10 Golongan Mendapat Hidayah
10 Golongan Mendapat Hidayah Disebut Dalam Al-Quran
1-Satu kewajipan pada Allah SWT yang perlu disempurnakan. Surah Al-Lail, ayat : 12.
“Sesungguhnya tanggungan Kamilah memberi hidayah petunjuk (tentang yang benar dan yang salah).”
2-Hidayah terdapat dimana-mana dan dapat menyelamatkan manusia. Surah Taha, ayat 10 dan 20.
Ketika ia melihat api, lalu berkatalah ia kepada isterinya:
“Berhentilah! Sesungguhnya aku ada melihat api semoga aku dapat membawa
kepada kamu satu cucuhan daripadanya, atau aku dapat di tempat api
itu: penunjuk jalan.
Lalu ia mencampakkannya, maka tiba-tiba tongkatnya itu menjadi seekor ular yang bergerak menjalar.
3-Hidayah tidak akan diberi kepada kaum yang telah disesatkan. Surah An-Nahl, ayat : 37.
Jika engkau (wahai Muhammad) terlalu tamak (inginkan mereka beroleh
hidayah petunjuk, maka sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah
petunjuk kepada orang-orang yang berhak disesatkanNya; dan tiadalah
bagi mereka sesiapapun yang dapat memberikan pertolongan.
4-Hidayah daripada Allah SWT adalah amat benar. Surah Al-Baqarah, ayat : 120 dan Surah Ali Imran, ayat : 73.
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau
suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka
(yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya
petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar”. Dan demi
sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah
datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang
kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun)
yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.
Dan (mereka berkata lagi): “Janganlah kamu percaya melainkan kepada
orang-orang yang mengikut ugama kamu”. Katakanlah (wahai Muhammad):
“Sesungguhnya petunjuk yang sebenar benarnya ialah petunjuk Allah”.
(Mereka berkata pula: “Janganlah kamu percaya) bahawa akan diberi
kepada sesiapa seperti apa yang telah diberikan kepada kamu, atau
mereka akan dapat mengalahkan hujah kamu di sisi Tuhan kamu”.
Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya limpah kurnia itu adalah di
tangan Allah, diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan
Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi pengetahuanNya.
5-Hidayah akan membawa ke Jalan Yang Lurus. Surah Al-Anam, ayat :87 dan 88.
Dan (Kami juga lebihkan darjat) sebahagian daripada datuk nenek
mereka, dan keturunan mereka, dan mereka, dan keturunan mereka, dan
saudara-saudara mereka; dan Kami telah pilih mereka, serta Kami
tunjukkan mereka ke jalan yang lurus.
Yang demikian itu ialah petunjuk Allah, yang dengannya Ia memimpin
sesiapa yang dihendakiNya dari hamba-hambaNya; dan kalau mereka
sekutukan (Allah dengan sesuatu yang lain) nescaya gugurlah dari
mereka, apa yang mereka telah lakukan (dari amal-amal yang baik).
6-Hidayah daripada Allah SWT memerlukan penjelasan daripada Allah SWT. Surah An-Nisa’, ayat : 115.
Dan sesiapa yang menentang (ajaran) Rasulullah sesudah terang nyata
kepadanya kebenaran pertunjuk (yang dibawanya), dan ia pula mengikut
jalan yang lain dari jalan orang-orang yang beriman, Kami akan
memberikannya kuasa untuk melakukan (kesesatan) yang dipilihnya, dan
(pada hari akhirat kelak) Kami akan memasukkannya ke dalam neraka
jahanam; dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali.
7-Hidayah akan mudah diterima jika tidak ada perkara yang menghalang. Surah Al-Kahfi, ayat : 57.
Dan tidaklah ada yang lebih zalim daripada orang yang diberi ingat
dengan ayat-ayat Tuhannya, lalu ia berpaling daripadanya dan lupa akan
apa yang telah dilakukan oleh kedua tangannya; sesungguhnya (disebabkan
bawaan mereka yang buruk itu) Kami jadikan tutupan berlapis-lapis atas
hati mereka, menghalang mereka daripada memahaminya, dan (Kami
jadikan) pada telinga mereka penyumbat (yang menyebabkan mereka pekak).
Dan jika engkau menyeru mereka kepada petunjuk, maka dengan keadaan
yang demikian, mereka tidak sekali-kali akan beroleh hidayah petunjuk
selama-lamanya.
8-Orang yang mendapat hidayah akan bertambah ketaqwaan atau perasaan takut kepada Allah SWT. Surah Muhammad, ayat : 17.
Dan (sebaliknya) orang-orang yang menerima petunjuk (ke jalan yang
benar), Allah menambahi mereka dengan hidayah petunjuk, serta memberi
kepada mereka (dorongan) untuk mereka bertaqwa.
9-Hidayah tidak akan diberikan kepada mereka yang memiliki sifat zalim. Surah Al-Qasas, ayat : 50.
Kemudian, kalau mereka tidak dapat menerima cabaranmu (wahai
Muhammad), maka ketahuilah, sesungguhnya mereka hanyalah menurut hawa
nafsu mereka; dan tidak ada yang lebih sesat daripada orang yang
menurut hawa nafsunya dengan tidak berdasarkan hidayah petunjuk dari
Allah. Sesungguhnya Allah tidak memberi pimpinan kepada kaum yang zalim
(yang berdegil dalam keingkarannya).
10-Tidak semua manusia yang akan mendapat Hidayah daripada Allah SWT,
hanya mereka yang dipilih oleh Allah SWT sahaja yang akan mendapat
hidayah daripada Allah SWT. Surah Al-An’am, ayat : 35.
Dan jika perbuatan mereka berpaling (daripada menerima apa yang
engkau bawa wahai Muhammad) terasa amat berat kepadamu; maka sekiranya
engkau sanggup mencari satu lubang di bumi (untuk menembusi ke
bawahnya) atau satu tangga untuk naik ke langit, supaya engkau dapat
bawakan mukjizat kepada mereka, (cubalah lakukan jika engkau sanggup).
Dan sekiranya Allah menghendaki, tentulah ia himpunkan mereka atas
hidayah petunjuk. (Tetapi Allah tidak menghendakinya), oleh itu
janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang jahil.
Membentuk Kecerdasan Daripada Al-Quran. m/s : 121.
No comments:
Post a Comment