10 Gangguan syaitan ketika solat
Semoga ia beroleh manfaat dan
sentiasa mempertingkatkan mutu ibadah kepada Allah Taala.
Antara gangguan itu adalah:
1) Berasa was-was ketika melakukan takbiratul ihram
1) Berasa was-was ketika melakukan takbiratul ihram
Saat membaca takbiratul ihram,
‘Allahu Akbar’, seseorang akan berasa ragu-ragu apakah takbir yang dilakukannya
itu sah atau belum sah.
Sehingga dia mengulanginya sekali
lagi dengan membaca takbir. Perasaan itu akan berterusan kadang-kadang sampai
imam hampir rukuk.
Ibnu Qayyim berkata, “Termasuk tipu
daya syaitan yang banyak mengganggu mereka adalah was-was dalam bersuci
(berwuduk) dan niat atau saat takbiratul ihram dalam solat”. Was-was itu
membuat mereka terseksa.
2) Tidak memberi tumpuan ketika
membaca bacaan dalam solat.
Sahabat Rasulullah, Uthman bin Abil
‘Ash datang kepada Rasulullah dan mengadu, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya
syaitan hadir dalam solatku dan membuat bacaanku salah.” Rasulullah menjawab,
“Itulah syaitan yang disebut dengan khinzib.
“Apabila kamu berasakan
kehadirannya, ludahlah ke kiri tiga kali dan berlindunglah kepada Allah. Aku
pun melakukan hal itu dan Allah SWT gangguan itu dariku” (Hadis Riwayat
Muslim).
3) Lupa jumlah rakaat yang
dikerjakan
Abu Hurairah r.a berkata,
“Sesungguhnya Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Jika seorang daripada kalian
solat, syaitan akan datang kepadanya untuk menggoda sampai mereka tidak tahu
berapa rakaat yang dikerjakan. Apabila seorang daripada kalian mengalami hal
itu, hendaklah ia sujud dua kali (sujud sahwi) saat ia masih duduk dan sebelum
salam, setelah itu baru mengucapkan salam.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).
4) Hadirnya fikiran yang memalingkan
tumpuan
Abu Hurairah berkata, “Rasulullah
bersabda yang bermaksud: “Apabila dikumandangkan azan solat, syaitan akan
berlari seraya terkentut-kentut sampai ia tidak mendengar suara azan.
Apabila muazin selesai azan, ia
kembali lagi dan jika iqamat dikumandangkan dia berlari. Apabila selesai
iqamat, dia kembali lagi.
Ia akan selalu bersama orang yang
solat seraya berkata kepadanya,’Ingatlah apa yang tadinya tidak kamu ingat!’
Sehingga orang itu tidak tahu berapa rakaat ia solat.” (Hadis Riwayat Bukhari).
5) Tergesa-gesa menyelesaikan solat
Ibnu Qayyim berkata: “Sesungguhnya
tergesa-gesa itu datang daripada syaitan, kerana tergesa-gesa adalah sifat
gelabah yang menghalangi seseorang untuk berhati-hati, tenang dan santun serta
meletakkan sesuatu pada tempatnya.
Tidak ada ketenangan atau
thuma’ninah. Pada zaman Rasulullah ada orang solat dengan tergesa-gesa.
Akhirnya Rasulullah memerintahkannya untuk mengulanginya kerana solat yang ia
kerjakan belum sah.
Rasulullah bersabda kepadanya,
“Apabila kamu solat, bertakbirlah (takbiratul ihram). Lalu bacalah daripada
al-Quran yang mudah bagimu, lalu rukuklah sampai kamu benar-benar rukuk
(thuma’ninah), lalu bangkitlah daripada rukuk sampai kamu tegak berdiri.
Kemudian sujudlah sampai kamu
benar-benar sujud (thuma’ninah) dan lakukanlah hal itu dalam setiap rakaat
solatmu.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).
6) Melakukan gerakan yang tidak
perlu
Dahulu ada seorang sahabat yang
bermain kerikil ketika sedang tasyahud. Ia membolak-balikkannya. Melihat hal
itu, Ibnu Umar segera menegurnya selepas solat.
“Jangan bermain kerikil ketika solat
kerana perbuatan itu berasal daripada syaitan. Tapi kerjakan seperti apa yang
dikerjakan Rasulullah”. Orang itu bertanya, “Apa yang dilakukannya? “Kemudian
Ibnu Umar meletakkan tangan kanannya di atas paha kanannya dengan jari telunjuk
menunjuk ke arah kiblat atau tempat sujud. “Demikianlah saya melihat apa yang
dilakukan Rasulullah s.a.w,” kata Ibnu Umar (Hadis Riwayat Tirmidzi).
7) Melihat ke kiri atau ke kanan
ketika solat
Sedar atau tidak, jika seseorang itu
melihat ke kiri atau ke kanan, itu akibat godaan syaitan yang menggoda. Kerana
itu, selepas takbiratul ihram, pusatkan pandangan pada satu titik iaitu tempat
sujud. Sehingga perhatian kita menjadi fokus dan dicuri syaitan. Dalam sebuah
hadis yang diriwayatkan Aisyah beliau berkata, “Saya bertanya kepada Rasulullah
hukum melihat ketika solat”. Rasulullah menjawab, “Itu adalah curian syaitan
atas solat seorang hamba.” (Hadis Riwayat Bukhari).
8) Menguap dan mengantuk
Rasulullah bersabda bermaksud:
“Menguap ketika solat itu daripada syaitan. Kerana itu, apabila kamu ingin
menguap, tahanlah.” (Hadis Riwayat Thabrani).
Dalam riwayat lain Rasulullah
bersabda, “Ada pun menguap itu datangnya daripada syaitan, hendaklah seseorang
mencegahnya (menahannya) selagi boleh. Apabila ia berkata ‘ha…’ bererti syaitan
tertawa dalam mulutnya” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).
9) Bersin berulang kali ketika solat
Syaitan ingin mengganggu kekhusyukan
solat dengan bersin sebagaimana yang dikatakan Abdullah bin Mas’ud, “Menguap
dan bersin dalam solat itu daripada syaitan.” (Riwayat Thabrani).
Ibnu Mas’ud berkata, “Bersin yang
tidak disenangi Allah adalah yang terjadi dalam solat sedangkan bersin di luar
solat itu tetap disenangi Allah. Hal itu tidak lain kerana syaitan memang ingin
mengganggu solat seseorang dengan pelbagai cara.”
10) Terasa ingin buang angin atau
buang air
Rasulullah bersabda yang bermaksud:
“Apabila seorang daripada kalian bimbang apa yang dirasakan di perutnya apakah
keluar sesuatu daripadanya atau tidak, janganlah sekali-kali ia keluar dari
masjid sampai ia yakin mendengar suara (keluarnya angin) atau mencium baunya”
(Hadis Riwayat Muslim).
Berbahagialah orang Muslim yang
selama ini terbebas daripada pelbagai macam gangguan syaitan dalam solat
mereka. Semoga kita semua dibebaskan Allah daripada gangguan berkenaan.
Bagi yang berasakan gangguan itu,
sebahagian atau keseluruhannya, janganlah putus asa untuk berjihad melawan
syaitan terkutuk.
No comments:
Post a Comment