada kitabagaimana yang dikatakan orang cerdik itu. Rupa-rupanya orang yang cerdik itu bukan ertinya dapat ijazah universiti, dah jadi profesor dan sebagainya. Tetapi orang yang cerdik itu sebenarnya ialah orang yang dapat memelihara dirinya dari kecelakaan akhirat dan dapat pula mengerjakan amal bakti untuk bekalan selepas matinya.
Dan Rasulullah menyebut didalam hadisnya tentang orang yang dungu atau orang yang bodoh. Orang ini bukan kerana lulus LCE atau SPM atau tidak dapat masuk universiti. Tetapi, kata Rasulullah, orang yang bodoh atau dungu itu ialah orang yang bodoh atau dungu itu ialah orang yang hidup mengikut nafsu dan berangan-angan kepada Allah, yakni padanya Allah itu maha pengampun, Allah itu maha Penyayang, maha Pengasih dan sebagainya. Jadi, baginya Allah tidak akan mematikannya kerana dia masih muda, masih badan sehat clan suka dulu, nanti bila sudah tua barulah mulakan sembahyang, barulah mula puasa dan sebagainya. Waktu ini dia masih muda dan masih lambat lagi mati. Inilah sebenamya sikap orang bodoh. Sebelum ini tadi kita telah katakan bahawa anak kunci kebahagiaan di akhirat itu ialah sedar clan cerdik. Kalau seseorang itu ada mempunyai sifat sedar dalam ertikata sedar ia tentang akhirat, sedar ia tentang syurga dan neraka, sedar ia tentang mati dan seksa kubur, sedar ia tentang Allah itu maha Berkuasa, maha Mendengar, maha Mengetahui, maha Melihat dan sebagainya, kemudian cerdik pula iaitu dengan makna dia dapat memelihara diri dari kecelakaan akhirat serta dapat beramal ibadah untuk bekalannya selepas mati, maka orang ini sudah memiliki kunci kebahagiaan akhirat. Apakah pula punca kecelakaan akhirat. Adapun punca kecelakaan akhirat itu juga ada dua iaitu pertama penipuan dan kedua kelalaian.
Apakah yang dimaksudkan dengan penipuan di sini? Yang dimaksudkan dengan penipuan ini ialah, dia tertipu oleh dunia ini, seperti dia tertipu dengan keindahan alam semulajadinya, dia tertipu dengan rumah besarnya, dia tertipu dengan kereta besarnya, dia tertipu dengan wanita cantiknya clan sebagainya. Pendek kata segala yang ada di dunia ini melambai-lambai kita dan memikat hati kita. Bila kita pandang dia, dia senyum dengan kita. Umpama, kalau seorang gadis cantik yang umurnya muda belia, tiba-tiba kita lalu di depannya, dia senyum pada kita serta melambai kita. Tentu sekali gugur iman kita. Tentu sekali kita akan terpesona dan akan tergila-gila dengannya. Kalau tidak terus gila, mungkin separuh gila. Bak kata orang, tengok dalam air nampak wajahnya, tengok dalam cermin, muka kita macam muka dia. Begitu parah sekali jiwa kita dibuat oleh seorang gadis cantik. Begitulah ibaratnya dengan dunia yang kita lihat ini. Sama sepertimana kita lihat seorang gadis cantik yang melambai-lambai kita. Padahal, gadis cantik yang melambai-lambai kita itu, kalau pun boleh kita miliki, dianya akan menyusahkan kita. Katalah gadis cantik itu tadi dapat menjadi isteri kita. Akan menyusahkan kita. Kita beli kereta kecil, dia hendak kereta besar. Kita hendak ke masjid, dia hendak ke panggung wayang. Kita hendak pergi mengaji, dia hendak pergi shopping shopping. Parah sekali jiwa kita dibuatnya.
Dunia juga boleh mengakibatkan diri kita parah. Kita akan tertipu olehnya. Sebelum kita dapat, mungkin kita akan terpesona dengan kecantikannya. Kita akan terpesona dengan wang ringgitnya, kita akan terpesona dengan rumah besarnya, kita akan terpesona dengan wanita cantiknya dan sebagainya. Tetapi bila telah kita miliki, susah kita dibuatnya. Bukan bahagia yang kita miliki dunia pada hari ini. Apakah hidup mereka tenang? Apakah mereka bahagia dengan dunia yang mereka miliki; dengan harta banyaknya, dengan kereta besarnya, dengan isteri cantiknya dan sebagainya. Apa yang kita dengar melalui surat surat khabar, orang orang inilah yang banyak membunuh diri, dia dibunuh orang. Hidupnya sentiasa dalam ketakutan dan kebimbangan. Sampai rumahnya pun dua tiga lapis pintu besi. Ke sana ke sini terpaksa pakai bodyguard dan sebagainya. Mukanya sentiasa berkerut dan anak isterinya lintang pukang. Tidak pernah damai rumah tangganya, walaupun dunia sudah di dalam tangannya. Begitulah dunia telah menipu dia.
Seterusnya, ada juga ulama ulama yang mengibaratkan dunia ini sebagai satu lautan yang dalam yang mana kebanyakan manusia tenggelam di dalamnya dan jarang jarang yang dapat lepas sampai ke pulau yang di hadapannya. Celakalah bagi mereka yang tertipu dengan dunia ini. Jadi, punca kecelakaan yang menimpa manusia ialah penipuan dunia yang sifatnya sementara saja. Kerana sifatnnya sebagai seorang gadis cantik, maka ramailah manusia yang tertipu dengan kecantikan dunia ini. Dan inilah yang dimaksudkan dengan penipuan sebagai salah satu dari punca kecelakaan akhirat.
Kemudian, lagi satu punca kecelakaan akhirat ialah kelalaian. Kelalaian atau lalai yang dimaksudkan di sini pun terghalib dan terlalai. Akibatnya, kita lupa hendak membuat kerja kerja akhirat, kerana kita telah dimainkan oleh dunia, dibuai buai oleh dunia dan ditipu oleh dunia. Dalam kita terlalai oleh dunia hingga lupa hendak membuat kerja kerja akhirat atau kerja-kerja amal bakti kepada Allah, malaikat maut pun tiba untuk mencabut nyawa kita. Masa itu, kelam-kabutlah kita. Keluh kesahlah kita. Malangnya, sudah tidak ada guna lagi kerana malaikat maut tidak akan menunggu walau sesaat.
Semasa dia sehat-sehat sebelumnya bila kita ceritakan kepadanya tentang mati, kita ingatkan dia tentang akhirat, dia begitu marah sekali. Tetapi bila saat dia hendak mati itu, Allah akan bukakan hijab yang melindunginya selama ini dari nampak alam akhirat. Bila dia ternampak alam akhirat yang begitu jauh sekai bezanya dengan alam dunia ini, dia akan terkejut dan tergamam sampai terbeliak biji matanya. Cuma, kita yang memandang orang yang hendak mati itu, tidaklah nampak bagaimana dia terkejut dan tergamam. Biji matanya terbeliak pun kita tidak nampak kerana segala yang berlaku itu adalah di alam kerohanian. Terkejut pada diri orang yang hendak mati itu tidak sepertimana terkejut bagi orang di alam dunia yang mana kita boleh nampak dia melompat atau melatah. Firman Allah di dalam Al Quran, maksudnya: "Manusia, di waktu hidupnya dia adalah tidur."
Ertinya, manusia ini di waktu hidupnya dia sebenarnya tidur;ditidurkan oleh nikmat dunia. Apabila dia hendak mati, baru dia tersedar. Dia disedarkan oleh alam akhirat. Dan di dalam A1 Quran juga dikatakan, seorang yang hendak mati itu, apabila terbuka hijab matanya, hingga dia nampak alam akhirat,dia waktu itu, ia akan terkejut hingga terbeliak biji matanya. Sebabnya perbandingan antara dunia dengan akhirat itu adalah begitu jauh sekali. Di waktu hidup di dunia ini, kita rasa begitu susah hendak laksanakan perintah Allah, terlalu susah hendak tutup aurat kerana takut orang kata, takut orang pulaukan dan sebagainya, terlalu susah hendak berjuang dan berjihad kerana bila berjuang dan berjihad kerana bila berjuang dan berjihad habis terkorban harta. Tetapi, di waktu hendak mati itu, Allah bukakan hijab hingga ternampak azab neraka, tempat dia hendak diterjunkan, kesusahan dan azab yang hendak dialami itu jauh sekali bezanya dengan kesusahan hendak melaksanakan perintah Tuhan di dunia. Di waktu itulah baru terbeliak biji matanya. Firman Allah, maksudnya: "Tajam matanya terbeliak."
Jadi azab dan kesusahan yang kita rasa dalam hendak melaksanakan perintah Allah seperti hendak bersembahyang, hendak berpuasa, hendak berkorban dan berjihad dan sebagainya, ianya tidak sesusah mana kalau dibandingkan dengan azab neraka Allah.
Perbandingannya samalah seperti kita berhadapan dengan dua malapetaka dalam satu masa yang sama. Lipan berada sejengkal saja dari kaki kita. Tentunya, di waktu itu, kita sudah tidak pedulikan sangat lipan dekat kaki kita. Yang kita fikirkan ialah singa yang 10 depa di depan kita. Mungkin lipan dah menjalar di badan kita pun, kita tidak hiraukan kerana bahaya singa itu lebih menakutkan kita. Begitulah ibaratnya kalau seorang itu sedar betapa penderitaan akhirat itu jauh benar perbandingannya dengan penderitaan dunia, maka tidak nampak di azabnya penderitaan dunia ini. Tidak nampak dia susahnya hendak bangun subuh bersembahyang, tidak nampak dia menderitanya hendak berpuasa, tidak nampak dia menderitanya hendak menutup aurat, ticlak nampak dia menderitanya jatuh miskin kerana berkorban dan begitulah seterusnya kerana hendak melaksanakan perintah Tuhan. Sebabnya penderitaan akhirat itu sungguh menggerun dan mengerikan. Dan penderitaan dunia yang dihadapi, tidaklah sesusah mana sangat. Susah susah pun, mungkin sementara waktu saja. Susahnya hendak bersembahyang, mungkin di awal awal saja, lepas itu, jadi mudah. Kalau orang kata pun, takkan dia boleh mengata sepanjang masa. Kalau ada orang benci, orang yang suka dan sayang pada kita tetap ada juga. Tetapi, penderitaan akhirat tidak bersifat sementara. Dengan sebab itulah, penderitaan akhirat ini hendaklah kita sedari benar-benar. Dan, kalau kita sedar betapa hebatnya penderitaan akhirat ini,penderitaan dunia ini tidak boleh menipu kita. Bagaimana susahnya clan deritanya penderitaan dunia ini, ia tetap tidak boleh mempengaruhi kita dan kita tetap boleh beribadah kepada Allah SWT.
Tetapi, kalau kita tidak sedar betapa hebatnya penderitaan akhirat itu; kesusahan dunia ini akan terasa benar pada diri kita. Hendak bangunkan sembahyang pun kita akan terasa susahnya. Hendak menutup aurat pun kita akan terasa payahnya. Hendak berkorban sedikitpun kita akan terasa susahnya. Orang fitnah kita sedikitpun kita dah mula risau dan gelisah. Akhimya tidak mahu langsung kita mengerjakan suruhan Tuhan. Maka, kita sudah ditipu oleh penderitaan dunia. Apakah boleh kita mengetahui sama ada kits tertipu atau tidak di dalam kehidupan kita ini? Jawabnya, boleh. Kita boleh mengetahui sama ada diri kita ini tertipu atau tidak. Kalau mata hati kita ini tidak sedar bagaimana kita hendak memimpin diri kita, itu maknanya yang kita sudah tertipu. Tetapi kalau sekiranya seorang itu sentiasa sedar betapa dia amat dhaif,dia mesti beribadah sedar dia akan berhadapan dengan negeri akhirat, orang ini adalah orang yang tidak tertipu.
Kemudian, kalau seorang itu, hatinya tidak terbuka untuk melihat kebenaran, tidak terbuka untuk beribadah kepada Allah, tidak langsung ingat yang satu hari nanti dia akan mati dan akan berhadapan dengan negeri akhirat, orang ini ialah orang yang tertipu. Orang ini kekal dalam kebutaan hatinya, buta hati untuk melihat kebenaran. Yang dia nampak hanya dunia semata-mata.
Kalau sekiranya seorang itu, mata hatinya sudah buta hingga dia tidak nampak kebenaran dan tidak sedar yang dia mesti beribadah kepada Allah agar dia terselamat dari penderitaan yang maha dahsyat di akhirat, orang ini akhimya akan menjadikan hawa nafsunya sebagai pemimpinnya dan dia akan menjadikan syaitan sebagai orang yang akan memberikan petunjuk hidupnya. Dan bila hawa nafsu dijadikan ikutan, seolah-olah hawa nafsu itulah yang menjadi Tuhannya, bukan Allah. Dan sebab itulah di dalam AIQuran Allah berfirman kepada orang-orang yang mengikut dorongan nafsunya dan menolak panggilan dari Tuhannya, dalam firman yang bermaksud: "Apakah kamu tidak menyaksikan (Ya Muhammad), ada orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhan."
(Al Furqan: 43)
Demikianlah hakikat orang yang tertipu hingga tertutup pintu hatinya daripada melihat kebenaran. Akhirnya, nafsu dan syaitan menjadi petunjuk dan ikutannya hingga Allah mengatakan bahawa orang ini telah menjadikan nafsu sebagai Tuhannya. Dengan sebab itu, oleh kerana penipuan itu merupakan ibu segala kecelakaan dan punca segala penderitaan, maka patut sekali kita terangkan tentang jalan-jalan dimana segala penipuan itu boleh lalu. Patut sekali kita ketahui macam mana penipuan itu boleh berlaku pada diri kita. Dan patut sekali kita ketahui, bentuk-bentuk penipuan yang banyak sekali berlaku. Mudah-mudahan dengan kita ketahui bagaimana penipuan boleh berlaku, pintu-pintu penipuan itu berlaku serta bentuk-bentuk penipuan itu, kita akan dapat memimpin diri kita agar selamat di akhirat dan terhindar dari kecelakaan dan penderitaan. Ada pun, orang yang dapat mengenal pintu masuknya perkara perkara yang hendak merosakkan dirinya, itulah orang yang mendapat taufik daripada Allah SWT. Sebaliknya, orang yang tidak kenal perkara perkara yang boleh merosakkannya, perkara-perkara yang boleh menjahanamkan kehidupannya dan perkara-perkara yang boleh menghancurkan imannya, orang ini tidak mendapat taufik dari Allah SWT. Dan orang yang dapat mengetahui perkara perkara yang akan merosakkan dirinya, dia akan mengawasinya dan dia akan sentiasa berjaga jaga. Tetapi kalau seorang itu tidak tahu perkara-perkara yang boleh merosakkannya, boleh jadi dia sudah sesat tetapi dia tidak sedar yang dia sesat. Dia sudah terjebak dengan kemungkaran tetapi dia tidak sedar. Orang ini, kalau dia mati, dia tidak sedar yang dia mati dalam kesesatan dan kederhakaan kepada Allah SWT.
-kuliah guruku ASZ-

No comments:

Post a Comment