Al-Quran dalam mangkuk tandas selepas gejala murtad di Pantai Timur
Apa yang berlaku di masjid kampung Limbongan kota putera Besut pagi tadi tidak sepatutnya berlaku dinegara yang kita dakwa dan sebut majoriti ummat Islam ini, apabila al Quran dicampak dalam tandas dan kemudian di selerakkan dalam masjid sudah cukup mengambarkan tragisnya iman ummat Islam pada hari ini, mudahan peristiwa ini tidak dilakukan oleh mereka yang berakal yang waras tetapi dilakukan oleh mereka yang hilang kewarasannya!! diharap pihak berkuasa segera mengambil tindakkan.. cukuplah dgn mereka yang menghina hadis sahaja yang belum didakwa, lebih parah peristiwa seumpama ini pula!!.. ummat akhir zaman!!
https://www.facebook.com/UstazAhmadDusuki
Selasa, 4 Mac 2014
Penduduk di Kampung Limbongan di Besut dan sekitarnya hari pagi tadi digempar apabila menyedari ada pihak tidak bertanggungjawab menceroboh masjid kampung itu dan merosakkan beratus-ratus naskhah Al-Quran dan kitab hari ini.
Dalam kejadian yang disedari kira-kira pukul 2.30 pagi itu, Al-Quran, kitab dan buku yasin milik masjid itu didapati dibuang merata tempat termasuk di dalam dan luar kawasan masjid berkenaan, setelah dikoyak-koyakkan.
Yang menyedihkan terdapat beberapa naskhah Al-Quran dibuang ke dalam mangkuk tandas.
Laporan Polis seperti dilampirakan di bawah:- As salam YDH Tuan. Untuk makluman YDH Tuan. Bersabit Kg Raja Rpt: 1071/14, P/Penyiasat: Insp.Azira Bt Md Razak, 4/3/2014@0310hrs
Butir-butir Pengadu:
Nama: Engku Mi Bin Engku Hassan
Kp: 530105065037
Umur: 61
Kerja: Berniaga/KRT/SRS
Alamat: 1394 Kg Limbonhan 22200 Kg Raja Besut Trg
Ringkasan kes: Pada 4/3/2014 jam lebih 1.30 pagi semasa pengadu sedang buat rondaan KRT/SRS di kawasan Kg Limbongan Kg Raja Besut Trg telah singgah di Masjid Kg Limbongan dapati dalam keadaan baik.
Seterusnya pengadu buat rondaan dan singgah di rumah kediaman YB Mahadi Bin Musa yang terletak berhampiran. Pada 4/3/2014 jam l/kurang 2.30 pagi pengadu pergi semula ke kawasan Masjid Kg Limbongan Kg Raja telah dimaklumkan oleh anggota SRS yang membuat rondaan bermotorsikal mengatakan bahawa telah menjumpai Al-Quran dalam keadaan berselerak di depan tangga pintu masuk masjid, di dalam mangkuk tandas,dan di tempat solat. Terdapat juga barang-barang lain seperti kipas dinding dan pintu sliding tempat solat telah dirosakkan dan di pecahkan. Pengadu syaki perbuatan tersebut dikhianati oleh orang yang tidak dikenalpasti.
Hasil siasatan IO:
(1) temubual dan rakam percakapan pengadu.
(2) Hasil rakaman percakapan pengadu dapati pengadu tidak kenalpasti saspek yang melakukan perbuatan tersebut. Menurut pengadu tiada saksi yang nampak semasa kejadian berlaku.
(3) Ke tempat kejadian bersama Jurufoto Kpl/D Ramli Sulaiman iaitu Tempat kejadian adalah di Masjid Kg Limbongan Kg Raja Besut Trg. Tiada alat CCTV dipasang.
(4) Pohon bantuan Unit Forensik D10 IPK Trg untuk siasatan lanjut tempat kejadian di ketuai oleh Insp Shamendra.
(5) Arahkan CPJ/Detektif dapatkan maklumat lanjut dan kesan saspek yang disyaki. Perkembangan lanjut akan dimaklum semula.Terima kasih YDH Tuan.
Al Quran Berselerak |
Sekitar tangga Masjid |
Dalam Mangkuk tandas |
Walaubagaimana pun pihak polis masih belum mengesahkannya melainkan siasatan rapi dibuat.
Ada kesan darah pada muka hadapan pintu masjid dipercayai adalah kesan darah kaki kelibat yang menyempak peralatan masjid dan pintu ketika ingin masuk masjid.
Perkara ini sedang disiasat termasuk dengan bantuan anggota forensik yang didatangkan dari Ibu pejabat Kontinjen Polis Kuala Terengganu dan penduduk dan masyarakat Islam diminta bertenang.
Sila layari blog dibawah untuk melihat video perbuatan terkutuk terhadap Al-Quran di
1 Malaysia :
http://tempayanretak.blogspot.com/2014/03/rosak-al-quran-di-kg-limbongan.html
No comments:
Post a Comment