5 Rahsia Berzikir Kepada Allah SWT
5 Rahsia Berzikir Kepada Allah SWT
1-Supaya Allah SWT sentiasa mengingati kita. surah al-Baqarah ayat : 152.
Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan
undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan
bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).
2-Tidak mendapat kecelakaan yang besar. Surah Az-Zumar ayat 22.
Jika demikian, adakah orang yang telah dilapangkan Allah dadanya
untuk menerima Islam, lalu ia tetap berada dalam cahaya (hidayah
petunjuk) dari Tuhannya, (sama seperti orang yang tertutup mata hatinya
dengan selaput kederhakaan)? Maka kecelakaan besarlah bagi
orang-orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan
yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya, adalah dalam
kesesatan yang nyata.
3-Hati menjadi tenang dan tidak keras hati. Surah Az-Zumar ayat : 23, Ar-Ra’d ayat : 28 dan Al-Hadid ayar : 16.
Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu Kitab Suci
Al-Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain
(tentang benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya,
dengan berbagai cara); yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya)
kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram;
kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati
mereka menerima ajaran dan rahmat Allah. Kitab Suci itulah hidayah
petunjuk Allah; Allah memberi hidayah petunjuk dengan Al-Quran itu
kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang
peraturanNya); dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah (disebabkan
pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi
hidayah petunjuk kepadanya.
“(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka
dengan zikrullah”. Ketahuilah dengan “zikrullah” itu, tenang
tenteramlah hati manusia.
Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk
khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta
mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan
janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan
Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut
maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang
yang fasik – derhaka.
4-Terhindar daripada pujukan syaitan.Surah Al-A’raf ayat 201.
Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, apabila mereka disentuh oleh
sesuatu imbasan hasutan dari Syaitan, mereka ingat (kepada ajaran
Allah) maka dengan itu mereka nampak (jalan yang benar).
5-Sentiasa ingat dan peka kepada arahan Allah SWT. Surah Al-An’am ayat : 152.
“Dan janganlah kamu hampiri harta anak yatim melainkan dengan cara
yang baik (untuk mengawal dan mengembangkannya), sehingga ia baligh
(dewasa, serta layak mengurus hartanya dengan sendiri); dan
sempurnakanlah segala sukatan dan timbangan dengan adil”. – Kami tidak
memberatkan seseorang dengan kewajipan melainkan sekadar
kesanggupannya – “dan apabila kamu mengatakan sesuatu (semasa membuat
apa-apa keterangan) maka hendaklah kamu berlaku adil, sekalipun orang
itu ada hubungan kerabat (dengan kamu); dan perjanjian
(perintah-perintah) Allah hendaklah kamu sempurnakan. Dengan yang
demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu beringat
(mematuhiNya)”.
Membentuk Kecerdasan Melalui Al-Quran. m/s : 176.
No comments:
Post a Comment