SELAMATKAN DIRI DARI API NERAKA
Islam yang hanif memandang masing2 di antara muslimin dan muslimat sebagai pasangan yang dengan keduanya kehidupan manusia berjalan beriringan tanpa melebihkan yang satu di atas yang lain dari segi nilai kemanusiaanya. Firman Allah swt:Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang wanita, dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa serta bersuku-suku, supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah swt ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. (Al: Hujurat: 13)
Yang menjadi ukuran di sisi Allah swt adalah amal soleh. Allah juga telah menjelaskan bahawa lelaki dan wanita dituntut utk melaksanakan tugasnya masing-masing.
.. agar tiap-tiap diri diberi balasan terhadap apa yang dikerjakannya dan mereka tidak akan dirugikan.
(Al-Jathiyah: 22)
Wanita dikuasai oleh naluri perasaan dan cepat beremosi. Kerana kekurangannya itu, maka dituntut bantuan orang lain. Sebagaimana diterangkan Allah swt dalam firmanNya:
Jika tidak ada dua orang lelaki, maka (boleh) seorang lelaki dan dua orang perempuan dari saksi-saksi kamu redhai, supaya jika seorangl lupa, maka seorang lgi mengingatkan yang lain.
(Al-Baqarah: 282)
Wahai saudari muslimahku, sekarang kita perhatikan wasiat Nabi SAW, agar engkau memperoleh kebaikan di dunia dan akhirat.
Iman adalah perkataan, amal dan akidah dapat berkurang dan bertambah kerana ketaatan dan kederhakaan kepada Allah swt. Allah telah mensifati orang2 yg beriman dengan firmanNya:
Sesungguhnya orang2 yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut Allah, gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat2Nyabertambahlah iman mereka (keranaNya) dan kepada Tuhannyalah mereka bertawakkal iaitu orang2 yang mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.
(Al-Anfal: 2-3)
Wasiat Rasulullah saw:
.kerana pernah diperlihatkan kepadaku tentang kamu semua.
Maksudnya dari wasiat tersebut, Allah telah memperlihatkan tentang wanita kepada Rasulullah saw pada malam Israk. Rasulullah saw telah menyaksikan neraka di mana ramai para wanita menjadi penghuninya. Ini kerana sabda Rasullah saw:
.kerana kamu banyak melaknat dan mengingkari keluarga. Banyak melaknat, maksudnya salah seorang di antara kamu selalu melontarkan laknat. Dan mengingkari keluarga bermaksud, mengingkari hak suami.
Dan memintalah ampunan kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang
(al-nisa’:106)
Allah menjelaskan bahawa barangsiapa yang melakukan kejahatan atau menzalimi dirinya sendiri dengan melakukan hal2 yang membuatkan Allah marah, maka tidak ada jalan lain baginya kecuali memohon ampunan kepada Allah dengan taubat nasuha.
Hassan al- Basri berkata:
Perbanyak istighfar di rumahmu, dimajlismu, di pasarmu dan dijalanmu. Kerana kamu semua tidak tahu bila maghfirah itu turun.
No comments:
Post a Comment